Monday, September 11, 2017

Omega 3: Kisah Sembelit Irfan dan Rawatan

Alkisah ini bermula 3 tahun yang lalu. Iaitu ketika Irfan berusia 3 tahun. Pada waktu itu juga saya baru melahirkan anak kedua saya dan masih dalam pantang.

Sejak berhenti menyusu badan, atas nasihat doktor kami berikan Irfan minum susu Pediasure memandangkan beratnya yang sangat ketara kurang daripada sepatutnya. Ya tubuhnya agak kecil, dan selera makannya sangat sedikit. Masih saya ingat, dapat suapkan 2 sudu nasi setiap kali makan pon dah cukup syukur. Itupon belum tentu masuk dalam perut. Hanya terkepam dalam mulut. Aduh memang stress mama time tu. Umur sudah 3 tahun pun Irfan masih makan bubur sebab mama tak mampu nak bersabar nk tunggu makanan habis di telan. Kering dulu makanan di tangan sebelum masuk mulut. Last2 suap bubur jelah. Macam2 ragam anak yg seorang ni.


Walaupun diberi Pediasure, berat Irfan masih sama. Cuma saya perasan Irfan jarang sakit2. Mungkin kerana kandungan nutrisi susu Pediasure lebih tinggi berbanding susu lain. Tp malangnya gigi Irfan habis rosak. Bukan tidak gosok gigi. Rupa-rupanya pemberian susu berperisa terutama waktu malam boleh menyebabkan kerosakan gigi kanak2. Lebih2 lagi susu tinggi kalori sudah tentu agak manis. Mama kesal tak jaga gigi Irfan dengan baik. Sekarang separuh gigi Irfan terpaksa dicabut akibat sering terkena jangkitan kuman 😒.

Akhirnya kami decide untuk tukar susu. Disinilah bermula kerisauan mama. Sejak bertukar susu, Irfan mula sembelit. Pada awalnya saya selang selikan dengan susu Pediasure. Saya cuba pelbagai susu untuk cari yang paling sesuai. Ada susu yang menyebabkan najis berwarna keputihan. Ada susu yang selepas beberapa hari baru terjadi sembelit. Kasihan sangat setiap kali melihat Irfan bersusah payah nk membuang air besar. Sampaikan Irfan jadi takut dan menyorok setiap kali sakit perut. Dia cuba menahan rapat punggung ke lantai. Keadaan semakin teruk, berhari2 Irfan tidak berak. Kadang2 tiga hari, paling lama sampai seminggu. Bila terlalu lama, najis semakin besar dan semakin keras. Sampaikan mama terpaksa guna ubat sumbat untuk paksa berak. 

Setahun berlalu, macam macam mama cuba ikhtiar. Saya bawa jumpa doktor untuk dapatkan ubat. Sembelit memang biasa terjadi kepada kanak2. Nasihat doktor kena banyakkan minum air dan makan buah2an. Doktor bagi berbotol2 ubat lembut najis. Saya masih ingat doktor pertama kami jumpa di hospital SJMC, dia suruh minum ubat dengan dos yang tinggi sampai irfan tercirit2. Setiap masa tercirit sampai melecet. Sangat kasihan jd mama berhenti bg ubat. 

Kemudian mama jumpa Paediatrician lain di hospital Kpj. Terkejut doctor tu dengar dos tinggi yg diberikan. Doc sarankan dos yang lebih rendah disamping refer ke bahagian bedah untuk xray kalau2 ada komplikasi lain. Daripada result xray, tudia boleh nampak najis banyak berketul2 sampai ke atas. 

Ubat dulcolax hanya berkesan untuk beberapa hari saja. Kemudian doctor tukar ke ubat oil based liquid paraffin. Bila memula ambil ubat ni, irfan terus berak. Jadi mama happy akhirnya jumpa ubat sesuai. 

Berbulan2 irfan ambil liquid paraffin tapi lama2 sembelit nya kembali semula😩. Mama dah bagi makan buah everyday, makan barli, minum air banyak, every day makan sup sayur namun semua tak berkesan. 

Setahun lagi berlalu, Irfan masih dengan sembelitnya. Mama sudah tak sanggup tengok irfan telan ubat jadi mama berentikan, tawakkal kita cuba cara natural saja. Saya juga berhenti jumpa doktor sebab tidak banyak membantu. Saya beri Irfan mealshake pon masih sama kecuali saya perasan selera makan dia bertambah. Saya juga beri dia minyak kelapa dara setiap hari walaupun saya sendiri pon tk sanggup nk telan huhu. Exercise kayuh basikal untuk aktifkan muscle usus pun kerap suruh Irfan buat. Masih juga sama. Mujur Irfan pon tak banyak songeh. Mungkin sebab dia sendiri pon nak cepat sembuh.

