Tak apa lah janji apa yang nak disampaikan tu sampai.
Kali ni nak berkongsi rasa disini tentang kisah pengakhiran 2017 dan permulaan 2018 yang agak mencabar. Bermula cuti sekolah akhir tahun kami telah pun berpindah ke kediaman baru yang alhamdulillah lebih selesa dan lebih tenang. Pemindahan menuntut masa dan tenaga berterusan. Ditambah pula suami dikehendaki berpindah bekerja sementara di Korea Selatan dlm masa 2 minggu. Rumah yg pernah didiami selama 7 tahun perlu di kosongkan. Sebuah lg rumah lain yang telah dijual di Gombak juga perlu dikosongkan.
Mujur suami jenis tak berlengah. Hujung minggu tiada istilah rehat selagi rumah belum clear. Kami bergilir2 pindahkan barang selain menyewa lori 1 Tan utk pindah barang2 besar. Akhirnya sebelum suami berangkat pergi semua berjaya setel. Rumah di Gombak juga berjaya dikosongkan. Letih jangan cakaplah.
Hikmah perpindahan ini, baru saya sedar rupanya banyak benda bukan keperluan yang disimpan. Rasanya almost 10 kotak barang2 yang masih elok disedekahkan. Yang dibuang pun sama berkotak2. Baru sekarang ada kesepakatan untuk buang. Kalau tak biasa la suami jenis menyimpan botol minyak enjin walaupun hanya tinggal sedikit, pintu rosak yang ditukar pun disimpan. Saya pun samalah, paper bag bertimbun2, baju zaman slim melim pun ada hati lg nak simpan.
Bila dah lepaskan bukan sahaja rumah jadi lapang, hati dan kepala pun sama jadi lapang. Jadi belajarlah untuk melepaskan apa yang kita tak perlu cewah.
Tinggal di tempat baru juga satu cabaran untuk saya dan anak2. Sudahla suami berjauhan, keluarga yang dulu sejengkal kini berdepa depa. Ada tol lagi. Jadi kadang2 berkira masa untuk lepak lama2, takut lambat2 seram pulak nk balik. Tinggal dirumah rasa sunyi pula walaupun kerja2 mengemas tak berpenghujung.
Mujur ada anak2 jadi peneman. Hairan juga dua orang ni, tak pernah sunyi, tak pernah letih bermain. Ada aje drama dan lakonan. Sama2 main, terlebih gaya bergaduh meraung2, bila dah ok bermain mcm tak ada apa berlaku. Seronok kome ye.
Hakikatnya suami yg nun jauh di Korea mungkin lebih kesunyian, tiada riuh rendah anak yg biasa kedengaran. Betullah anak itu penyeri rumah tangga. Dengan itu dia mahu segera bawa kami ke sana.
Keputusan untuk berhijrah ke sana walaupun sementara perlu ambil kira banyak perkara. Terutama tentang persekolahan Irfan yang bakal masuk darjah 1. Pendaftaran sekolah dan induksi dah selesai. Baju sekolah dan keperluan lain pun dah sedia.
Di Korea ada beberapa pilihan persekolahan namun setiap satu ada kekurangan untuk kami. Belajar di International School menelan belanja yang sangat2 tinggi namun hasilnya belum tentu seperti yang kita mahukan. Lagipula kami tinggal di sana tidak sampai setahun pun. Kalau belajar di sekolah local risau Irfan stress pula satu habuk tak faham bahasa. Satu lagi belajar di sekolah islamik di kawasan masjid tapi kawasan tersebut agak jauh dari tempat tinggal kami. Kena naik turun tukar train pula. Saya lah tu dah suami kena pergi kerja.
Saya rasa saya boleh bertahan disini bersama anak2 jika kami memilih untuk Irfan meneruskan darjah 1 di Malaysia. Namun hakikat seorang isteri haruslah berada di sini suaminya lebih2 lagi apabila suami memerlukannya. Anak2 juga tak patut dipisahkan dengan ayah mereka sekalipun ibulah yang menguruskan segala perihal anak2.
Akhirnya tiket pun dibeli. Buat apa berlengah2 jika keputusan akhirnya tetap akan ke sana. Sempatlah anak2 merasa musim salju yang indah walau sejuknya menggigit tulang.
Irfan sempat menjalani persekolahan selama seminggu di Malaysia. Mama tak sampai hati nk berhentikan sekolah lebih2 lagi bila setiap hari Irfan balik tersenyum ceria sambil bercerita seronok belajar macam2. Apakan daya keputusan telah dibuat.
Tanggal 6hb Januari kami tiba dengan selamat di tanah Korea Selatan disambut pelukan mesra ayah yang amat rindukan anak2.
Semoga penyatuan ini mengukuhkan lagi tiang rumah tangga dan memberi peluang yang lebih baik buat kami dan anak2 meneruskan kehidupan.
No comments:
Post a Comment