Tuesday, December 27, 2016

Perbaiki Tubuh dengan Anti oksidan dan Kolagen

Tahun baru semakin hampir bermakna setahun lg bakal berakhir. Syukur kita masih dipanjangkan umur dalam nikmat kesihatan yg tidak ternilai harganya.

Namun adakah kita sedar kesihatan ini perlukan penjagaan agar mampu bertahan dan badan tetap kuat sekalipun fitrahnya badan kita semakin lemah fungsi dalamannya seiring peningktan usia. 

Sampai masa badan akan berhenti menghasilkan kalsium untuk kekuatan tulang, insulin untuk memproses gula juga semakin menyusut akibat pengambilan gula berlebihan, kolagen yang mengutuhkan sendi dan ketegangan kulit juga tidak lg terhasil sendiri dan sel2 badan semakin cepat mengalami penuaan kerana kurang nya agen antioksida yg menghalang. 

Akhirnya khasiat2 yang penting untk badan ini hanya bergantung kepada bekal yang masih berbaki dalam badan dan diet kita.

Oleh sebab itu sangat penting kita mengamalkan diet yang sihat. Jika di usia ini kita masih ragu tentang diet yang kita tidak menentu, kenapa tidak kita hadiahkan diri kita dengan pembantu2 yang boleh menambah baik kesihatan kita.

Mujurlah dengan kepakaran teknologi, khasiat2 yang penting untuk badan kita ini boleh diambil dengan mudah tanpa menjejaskan kualiti. Shaklee menawarkan pelbagai vitamin yang natural dan tinggi kualiti dalam bentuk yang sangat mudah pengambilannya.

Antaranya adalah Colagen dalam bentuk sachet hanya perlu campur air dan minum.
Colagen powder yang terdiri drpd sisik ikan merah dan herba serta vitamin c, mempunyai saiz molekul yang kecil untuk penyerapan yang tinggi ke dalam sel yang memerlukan.
Bagaimana pula dengan sel2 yang semakin lemah dan perlukan agen antioksida untuk perlindungan? 

Amalkanlah vivix, kerana vivix mengandungi agen anti oksida yang sangat tinggi, mampu memulihkan kesihatan anda sehingga ke peringkat sel!!
 
Pilihan di tangan anda, samada masih tidak mahu bertindak apa2 sedangkan badan sangat perlukan khasiat tambahan.. atau bertindak sekarang! 

Bila kali terakhir anda hadiahkan badan apa yang badan anda betul2 perlukan?? 

Hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin yang sesuai untuk masalah kesihatan anda 😊
 

SIAPAKAH PENCIPTA VIVIX??

Insan yang mengkaji dan menemui ramuan vivix adalah seorang Doktor hebat yang bernama Dr Elizabeth Blackburn

Beliau pernah mengetuai American Cancer Research Association

Beliau jugak merupakan pemenang anugerah Nobel Prize in 2009 for medicine kerana menjumpai telomerase iaitu satu protein yang mampu memanjang Telomere iaitu satu protein dalam DNA kita
Telomere ni yang simpan seribu rahsia tentang penyakit kita pada masa akan datang

Bila protein telomere rosak disebabkan faktor usia & radical bebas, maka chromosome kita yang di copy, menjadi tak lengkap. So rosak, Maka hasillah sel yang rosak

Terjadilah pelbagai penyakit pada tubuh kita seperti Kanser, penuaan, buah pinggang rosak, alzhemeir, penyakit saraf, diabetes, darah tinggi, strok dan lain-lain

So kajian beliau adalah untuk memastikan takde sel chromosome yang rosak

So beliau menang dengan penemuan ni dan mendapat anugerah Noble Prize

Pihak saintis Shaklee telah bekerjasama dengan beliau untuk hasilkan Vivix dan kerana itu Vivix hanya dipatenkan khas untuk pihak Shaklee sahaja, company lain tidak boleh tiru.. NO NO NO !

