1. First thing untuk amik feel mengemas, packing barang2, sediakan kotak2 kosong. Kalau nak beli memang agak costly jadi boleh dapatkan kotak di pasaraya2.
Mula2 saya mintak daripada Giant. Tp tak boleh dr dalam kedai. Kena pergi bahagian belakang tempat pemunggahan di situ ada tong sampah besar penuh dengan kotak.
Tapi kebersihan tak dijamin sebab walaupun nampak macam banyak kotak kosong je tp ada juga bercampur dengan sampah2 lain. Bau pun tak menyenangkan. Tambahn pula kotak2 pon banyak yang rosak.
Another option, saya singgah di 99Speedmart berhampiran rumah dan try nasib minta kotak. Kena pandai pilih masa iaitu selepas pekerja tengah unpack barang2 biasanya kotak2 akan diletak dalam troli. Alhamdulillah pekerja Speedmart kt situ bagi je amik seberapa banyak kotak, siap check dalm stor lagi. Banyak kali pulak tu saya datang. Tapi tak semua 99Speedmart yang baik hati camni. Ada juga yang bagi limit 4 kotak saja malah yang tak bagi langsung pon ada. Nasib la kan dah mintak benda free.
2. Bukan sahaja kotak, alang2 dah ambil kotak tu boleh la beli sekali gunting dan salotape kotak di 99 Speedmart tu. Barulah win win situation hehe. Banyak jugak akan guna salotape, lebih kurang 4 buah. Salotape pon janganla yang cikai dan halus sangat kang terburai habis isi kotak tak ke menambah kerja nanti.
3. Kerja2 packing ni sebenarnya perlukan kesabaran yang tinggi lebih2 lagi rumah yang jenis barang2nya tidak tersusun. Jadi lebih baik jika kita dan pasangan berganding bahu buat sama2. Boleh juga mengupah pembantu rumah tetapi tuan rumah perlu meneliti satu persatu setiap barang yang hendak di simpan. Jika mempunyai anak kecil, lebih molek jika ditinggal kan sekejap di rumah pengasuh atau di sekolah untuk menjadikan kerja2 packing lebih lancar. Anak kecil boleh membantutkan kerja2 mengemas, menambahkan stress seterusnya menghilangkan mood mengemas.
4. Tempah lori pada hari betul2 decide untuk pindah. Apabila tempahan lori sudah dibuat, biasanya kita tiada pilihan melainkan mempercepat kerja2 mengemas barang2. Pilih lori yang sepadan dengan size barang2 besar yang hendak diangkut. Seeloknya buatlah perbandingan terlebih dahulu dengan beberapa syarikat lori yang berlainan kerana harga yang ditawarkan tidak sama. Banyak syarikat sewa lori yang boleh didapati di internet. Ada harga yang termasuk membuka dan memasang semula, ada yang tiada. Perbezaan harga juga agak ketara. Kami telah menyewa lori 1 tan dengan harga rm500 termasuk khidmat buka dan pasang semula.
5. Kemas barang dan label mengikut kategori. Untuk rumah yang tersusun, kerja2 mengemas akan menjadi mudah kerana barang2 sudah tersusun mengikut kategori. Kalau tak tersusun, inilah masanya untuk reset dan menyusun semula barang mengikut kategori. Syarat untuk rumah yang kemas adalah apabila SETIAP barang mempunyai ‘rumah’nya sendiri. Label setiap kotak mengikut kategori dan tempat yang bakal disimpan contohnya almari bilik master, almari dapur dsb. Barangan kaca perlu dilapik jika diletak bersebelah untuk elakkan pergeseran dan pecah. Label untuk barangan mudah pecah.
6. Asingkan barang2 kepada tiga bahagian iaitu
i. Barang2 yang akan dipindah ke tempat baru.
ii. Barang2 yang masih elok dan akan di sedekahkan.
iii. Barang2 yang akan dibuang.
Label setiap kotak dan letak setempat. Jika isteri mengemas, suami boleh membuang kotak barangan untk dibuang di tempat pembuangan sampah.
Begitu juga dengan kotak ii. Tidak perlu sehingga habis mengemas. Biasanya kotak ii ni terdiri daripada benda2 yang sudah lama tidak digunakan. Jika anda rasa anda akan tidak akan menggunakannya lagi dalam masa terdekat, lebih baik di sedekahkan sahaja. Ini termasuklah baju2 yang sudah tidak muat, barangan dapur seperti pinggan dan cawan lama, mainan lama, bekas2 tupperware yang tersimpan lama dsb. Adalah lebih baik diberikan barang2 ini kepada golongan yang lebih memerlukan. Penting untuk melepaskan barang2 yang tidak diperlukan ini untuk tidak menambahkan pening mengemas di rumah baru nanti.
Lagi cepat kotak i dan ii di keluarkan, rumah menjadi ‘clear’ dan menambah feel untuk cepat2 habiskan mengemas. Jika rumah untk dipindah tidak terlalu jauh, boleh la memindahkan sedikit2 kotak i dengan kenderaan sendiri.
7. Tetapkan gol bila kerja pemindahan mesti siap! Tidak ada yang mustahil jika kita bekerja dengan konsisten dan bersungguh2. Yang penting kita berpindah dengan cara yang tersusun untuk mengelakkkan kita kepenatan memindah barang2 yang tidak diperlukan.
Semoga dengan tips2 di atas, anda berjaya berpindah dengan tersusun dan cepat. Good Luck!
1 comment:
It is always useful to know about everyday life hacks to simplify all our daily tasks. Likewise, even though, you are a yearlong Roku user Roku.com/link
activate your roku.com/link on roku device
roku channels support
activate your roku
Post a Comment