Perangai menjeling tu terbawa sehingga kini. Aku tak ambil pusing sangat since dia tak pernah complain apa2 tentang penglihatan. Akses gajet pula biasanya aku control, paling lama pon setengah jam. Tengok TV pon sama. Cuma pernah sekali dua Irfan tengok hp dalam gelap sebab aku tertidur dulu.
Kini Irfan sudah 6 tahun. Alhamdulillah pembelajaran berjalan dengan lancar. Dia boleh membaca buku english, malay dan Quran dengan baik walaupun belum lancar sepenuhnya. Penguasaan matematik juga memberansangkan. Di dalam kelas, kedudukannya paling hadapan. Seringkali terdapat latihan untuk menyalin semula soalan dan Irfan dapat menyalin dengan baik tetapi mungkin sedikit lambat.
Sanpai la di suatu hari ketika seperti kebiasaannya aku ambil Irfan pulang dr sekolah, cikgu kelas Irfan iaitu Teacher Pat hantar Irfan ke kereta dan beritahuku Irfan mengadu tak nampak tulisan di screen komputer padahal jarak nya agak dekat. Teacher Pat akhiri aduan dengan berkata "Mungkin dia perlu pakai cermin mata!".
Berdebar rasa bila dengar Tc Pat cakap macam tu. Aku still dalam denial tapi masih terus bawa Irfan ke klinik berdekatan untuk check matanya. Shockingly, Irfan failed ujian mata tu. Dia tak dapat baca huruf di dua baris terbawah. Dalam kerisauan tu, aku terus minta referal letter untuk jumpa pakar mata.
On the next 2 days after school, aku bawa Irfan jumpa doctor Pakar Mata Opthalmologist di KPJ Selangor. Pada awalnya nurse periksa power mata irfan dengan mesin. Mencabar betul nk pastikan Irfan focua betul2 tengok dalam mesin. Adik pula asyik tarik2 baju mama. Terkejut aku dapat tau power Irfan around 500! Biar betul, ni mcam rabun teruk juga. Berharap juga result tu salah since Irfan pon mcam main2 je tadi.
Bila jumpa doctor, doctor check sekali lagi dan mengesahkan memang irfan ada rabun jauh dan dekat. Tapi doc minta datang sekali lagi untuk checkup yang lebih detail dengan besarkan anak mata Irfan. Cuak juga dengar nk besarkan anak mata. Tapi tu sebenarnya prosedur yg biasa untuk eye screening. Mata akan jadi lebih kabur untuk beberapa jam dan kembali normal.
Pity my son, mama sangat2 tak sangka selama ni anak mama hidup dalam kekaburan. Power tinggi pulak tu. Ibarat kita melihat sesuatu tetapi tidak sharp bucu sisinya. Mungkin selama ni Irfan sudah rasa keadaan tu normal.
Sejak dari tu aku mula kaji cara Irfan melihat sesuatu. Apabila membaca tulisn dia akan baca dari sudut tepi matanya. Begitu juga bila tengok tv. Aku tak pasti kenapa. Bila aku suruh tengok dengan pandangan depan, dia betulkan pandangn tetapi kembali melihat dengn anak mata sisi. Aku kira eye muscle Irfan sudah terbiasa begitu dan mungkin penglihatannya lebih jelas dari sudut itu. Aku cuba melihat dengan anak mata sisi (at the corner of eyes) dan tak sampai seminit kepala aku mula pening2. Jadi jelas padaku kini bahawa memang penglihatan Irfan selama ni tidak normal.
Pertemuan seterusnya dengan Opthalmologist mengesahkan Irfan betul2 rabun dengan power mata 600 kedua2 belah mata. Doc terus refer ke Optician untuk buat cermin mata yang sesuai. From now, Irfan perlu pakai cermin mata sepanjang masa untuk train eye muscle focus dengan betul, improve sight, dan seterusnya elakkan lazy eyes yg boleh menyebabkan kabur tu jadi kekal. Menurut optician, insyaAllah kalau mata Irfan beri respon selepas pakai cermin mata, kemungkinan besar power mata tu boleh berkurang dan berkurang. Lega hati mama.
Belum habis di situ, untuk dapatkan lebih kepastian, aku bawa Irfan berjumpa Pakar Mata Kanak2 (Opthalmologist Paediatric) pula di PPUM. Kebetulan Doc tu kawan seusrah, dia concern bila dengar kes Irfan daripada Adik Ipar aku dan minta aku bawa Irfan jumpa dia di Hospital. On that Friday, aku bawa Irfan dan Imran sekali untuk check up. Kalini memang puas hati, sebab Dr Aishah check mata anak2 ku dengan detail. Macam2 machine guna. Sekali lagi Irfan dan Imran kena besarkan anak mata. Hanya titis ubat setiap 15 minit sehingga anak mata membesar.
During checkups, didapati Irfan dan Imran were borned with flat corneas. Maknanya kanta mata tak sekembung mata normal. So somehow akan effect vision. Saraf mata juga agak besar tp alhamdulillah fluid pressure inside eyes normal. And same result as previously, power mata Irfan mmg 600 and need to constantly wear eyeglasses. Untuk adik pula, alhamdulillah mata adik normal tpi perlu follow up juga.
Hati ibu mana tak sedih bila realize anak rabun. Tapi sekurang2nya Allah beritahu awal, thanks to Teacher Pat yang cepat2 bagitahu. Sejak bercermin mata, Irfan dah tak menjeling lagi. Walaupon rindu dengan jelingan itu, mama gembira ia dah jarang berlaku kini. Dan juga, walaupon Irfan nampak comel bercermin mata, mama doa ini hanya untuk sementara dan semoga Irfan dapat lihat dengan jelas semula nanti. Ameen.
No comments:
Post a Comment