Monday, July 29, 2013

Pahala Ramadhan Milik Allah

Salam Ramadhan kawan2 semua..apa khabar iman?? (tiru intro nani n asiah)
Alhamdulillah akhirnya kita sampai di 10 malam terakhir Ramadhan yang barakah ni. Terdetik utk membuat sedikit perkongsian yg aku dengar di Ikim.fm oleh seorg Ustaz dan beberapa org Ustazah (tp tak ingat nama ape). Ianya berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan yang selama ini aku tak pernah tahu. Alhamdulillah dengan masa yg terhad, Allah telah memberi aku peluang untuk mendapat tahu keistimewaan Ramadhan yg insyaAllah aku akan cuba kongsi sebaiknya dengan korang kt sini.

Pernah dengar tak tentang Kafarah dosa? Telah dikatakan apabila di Padang Mahsyar nanti..maka akan diberikan buku amalan kepada setiap manusia mcm buku rekod yg tulis segala amalan2 kita semasa di dunia. Pada waktu tu terbentanglah pahala2 dan dosa2 yg telah dilakukan. Beruntung lah orang2 yg melakukan amalan2 yg baik. sudah tentu banyaklah pahala yg tercatit di dalam buku rekod tersebut. adapun rugi dan menyesal yang tak terkata buat mereka yang di dalam buku amalannya lebih banyak dosa dr pahala. Tp apakan daya, hidup yg penuh dengan peluang dan rahmat Allah telah pun tersia2..tiada apa lagi yg blh dilakukan untuk mengumpul pahala dan utk menebus dosa2 yg bakal menjadi tiket neraka. (cewah masuk syarahan blh menang ni hehe)

Tapi nanti dulu...haa masa ni la dikatakan manusia blh menuntut pahala daripada manusia yg penah berbuat jahat/zalim/tidak berlaku adil  terhadap mereka. Dan org yg diminta pahala ini, jika benar dia pernah berlaku kejam/zalim/tidak adil kepada peminta pahala ni, tidak boleh tidak, terpaksa la dia bagi pahalanya setimpal dengan kejahatan yg pernah dilakukan. Maknanya..walaupun kita di padang mahsyar nanti tersenyum bangga tgk buku amalan yg penuh tercatit pahala, jgn syok sangat kot2 kita sebenarnya ada banyak berbuat dosa yang orang belum lg tuntut kat kita. Entah2 habis pahala kita dikebas orang. Maka waktu ini, tak kiralah kepada siapa pun orangnya, samada kepada ibu kita, ayah kita, suami atau isteri kita, adik beradik, kawan kawan hatta anak anak kita dan sesiapa pun, setiap manusia akan menuntut pahala kafarah kepada org yg pernah menganiayai mereka. Lantakla korang sape..janji aku dpt kumpul pahala..tak cukup pahala nanti kena masuk neraka pulak kan..lebih kurang camtula perumpamaannya. Begitulah kasih sayang Allah terhadap orang yg teraniaya, sampai di padang mahsyar nt pun blh tuntut pahala.

Then, ape kena mengena pulak dengan bulan Ramadhan? Sinonimnya bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah melipatgandakan pahala bagi setiap ibadah dan amalan baik. Malah yg lebih bestnya..pahala2 yg terkumpul di bulan Ramadhan ni sebenarnya adalah milik Allah SAHAJA. Inilah pahala yang tidak boleh dijadikan kafarah dan tidak boleh dituntut di Padang Mahsyar kelak kerana pahala tersebut hanya untuk Allah. Nah, pahala2 inilah sebenar-benarnya penyelamat kita di waktu pahala2 lain kita habis dituntut sebagai kafarah dosa2 kita. Betapa besarnya rahmat Allah dibulan Ramadhan ni. Demi menguntungkan hamba2 nya yang walaupun banyak dosa, bukan sahaja dosa2 kita diampunkan dan doa2 kita dimakbulkan, malah diberi peluang utk melipatgandakan lagi akaun 'fixed deposit' kita di akhirat nanti. Jadi nikmat Allah yg mana lgi yang kita nak nafikan?

Jadi, marilah kita ambil peluang yg dah bertahun2 kita dapat ni, yang mungkin sebelum2 ni kita dah sia2kan, utk menambahkan ibadah dan amalan kita. Selain amalan fardu dan baca Quran, banyakkanlah bersedekah walaupun sedikit sedikit..insyaAllah berkat. Inilah antara amalan Nabi kita yg paling banyak di bulan Ramadhan.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang kebenaran ini dan semoga korang dapat manfaat daripada perkongsian ni. Selamat mencari LailatulQadar dan mendapat manfaat darinya..ameen..


