Friday, April 30, 2010

Isu agama

Sedari aku bekerja di sini, boleh dikatakan aku kenal baik dengan sebilangan besar orang2 department process control ni. tak ramai, kira2 16 orang semuanya..tak kira tua atau muda. semuanya ramah kecuali sorang dua yg aku tak berapa nk masuk. kebanyakannya berketurunan india. Ada 3 orang mat saleh antaranya bos aku sendiri dan hanya 2 orang hitam, yang lain india. (jgn salah anggap bila aku kata hitam, sebb mmg itu istilah untuk org berkulit hitam disini, mereka dipanggil black people dan white people untuk org berkulit putih). kebetulan masa aku start keje, ada sorang lagi mak itam daftar diri utk buat praktikal kt sini selama setahun. since hanya ada tiga orang pompuan je dlm department ni, kami berdua jadi kawan baik. Perempuan india sorang lagi tak berapa baik sebb dia suka buat hal sendiri tak berapa nk campur orang.

Nama kawan aku ni Namandla dan dia muda 2 tahun dari aku. nasib jugakla ada dia, kalau tak memang mati kutu la aku kerja sini. Memula masuk sini, aku rasa susah sangat nk paham english diorang, semua bercakap macam nk kejar ketapi je. lagi2 indian people. kadang2 tu kena ulang dua tiga kali baru aku dapat tangkap. apetah lagi utk masuk campur discussion diorang pasal kereta atau game bola or besbol (itu antara topik yang paling disuka ramai). tp dengan Namandla aku boleh bercakap apa saja dalam bahasa yg mudah difahami..apa saja..termasuk lah soal agama..

Itu isu yg aku mau sentuh kali ini. Di South Africa ni agama Islam boleh dikatakan agak cemerlang. Tidak susah mencari masjid utk sembahyang dikala bermusafir. Restoren halal pun berlambak2. Boleh dikatakan Muslim di sini ramai yg berjaya dan sepertimana mat saleh di negara ni, mereka juga punya pengaruh besar dalam sosioekonomi di sini. Mereka kebanyakannya org india. Walaupun fesyen pakaian muslimah tidak selatest di Malaysia, tp yg lebih penting ramai yg bertudung dan berjubah.

Cuma yg berbeza nya di sini, amalan Islam yg di praktikkan. Mereka mempercayai khurafat dan menyanjung tinggi Saidina Ali. Amalan murtad juga suatu yg biasa terutamanya wanita yg menikah dengan lelaki india. Mereka dengan mudah menukar agama kepada hindu. Dua orang ofismate aku berkahwin dngan wanita muslim. Mereka mcm bangga pulak bila cerita dapat menukarkan agama isteri2 mereka. Agak pelik bila orang boleh bertukar tuhan dgn mudah sekali kan...

Ramai yg bertanya kenapa aku bertudung. tidak kurang juga yg mengkritik. Tanya mereka, kalau kena berjubah bertudung mcmn nk mandi pantai, panas terik time summer tak rasa panas ke, kenape kena tutup muka susahlah nk berkomunikasi, itu tak boleh ini tak boleh. Ada yg menggelarkan wanita berjubah hitam dan menutup muka sebagai ninja turtle in pajama. Sedih aku..

Pernah kami berbincang isu tiga wanita disebat di Malaysia lepas serah diri sebb berzina. Pendapat mereka, Islam kejam dan tak patut, dah la org tu serah diri..kena sebat pulak. Waktu aku berbincang isu tu, ada several people yg berlainan agama, ada kristian, hindu dan aku sebagai orang Islam.

Jawapan aku, ini bukan masalah dosa antara manusia tp dosa mereka terhadap tuhan. Apabila tuhan da tentukan itulah hukuman utk orang berzina, jadi siapa kita utk memaafkan bagi pihak Tuhan? Mereka suka bercakap hanya memndang soal relevan atau tidak dari aspek keseronokan hidup manusia. Sedangkan tidak tahu yg agama sendiri pun mengamalkan prinsip yg sama. Contohnya amalan pemakaian tudung. Bukankah sister2 di gereja juga memakai tudung..sebab apa? sebb itu uniform merekakah atau itu sebenarnya amalan bagi org yg soleh dan didekati tuhan? Kalau betul amalan, adakah hanya relevan untuk paderi dan sister sahaja ataupun sepatutnya seluruh umat harus mengamalkan juga?

Begitu juga isu berzina..betapa besarnya kesan berzina keatas umat sekrg sehingga mereka sendiri tak mampu nafikan. contohnya kaum hitam sendiri di sini, berapa ramai yg tidak tahu bapa kandung, salah sorang ofismate aku, diumur 25 tahun baru tahu dia ada abang berlainan ibu. sepupu kawan aku yg kematian bapa hidup melarat walaupun bapanya dulu kaya raya. sebabnya dia anak luar nikah. sekrg menumpang hidup dengan nenek yg juga terpaksa menjaga cucu dr anak luar nikah datuknya. berapa banyak pula rumahtangga runtuh akibat zina? HIV, Aids bukankah semua nya ada kaitan dengan zina?

Agama ini adalah amalan kehidupan. mungkin sebahagiannya kita tidak nampak apa relevannya tp itu bukan alasan kita patut tinggalkannya. Aku kadang menyampah kalau bertekak dengan Nam isu agama, mudah aje dia kata itu tak boleh ini tak boleh dgn mimik muka yg menjengkelkan. Sekurang2nya dia patut hormati agama2 lain walaupun dia tak setuju. Lupa kah dia setiap orang punya amalan kehidupan sendiri, dibesarkan dalam norma2 kehidupan tersendiri. Ada orang yg dari kecik diajar makan nasi, ada yg diajar makan roti, ada juga yg diajar makan bubur je.

Aku bukanlah orang alim yg boleh membahaskan Islam dengn mudah. Aku akui aku sendiri pun tak dapat jelaskan banyak perkara..seperti bagaimana orang berjubah dan purdah nak main2 air di pantai, pengebom berani mati, amalan pergaulan yg ketat dsbg. Dan aku juga sedih, kebanyakan mereka yang suka menyangkal dan menghina islam ini bukan kerana agama mereka lebih bagus atau alim terhadap agama sendiri, tetapi atas pemikiran dangkal yg hanya mahu menyatakan Islam itu begitu dan begini, mmg sangat tidak cool lah..

Begitulah kalau hidup dalam dunia berlainan agama. Kadang kita rasa kalah dan seterusnya boleh menggugat iman sendiri. Jangan kerana isu2 extreme yang diputarbelit kebenarannya menenggelamkan segala keindahan Islam yg kita sedia tahu. Percayalah kepada Allah seteguh2 nya..semoga Dia melindungi kita dr kesesatan..

2 comments:

Zeti said...

samala kita imah. aku pun kdg2 tak reti nk terangkan sb diri sendiri pun pengetahuan takla hebat mana. english pun terabur :-) yg penting kita dh terangkan n terpulgkan pd mereka nk terima @ tak. tp bila org tak respect agama kita geram jugak kan

iQbalasmadi said...

aku dpt rasakan cabaran yg kau hadapi.. tak dinafikan kita akan diuji sedemikian bila berada dikalangan org yg beragama berlandaskan fikirannye yg buta.. tp jgn skali kita mengalah dlm mmpertahankan keagungan islam..

ini pengalaman yg aku x pernah aku hadapi dan thanks for share it..

don't give up and be strong!!