Saya masih ingat sewaktu ke Paris, seminggu Irfan tidak berak. Waktu dalam keretapi menuju ke bandar Giverny, tiba2 dia nak terberak. Mama baru nk terlelap terus bergegas bawa ke toilet. Hampir sejam mama teman Irfan bertapa dalam tandas keretapi tu akhirnya berlepas juga najis bila mama tolong tekan2 perut dan tarikkan najis yang dah separuh keluar. Saya sangat berdebar sebab hampir dah nak sampai ke destinasi. What an experience!

Saya tanda di kalendar setiap kali Irfan berak. Selepas 3 hari tak berak, seriously saya jadi stress dan akan pressure Irfan untuk berak. Bila tengok sikap dia yang suka menahan berak lagi saya bertambah stress. Saya marah2 dan kadang2 tak mampu nak manahan sabar. Padahal saya sedar bukan salah dia. Maafkan mama 😞. Sampi akhirnya Irfan kerap berak berdarah akibat najis terlalu keras dan tajam. Aduh menangis mama tengok anak mama menahan sakit. Setiap kali nk berak mama ajar Irfan baca doa dipermudahkan. Ya Allah mudahkanlah, Ya Allah sembuhkanlah. Setiap hari mama tak putus berdoa. Sungguh mama pohon diampunkan dosa dan di berikan kesabaran yang tinggi πŸ˜”.

Sampailah mama join Shaklee dan mula belajar sedikit sebanyak tentang supplemen2 yang ada. Saya lihat banyak kebaikan omega 3 untuk kanak2 jadi setelah sekian lama, saya terbuka hati untuk cuba beri vitamin C dan OmegaGuard kepada anak2. Asalnya untuk tingkatkan kesihatan dan IQ anak2. Lagipun vitamin C shaklee adalah asli tanpa gula sesuai dengan diet Irfan untuk kurangkan gula manakala Omega Guard juga antara minyak ikan terbaik dunia kerana kandungan Omega 3 yang tinggi dan berkualiti tinggi.
Omega Guard
Setelah tiga minggu beri makan sebiji Omega Guard dan Vitamin C setiap hari, baru saya perasaan Irfan makin pulih sembelit. Saya tengok di kalendar yang saya catit kekerapan berak Irfan, paling lama 3 hari Irfan tak berak, itupon najisnya dah tak sekeras dulu. Saya buat kajian lagi tentang omega 3. Saya yakin sifat omega 3 yang anti radang bantu kurangkan radang dalam usus Irfan yang mungkin selama ni saya tidak tahu. Sifat berminyak Omega 3 juga membantu penghadaman lebih lancar menjadikan najis lembut dan mudah dikeluarkan. 

Chewable Vitamin C PLus
Saya teruskan beri Omegaguard setiap hari. Pil yang lembut memudahkan Irfan telan. Setiap kali dapat telan mama puji hebat macam mama. Tapi yang paling melegakan hati bila tengok Irfan sudah tak menahan berak lagi. Setiap kali dia bagitahu saya hendak berak, saya berdebar2 takut sembelit dulu berulang lagi 😣. Namun syukur Ya Allah, Irfan membuang dengan mudah. Najisnya juga tidak tersekat2 seperti dulu. Sekejap saja sudah selesai. Alhamdulillah Allah makbulkan doa 'Rabbi Yassir Wala Tuassir' yang Irfan selalu baca. Mama masih menangis, tapi bersyukur kerana derita selama ni dah berakhir. Thank you Allah 😊😊



Sekarang Irfan membuang dengan jayanya hampir setiap hari. Jadi untuk ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama, i feel you. Saya sangat memahami kerisauan yang anda alami setiap kali melihat derita sembelit anak2. Kita nak bagi makan pun jadi memilih dan risau kalau2 makanan tu boleh sebabkan anak sembelit. Mungkin sembelit anak anda tidak sekronik Irfan. Tapi nasihat saya, jangan ambil mudah dan jika berterusan banyakkan membaca disamping minta nasihat doktor dan orang yang berpengalaman. Yang penting jangan putus asa.

Semoga kita sama2 dapat manfaat dan peroleh kesihatan yang berpanjangan. Amin.

No comments: