Tuesday, December 06, 2016

Kasih nya Adik

Sejak semalam irfan on off demam. Ada muntah sekali. Tp demam2 pon sempat dera mama teman dia main lukis2 smpai pukul 1 pagi. Sempat tido 2 jam adik plak mengamuk bangun mintak susu. 
Elok subuh Irfan kejut mama mintak air laici. Apakah. Lapar katanya. Mama smbil mata tertutup lg offer makan roti lah nk sedia nasi mmg tk mampu lah. Jadi dengan malas mama bgun bawak irfan turun dapur selepas atur kencing. Panas pulok badan dia. Terus jirus satu badan bagi ubat and suap roti. Irfan makan sambil tido. Separuh roti pon tk habis. 
Lepas tidokan irfan mama setelkan solat subuh terus sediakan breakfast baba. Sesekali terdengar suara imran dah bangun menangis2. Aduh awal pulak si kecik ni bangun. Mama biar je lah kot2 dia tido balik. 
Bila baba dah pergi kerja.. mama rs inilah ms terbaik nak lipat dua gunung baju walaupon kepala ada biol sikit tk ckup tido. Naik atas tgk atas katil kelibat adik takde. Rupany elok dia landing sebelah abang walaupom sempit tepi katil. 
Alahai manja betul budak ni bila terbangun tgk mama baba tkde, dia cari abang tempat bermanja. 
 
 
Alhamdulillah bangun pagi ni demam irfan dah kebah 😊.

No comments: