Salam Ramadhan kawan2 semua..apa khabar iman?? (tiru intro nani n asiah)
Alhamdulillah akhirnya kita sampai di 10 malam terakhir Ramadhan yang barakah ni. Terdetik utk membuat sedikit perkongsian yg aku dengar di Ikim.fm oleh seorg Ustaz dan beberapa org Ustazah (tp tak ingat nama ape). Ianya berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan yang selama ini aku tak pernah tahu. Alhamdulillah dengan masa yg terhad, Allah telah memberi aku peluang untuk mendapat tahu keistimewaan Ramadhan yg insyaAllah aku akan cuba kongsi sebaiknya dengan korang kt sini.
Pernah dengar tak tentang Kafarah dosa? Telah dikatakan apabila di Padang Mahsyar nanti..maka akan diberikan buku amalan kepada setiap manusia mcm buku rekod yg tulis segala amalan2 kita semasa di dunia. Pada waktu tu terbentanglah pahala2 dan dosa2 yg telah dilakukan. Beruntung lah orang2 yg melakukan amalan2 yg baik. sudah tentu banyaklah pahala yg tercatit di dalam buku rekod tersebut. adapun rugi dan menyesal yang tak terkata buat mereka yang di dalam buku amalannya lebih banyak dosa dr pahala. Tp apakan daya, hidup yg penuh dengan peluang dan rahmat Allah telah pun tersia2..tiada apa lagi yg blh dilakukan untuk mengumpul pahala dan utk menebus dosa2 yg bakal menjadi tiket neraka. (cewah masuk syarahan blh menang ni hehe)
Tapi nanti dulu...haa masa ni la dikatakan manusia blh menuntut pahala daripada manusia yg penah berbuat jahat/zalim/tidak berlaku adil terhadap mereka. Dan org yg diminta pahala ini, jika benar dia pernah berlaku kejam/zalim/tidak adil kepada peminta pahala ni, tidak boleh tidak, terpaksa la dia bagi pahalanya setimpal dengan kejahatan yg pernah dilakukan. Maknanya..walaupun kita di padang mahsyar nanti tersenyum bangga tgk buku amalan yg penuh tercatit pahala, jgn syok sangat kot2 kita sebenarnya ada banyak berbuat dosa yang orang belum lg tuntut kat kita. Entah2 habis pahala kita dikebas orang. Maka waktu ini, tak kiralah kepada siapa pun orangnya, samada kepada ibu kita, ayah kita, suami atau isteri kita, adik beradik, kawan kawan hatta anak anak kita dan sesiapa pun, setiap manusia akan menuntut pahala kafarah kepada org yg pernah menganiayai mereka. Lantakla korang sape..janji aku dpt kumpul pahala..tak cukup pahala nanti kena masuk neraka pulak kan..lebih kurang camtula perumpamaannya. Begitulah kasih sayang Allah terhadap orang yg teraniaya, sampai di padang mahsyar nt pun blh tuntut pahala.
Then, ape kena mengena pulak dengan bulan Ramadhan? Sinonimnya bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah melipatgandakan pahala bagi setiap ibadah dan amalan baik. Malah yg lebih bestnya..pahala2 yg terkumpul di bulan Ramadhan ni sebenarnya adalah milik Allah SAHAJA. Inilah pahala yang tidak boleh dijadikan kafarah dan tidak boleh dituntut di Padang Mahsyar kelak kerana pahala tersebut hanya untuk Allah. Nah, pahala2 inilah sebenar-benarnya penyelamat kita di waktu pahala2 lain kita habis dituntut sebagai kafarah dosa2 kita. Betapa besarnya rahmat Allah dibulan Ramadhan ni. Demi menguntungkan hamba2 nya yang walaupun banyak dosa, bukan sahaja dosa2 kita diampunkan dan doa2 kita dimakbulkan, malah diberi peluang utk melipatgandakan lagi akaun 'fixed deposit' kita di akhirat nanti. Jadi nikmat Allah yg mana lgi yang kita nak nafikan?
Jadi, marilah kita ambil peluang yg dah bertahun2 kita dapat ni, yang mungkin sebelum2 ni kita dah sia2kan, utk menambahkan ibadah dan amalan kita. Selain amalan fardu dan baca Quran, banyakkanlah bersedekah walaupun sedikit sedikit..insyaAllah berkat. Inilah antara amalan Nabi kita yg paling banyak di bulan Ramadhan.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang kebenaran ini dan semoga korang dapat manfaat daripada perkongsian ni. Selamat mencari LailatulQadar dan mendapat manfaat darinya..ameen..
7 comments:
wahh ini kalilah. lepas ni boleh ganti papa bg tazkirah subuh plak.hehe.intro tu bleh gilap lagi haha. selamat beribadah di 10hri yg terakhir ni :)
perkongsian yg sgt bagus imah..terus tersentak sekejap..ada pernah zalimi sesiapa tak aku ni? ahh.. cuaknya klu pahala yg sedikit ni nnti nk diambil org pula...tenkiu for the very gud reminder!! =)
tekiu imah for reminder...
wah best. new info :)
wah best. new info :)
wah best. new info :)
wah best. new info :)
Post a Comment