Setiba di HKL aku dan adik2 disambut mesra oleh kakak2 sukarelawati. Mereka turut membekalkan biskut2 ringan utk diberi kepada pesakit. Aku agak kekok, tertanya2 apa yang patut aku ucapkan kepada pesakit. Asasnya 'Hospital Visit' ni tujuannya untuk menyantuni pesakit2 yang kita lawati, bertanya khabar, memberi semangat untuk terus berjuang, menggalakkan hidup sihat dan yang utama untuk pesakit muslim, kita tekankan untuk menjaga solat, dan tidak putus berdoa agar Allah membalas dengan sesuatu yang lebih baik di atas setiap musibah. Mujur Nani ada dan memang biasa clerk pesakit jadi sedikit sebanyak aku belajar dari bakal doktor ni apa yang wajar di tanya.
Wad yang kami lawati kali ni adalah Wad Ortopedik. Mula2 kami kunjungi wad perempuan. Antara pesakit yang aku lawati, ada makcik tua ditemani anak lelaki. Makcik india tersebut baru jalani pembedahan untuk tulang pelvic yang patah akibat terjatuh. Ada juga pesakit yang bakal jalani pembedahan potong kaki akibat diabetes.
Selepas habis lawati wad perempuan, kami kunjungi pula wad lelaki yang kelihatan lebih penuh berbanding wad perempuan. Kebanyakannya terlibat kemalangan motor. Ada juga yang terjatuh dari lori.
Ada pakcik yang tinggal seorang diri, ada ibu yang dah seminggu menemai anak oku cedera kepala akibat jatuh. Ade yang kena pakai besi di lutut, dimasukkan gel di tulang belakang, patah tengkuk, macam2. Namun kesemuanya melayan kami dengan baik dan senyuman.
Selesai wad ortopedik, salah seorang kakak kami nak melawat kawannya di wad cancer. Aku agak berdebar sebab tak dapat nk bayangkan bagaimana keadaan pesakit cancer ni. Tapi inilah peluangnya, supaya aku lebih muhasabah diri dengan nikmat kehidupan sihat yang Allah beri padaku selama ni.
Sebaik melangkah masuk ke bilik pesakit iaitu rakan kak zana, aku terpaku melihat susuk tubuh lemah, cengkung, mata yg tak tertutup rapat, mulut sedikit terbuka, jelas keletihan yang amat sangat. Pesakit sedang di beri morfin ditemani suami dan dua orang anak remaja perempuan. Ibu remaja2 ini sedang menghidap cancer paru2 yang kemudiannya merebak ke tulang. Tempohnya hanya 11 bulan sehingga kini. Tiada kata mampu aku ucapkan melihat wajah lesu itu.
Kenangan 22 tahun lalu terimbas kembali. Begitulah wajah yang pernah aku tatapi suatu ketika dahulu. Wajah cengkung tidak bermaya, tak terlawan kanser2 yang sedang memakan tubuh. Wajah yang padaNya ku pohon setiap saat agar diberikan kesembuhan walaupun hakikatnya mungkin sudah tidak ada harapan. Jadi aku kira aku memahami rasa anak muda yang menemani ibunya itu. Tidak seperti di wad sebelum ini aku mampu ucapkan kata semangat. Tapi kali ini, semangat aku juga hanyut bersama kisah lama yang pernah aku alami. Sungguh, pedih itu terasa. Emosi aku terusik.
Maafkan aku. Aku tetap mendoakan Allah beri yang terbaik buat kalian. Cuma ibumu mengingatkan aku kepada ibuku. Dan hakikat bahawa nenekmu juga pernah mengalami derita yang sama, menyedarkan aku, aku juga dalam aliran yang boleh menerima nasib yang sama. Hidup ini sementara bukan?
Itulah hakikat kehidupan yang aku belajar hari ni. Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada hari ini. Dan hargailah nikmat kesihatan yg kita rasai hari ini. Bersabar lah di atas setiap musibah dan bersyukur lah di setiap hela nafas ini. Semoga Allah memanjangkan rahmatnya ke atas kita semua sehingga kita diberikan pengakhiran yang baik. Ameen.
No comments:
Post a Comment