Sebab tu vivix sepatutnya semua org makan

Walaupun kita dah makan makanan yang sihat, tapi kita still perlukan bantuan pada tahap sel

On the cellular level to protect us from making bad cells

Bad cells equal to diseases, cancer and ageing

Vivix will help you..lndeed!

#vivix

Monday, December 12, 2016

Apa itu collagen

Kepada anda yang tercari2 colagen berkualiti, mempunyai ujian klinikal yang diiktiraf dan sangat mudah untuk dimakan, dapatkan colagen powder dengan harga promosi yg hebat.

Apa itu colagen?
Kira2 30% daripada protein dalam badan terdiri daripada colagen, yang membina struktur kulit, rambut, tulang, sendi dan tisu2 penyambung yang lain. Colagen amat penting untuk menyembuh dan memperbaiki kerosakan tulang dan sendi serta mengekalkan ketahanan dan keanjalan kulit. Semakin berusia, badan akan berhenti menghasilkan colagen dan colagen yang sedia ada akan berkurangan. Lama kelamaan, kulit akan hilang seri dan keanjalan, rambut mudah gugur, masalah sendi dan tulang kerap berlaku dan pelbagai masalah lain.

Antara keistimewaan colagen powder shaklee:

🔎diekstrak daripada sisik ikan merah (Red Snapper) yang sangat tahan lasak kerana kebiasaannya ikan ini hidup di laut dalam dengan tekanan yang sangat tinggi.
🔎setiap sachet mengandungi 4000mg colagen.
🔎saiz molekul protein yang sangat kecil 1000 dalton! Saiz yang kecil memudahkan penyerapan colagen ke lapisan dermis kulit. Produk colagen lain ada yang sehingga 300000 dalton!
🔎mengandungi bahan seperti vit c sebagai anti oksidan, ekstrak biji camellia dan pfaffia utk meningkatkan penghidratan.
 
Ujian klinikal mengeluarkan statistik 71% pengguna merasakan kulit bertambah baik selepas penggunaan 8 minggu secara berterusan.

Golongan yang perlu ambil colagen
🚩wanita yang berumur 30 tahun ke atas
🚩golongan yang mempunyai masalah kulit seperti kulit kusam, berminyak, jeragat dan jerawat
🚩golongan yang mempunyai masalah salit sendi dan tulang
🚩golongan yang ingin menjaga kecantikan dalaman dan luaran. 

Wanita terutamanya selepas melahirkan anak amat cepat mengalami proses penuaan. Jadi amatlah disarankan untuk mengambil colagen.

Jalanilah waktu tua dalam keadaan yang sihat, cantik dan bertenaga. Mulakanlah dari sekarang!

Whatsapp saya untuk dapatkannya di 0133018189 😍


Tuesday, December 06, 2016

Kasih nya Adik

Sejak semalam irfan on off demam. Ada muntah sekali. Tp demam2 pon sempat dera mama teman dia main lukis2 smpai pukul 1 pagi. Sempat tido 2 jam adik plak mengamuk bangun mintak susu. 
Elok subuh Irfan kejut mama mintak air laici. Apakah. Lapar katanya. Mama smbil mata tertutup lg offer makan roti lah nk sedia nasi mmg tk mampu lah. Jadi dengan malas mama bgun bawak irfan turun dapur selepas atur kencing. Panas pulok badan dia. Terus jirus satu badan bagi ubat and suap roti. Irfan makan sambil tido. Separuh roti pon tk habis. 
Lepas tidokan irfan mama setelkan solat subuh terus sediakan breakfast baba. Sesekali terdengar suara imran dah bangun menangis2. Aduh awal pulak si kecik ni bangun. Mama biar je lah kot2 dia tido balik. 
Bila baba dah pergi kerja.. mama rs inilah ms terbaik nak lipat dua gunung baju walaupon kepala ada biol sikit tk ckup tido. Naik atas tgk atas katil kelibat adik takde. Rupany elok dia landing sebelah abang walaupom sempit tepi katil. 
Alahai manja betul budak ni bila terbangun tgk mama baba tkde, dia cari abang tempat bermanja. 
 
 
Alhamdulillah bangun pagi ni demam irfan dah kebah 😊.

Friday, October 14, 2016

Omega Guard

Kalau anda sedang buntu nk hadiahkan apa untuk suami dan anak2 yang tak suka makan IKAN (ish ish) suka sangat makan lemak2, manis2, TAK SUKA MAKAN SAYUR, exercise pon depan tv je, mungkin inilah yang paling wajib anda hadiahkan kepada beliau. Yelah tak masak masakan kegemaran dia nanti dia tak lalu makan pulak. Jadi kita seimbangkan lah gizi makanan dengan khasiat minyak ikan yang berkualiti tinggi oleh Mr. Omega Guard yg ohsem ni.


Sendawa pon tak bau minyak ikan tau sebab Omega Guard ni tak macam jenama lain yang lebih byk lemak ikan tetapi Omega Guard ni mengandungi lebih byk omega-3 berbanding lemak ikan. 


Nak tau apa khasiat omega-3 utk tubuh badan kita? Nanti saya cerita atau pm je saya terus. 


Jangan tunggu lagi. Promo Mr ohsem ni hanya untuk bulan ni sahaja. Dijamin selamat dan HALAL.


 

Thursday, August 25, 2016

Testimoni Vitamin C SR: Hilangkan Jerawat

Hari ni nk share lg testimoni pengguna vitamin c Sustained release. Kakak comel ni first time try vitamin c SR ni bulan lepas dan sekarang dah dpt rasa kebaikannya.
Jadi kalau ada masalah kulit atau nk menten kulit cantik berseri, mulakanlah dengan pengambilan vit c dengan dos yg tepat. Kalau setakat minimum dos mungkin tk ckup nk repair sakit2 dalaman tu.
Banyak lagi kebaikan vitamin c ni blh rujuk tulisan dr zubaidi di atas ini. Kalau anda tk pernah ambil supplemen, apa kata mulakan dengan vitamin c. Sebab itulah yg paling diperlukan badan anda ketika ini untuk kekal sihat insyaAllah. Dan jenis sustained release adalah yang terbaik kerana vitamin c ni akan digunakan dengan lebih optimum berbanding vitamin c biasa.
Jom dapatkan vitamin c sustained released yg lain daripada yang lain ni. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat 😁👍🏻
Whatsapp 0133018189
#imashaklee

Khas Buat Anakanda Irfan Hariss

YANG PERTAMA
****************
Duhai yang pertama lahir dari rahimku
Yang pertama mengajar aku menjadi ibu
Yang pertama mengubah lena malamku
Yang pertama buat ku risau kdg seperti melayang nyawa
Yang pertama memanggil ku Mama
Yang pertama ku dengar suara kecil menyanyi negaraku
Yang pertama ku lihat tubuh kecil mengibar bendera besar negaranya
Yang pertama ku lihat terlalu minat kan menara berpuncak langit

Terima kasih Allah atas pinjaman yg comel ini
Kerana dia, aku belajar erti sabar yg tak bertepi
Kerana tangisan malamnya aku dapat bgun mencari redhaMu
Kerana gelak tawanya aku segera hilang rasa duka dan hiba
Kerana dia aku lebihkan doa dan amalan supaya Kau jaga dia
Kerana dia hidupku indah penuh warna warni
Kerana dia aku rasa lebih disayangi lagi
Kau jagalah dia dan jadikan lah dia hambaMu yg berjiwa besar, berjaya di dunia dan ahli syurga di akhirat yg abadi.
Selamat hari lahir anakanda ku Irfan Hariss.
Cinta dan kasih Mama takkan pernah pudar untuk mu.

Monday, August 22, 2016

Testimoni Vivix Untuk Merawat Tulang yg Patah

Assalamualaikum,
Hari ni nak share testimoni baik punya dari kisah keluarga saya sendiri.
Alkisah bulan lepas, ibu mertua saya jatuh terduduk sewktu sedang mengemop lantai di rumahnya. Dia mengadu sakit di bahagian punggung sampai melarat sakit urat dan sengal2 badan. Risau dengan keadaan mak, saya bawa mak ke klinik utk xray dan didapati tulang hujung di pinggul mak rupanya dah patah 😢😥
Lalu saya dan suami beri mak vivix dan calcium untuk mak cuba dengan harapan cepat sembuh disamping untuk ikhtiar merawat diebetes dan menjaga buah pinggang mak.
Alhamdulillah hari demi hari mak makin pulih. Dan selepas 2 minggu mak kata dah hilang rasa sakit ! Syukur sangat mak dah kembali sihat dan cergas 😍
Bukan sahaja saya dah pelajari khasiat vivix melalui ramuan antioksida yg tinggi yg boleh melindungi organ dan membina sel2 badan kita, malah saya dah lihat sendiri keberkesanan vivix.
Jadi tak salah mencuba kan, kerana vivix selamat, halal dan insyaAllah berkesan.


‪#‎imashaklee‬ 0133018189

Tuesday, February 16, 2016

Irfan's first school

Assalamualaikum..hai berdebar plak nk menulis almaklum da terpencen sekejap jd rs kekok pon ada. Watak baru dalam keluarga pon tk sempat diperkenalkan. Tkpelah yg penting kita dahulukan yg utama. Macam ni lah hidup makin lama makin mencabar..makin menguji kekuatan jiwa dan iman. Yg pnting..kita sentiasa positif yeahh.
Rindunya pd ruangan new post ni. Alhamdulillah dan insyaAllah sempat aku coretkan kisah hidup walau secebis.
Kali terakhir aku post pasal minat irfan hariss. Sedar tk sedar tahun ni dia da mula masuk sekolah. Irfan insyaAllah akan menginjak 5 tahun ogos nanti. Skrg ni da mcm wajib dah bg anak sekolah 5 thn. Risau jg tkut tk terkejar arus pendidikan skrg yg semua nk cepat pandai. Selain tu blh la irfan belajar bergaul.
Alhamdulillah setakat ni irfan sgt suka pergi sekolah. Tiap2 hari nk try baju sekolah sambil puji sendiri cantik hehe. Samela mak nya dulu pon. Harapan mama same saja mcm ibu2 lain semoga anak2 mama pandai jg diri, digolongkan bersama kawan2 yg baik2, rajin memuntut ilmu dan sentiasa berakhlak baik. InsyaAllah.




 

Monday, February 15, 2016

Suri Rumah tangga

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
ketika ni anak2 sedang beradu..aku pon baru sempat isi perut sendiri. tunggu perut meraung2 baru terkial2 panaskan makanan hehe. makan dengan budak2 kecil ni banyak cabaran. kalau bernasib baik mereka behave je..kalau tak kena angin..tk smpai 5 minit mula nk bergaduh..adik mula tarik kaki mama ataupon bergaduh kejar2 naik belakang mama habis mama pon berjaga2 takut tumpah hbis makanan. sudahnya tunggulah anak tdo dulu baru mama boleh start buat kerja rumah and kerja perut hehe. sabor je lah.
lebih kurang macam tu lah rutin aku setiap hari..sejak dah bergelar suri rumah sepenuh masa ni. Alhamdulillah disebalik kekecohan tu semua..aku merasa nikmatnya dapat menjaga anak2 dengan tangan sendiri. nikmatnya merasa belaian mereka yg sentiasa rindukan kita..mahu berdamping dengan kita..mengekori kita kemana2..menjadi peneman di setiap saat. itulah nikmat yg Allah berikan kepadaku yg harus aku sentiasa syukuri..walaupon jika mahu dilihat banyk juga kekurangan dari segi kewangan ku sndiri, keperluan social utk bergaul seperti waktu bekerja dulu. tp aku mahu melihat pada yg baik2 sahaja semoga Allah meletakkan kita dalam golongan orang2 yg beruntung.

Alamak Irfan da nangis dah..Imran dah dtg sengeh2..adios utk menjalankan tugas hehe..

my two companions