Tuesday, July 09, 2013

23-month-old IRFAN

Yay Irfan muncul lagi di blog mama nya.. makin hari makin banyak dan macam2 celoteh si kecik ni. Alhamdulillah Irfan membesar dengan sihat dan cerdas. seronok lihat perkembangan Irfan dari hari ke hari. Syukur ya Allah atas kurniaanMu ini..

Anak mama da masuk 23 bulan. InsyaAllah  sebulan lg bertambah setahun lg usia Irfan. Sejak setahun 6 bulan Irfan da mula berjalan..seharian tak mau merangkak langsung. dah tu tak mau jalan slow2..memang mcm nk lari je. seronok kemain dah 'dapat kaki'. Skarang bukan main ligat dia berlari..aku tawakkal aje lah mohon dia tak jatuh especially time dia dok panjat memanjat tu. Nak kejar selalu pun mana larat. Lgpun panjat memanjat ni is good to improve his motor skill. Skrg Irfan da blh naek tangga dengan konfidennye sampai atas..cuma turun tu,  kalau tade pemegang tangga mmg aku tak berapa harap. TAPI kalau tangga lipat tu mmg da blh panjat sampai yg paling atas dah..aku siap gegar2 kan tangga tu nk suh dia turun, dia sengeeh je tak takott..haishh..

Dari segi percakapan, Irfan dan boleh sebut most of the word yg kita ajar..and he remembered all! I can understand almost 90% of what dia dok bebel2. Kadang2 bila aku panggil en suami, dia pun sama naik panggil "abaaang". Mungkin sebb dia cepat cakap tu yg lambat berjalan kot. Every nite after dinner aku akan spent masa ajar mcm2. You tube pun banyak membantu. Irfan paling suka tgk alphabet train atau ape2 yg sebut satu2 instead of lagu. Bagi aku lagu mmg menarik tp agak laju utk dia tangkap n kenal each alphabet. Now Irfan dah kenal semua huruf tp still learning to sebut huruf S and F. Guess what is his favourite alphabet?? it is DOUBLE YOUUUU..haha  Seronok bila Irfan da kenal alphabet..sebb huruf2 ni ada di mana saja..he will be excited everytime he saw them, tak kira di mana saja ; di plastik, di signage jalan, di plate kete, di botol kicap. semalam tergelak besar kitorang bila tiba2 dia cakap..betul betul betul!! haha pengaruh upim ipin le ni..

For numbers, Irfan da kenal and blh sebut from 1 to ten both in Malay and English. Disebbkan irfan cukup suka turun naik tangga, so aku gunakan waktu escort dia utk kira anak tangga. Eventhough ms tu dia msih tak blh cakp, tp dia sebenrnya ingat setiap turutan yg disebut. skrg sejak da petah ni, bila naik tangga je, otomatik dia kira sendiri anak tangga tu sampai sepuloh and ulang lagi.

Sekrg dlm process belaja Alif ba ta..since takde you tube alif bata train (i wish someone can create it), aku ajar guna kaedah flash card and also puzzle. It works but lambat sikit compare ngn video animation.lagipun tau2 la bila guna flash card or puzzle ni, di konyok2, digulung, di baling2 sesuka hati. Alhamdulillah, Irfan da kenal most of the words and ape gambar kt flashcard tu. Paling dia minat huruf Ta dengan gamba terung..and because of that..kad Ta lah yg paling teruk di 'belasah' Irfan.sampai da berlubang kt tgh2 kena lipat and gigit. Bila nampak kotak flash card or puzzle tu, mesti dia tabur semua then cari huruf Ta je. Jenuh mama kena kutip and simpan 7,8 kali sehari.

Other than that, he can also recognize basic colours. Waktu suap dia makan, aku biarkan dia leka main dengan cawan ikea yg ada mcm2 kaler. Sambil2 tu I kept repeating the colour for each cawan eventhough dia seemed to not pay attention pun. Now, since he started talking, Irfan can easily tell every colour..Hehe comel je dia sebut. Hebatnya Allah yg menjadikan manusia drpd lemah dan tidak tahu kepada berakal dan berkuasa. 

Cuma skrg Irfan da mula nangis2 every time hantar dia umah mil before going to work. I know it is just for a while, kang dia masuk rumah tgk cat or main lego, dia dah lupa. but still, to look at him crying to follow me, just really breaks my heart :( But then to watch him running towards me and calling me "Mama balik dah" everytime I arrived home feels like blessing in disguise. I guess every mom sure feels that :).

Alhamdulillah, watching Irfan grows each day makes our life more exciting and meaningful. Semoga dia sentiasa sihat dan ceria..dan terus menceriakan kami :)