Thursday, August 25, 2016

Khas Buat Anakanda Irfan Hariss

YANG PERTAMA
****************
Duhai yang pertama lahir dari rahimku
Yang pertama mengajar aku menjadi ibu
Yang pertama mengubah lena malamku
Yang pertama buat ku risau kdg seperti melayang nyawa
Yang pertama memanggil ku Mama
Yang pertama ku dengar suara kecil menyanyi negaraku
Yang pertama ku lihat tubuh kecil mengibar bendera besar negaranya
Yang pertama ku lihat terlalu minat kan menara berpuncak langit

Terima kasih Allah atas pinjaman yg comel ini
Kerana dia, aku belajar erti sabar yg tak bertepi
Kerana tangisan malamnya aku dapat bgun mencari redhaMu
Kerana gelak tawanya aku segera hilang rasa duka dan hiba
Kerana dia aku lebihkan doa dan amalan supaya Kau jaga dia
Kerana dia hidupku indah penuh warna warni
Kerana dia aku rasa lebih disayangi lagi
Kau jagalah dia dan jadikan lah dia hambaMu yg berjiwa besar, berjaya di dunia dan ahli syurga di akhirat yg abadi.
Selamat hari lahir anakanda ku Irfan Hariss.
Cinta dan kasih Mama takkan pernah pudar untuk mu.

No comments: