Friday, April 30, 2010

Isu agama

Sedari aku bekerja di sini, boleh dikatakan aku kenal baik dengan sebilangan besar orang2 department process control ni. tak ramai, kira2 16 orang semuanya..tak kira tua atau muda. semuanya ramah kecuali sorang dua yg aku tak berapa nk masuk. kebanyakannya berketurunan india. Ada 3 orang mat saleh antaranya bos aku sendiri dan hanya 2 orang hitam, yang lain india. (jgn salah anggap bila aku kata hitam, sebb mmg itu istilah untuk org berkulit hitam disini, mereka dipanggil black people dan white people untuk org berkulit putih). kebetulan masa aku start keje, ada sorang lagi mak itam daftar diri utk buat praktikal kt sini selama setahun. since hanya ada tiga orang pompuan je dlm department ni, kami berdua jadi kawan baik. Perempuan india sorang lagi tak berapa baik sebb dia suka buat hal sendiri tak berapa nk campur orang.

Nama kawan aku ni Namandla dan dia muda 2 tahun dari aku. nasib jugakla ada dia, kalau tak memang mati kutu la aku kerja sini. Memula masuk sini, aku rasa susah sangat nk paham english diorang, semua bercakap macam nk kejar ketapi je. lagi2 indian people. kadang2 tu kena ulang dua tiga kali baru aku dapat tangkap. apetah lagi utk masuk campur discussion diorang pasal kereta atau game bola or besbol (itu antara topik yang paling disuka ramai). tp dengan Namandla aku boleh bercakap apa saja dalam bahasa yg mudah difahami..apa saja..termasuk lah soal agama..

Itu isu yg aku mau sentuh kali ini. Di South Africa ni agama Islam boleh dikatakan agak cemerlang. Tidak susah mencari masjid utk sembahyang dikala bermusafir. Restoren halal pun berlambak2. Boleh dikatakan Muslim di sini ramai yg berjaya dan sepertimana mat saleh di negara ni, mereka juga punya pengaruh besar dalam sosioekonomi di sini. Mereka kebanyakannya org india. Walaupun fesyen pakaian muslimah tidak selatest di Malaysia, tp yg lebih penting ramai yg bertudung dan berjubah.

Cuma yg berbeza nya di sini, amalan Islam yg di praktikkan. Mereka mempercayai khurafat dan menyanjung tinggi Saidina Ali. Amalan murtad juga suatu yg biasa terutamanya wanita yg menikah dengan lelaki india. Mereka dengan mudah menukar agama kepada hindu. Dua orang ofismate aku berkahwin dngan wanita muslim. Mereka mcm bangga pulak bila cerita dapat menukarkan agama isteri2 mereka. Agak pelik bila orang boleh bertukar tuhan dgn mudah sekali kan...

Ramai yg bertanya kenapa aku bertudung. tidak kurang juga yg mengkritik. Tanya mereka, kalau kena berjubah bertudung mcmn nk mandi pantai, panas terik time summer tak rasa panas ke, kenape kena tutup muka susahlah nk berkomunikasi, itu tak boleh ini tak boleh. Ada yg menggelarkan wanita berjubah hitam dan menutup muka sebagai ninja turtle in pajama. Sedih aku..

Pernah kami berbincang isu tiga wanita disebat di Malaysia lepas serah diri sebb berzina. Pendapat mereka, Islam kejam dan tak patut, dah la org tu serah diri..kena sebat pulak. Waktu aku berbincang isu tu, ada several people yg berlainan agama, ada kristian, hindu dan aku sebagai orang Islam.

Jawapan aku, ini bukan masalah dosa antara manusia tp dosa mereka terhadap tuhan. Apabila tuhan da tentukan itulah hukuman utk orang berzina, jadi siapa kita utk memaafkan bagi pihak Tuhan? Mereka suka bercakap hanya memndang soal relevan atau tidak dari aspek keseronokan hidup manusia. Sedangkan tidak tahu yg agama sendiri pun mengamalkan prinsip yg sama. Contohnya amalan pemakaian tudung. Bukankah sister2 di gereja juga memakai tudung..sebab apa? sebb itu uniform merekakah atau itu sebenarnya amalan bagi org yg soleh dan didekati tuhan? Kalau betul amalan, adakah hanya relevan untuk paderi dan sister sahaja ataupun sepatutnya seluruh umat harus mengamalkan juga?

Begitu juga isu berzina..betapa besarnya kesan berzina keatas umat sekrg sehingga mereka sendiri tak mampu nafikan. contohnya kaum hitam sendiri di sini, berapa ramai yg tidak tahu bapa kandung, salah sorang ofismate aku, diumur 25 tahun baru tahu dia ada abang berlainan ibu. sepupu kawan aku yg kematian bapa hidup melarat walaupun bapanya dulu kaya raya. sebabnya dia anak luar nikah. sekrg menumpang hidup dengan nenek yg juga terpaksa menjaga cucu dr anak luar nikah datuknya. berapa banyak pula rumahtangga runtuh akibat zina? HIV, Aids bukankah semua nya ada kaitan dengan zina?

Agama ini adalah amalan kehidupan. mungkin sebahagiannya kita tidak nampak apa relevannya tp itu bukan alasan kita patut tinggalkannya. Aku kadang menyampah kalau bertekak dengan Nam isu agama, mudah aje dia kata itu tak boleh ini tak boleh dgn mimik muka yg menjengkelkan. Sekurang2nya dia patut hormati agama2 lain walaupun dia tak setuju. Lupa kah dia setiap orang punya amalan kehidupan sendiri, dibesarkan dalam norma2 kehidupan tersendiri. Ada orang yg dari kecik diajar makan nasi, ada yg diajar makan roti, ada juga yg diajar makan bubur je.

Aku bukanlah orang alim yg boleh membahaskan Islam dengn mudah. Aku akui aku sendiri pun tak dapat jelaskan banyak perkara..seperti bagaimana orang berjubah dan purdah nak main2 air di pantai, pengebom berani mati, amalan pergaulan yg ketat dsbg. Dan aku juga sedih, kebanyakan mereka yang suka menyangkal dan menghina islam ini bukan kerana agama mereka lebih bagus atau alim terhadap agama sendiri, tetapi atas pemikiran dangkal yg hanya mahu menyatakan Islam itu begitu dan begini, mmg sangat tidak cool lah..

Begitulah kalau hidup dalam dunia berlainan agama. Kadang kita rasa kalah dan seterusnya boleh menggugat iman sendiri. Jangan kerana isu2 extreme yang diputarbelit kebenarannya menenggelamkan segala keindahan Islam yg kita sedia tahu. Percayalah kepada Allah seteguh2 nya..semoga Dia melindungi kita dr kesesatan..

Friday, April 23, 2010

Mak and Abah in Durban

I guess autumn begins today..even the skies was clear this morning but it was no longer warm as usual..the wind and the lower temperature gave a feeling to myself that i'm gonna miss the smell of clothes dried under the sun coz perhaps i'm gonna need to use the dryer to dry my clothes after this. The cold and dry wind shall courage me to wear my woolsocks every night and reluctantly wake my body up every morning. But I do love autumn..specifically the weather. At least it is something different from my own country. i do not have to worry about spending time to choose which cloth to wear coz most of them will be covered most of the time beneath my purple-square-design, the only sweater that i have, for now ;P

Gladly, my parent in law arrived Durban safely last two days. Though I was hoping my father could join them, they did surprise me with so many Malaysian foods i was longing to have here. Alhamdulillah, they managed to pass through the customs and the police which i heard like to carry away the good stuff even with no legal reason. I think Ayat Kursi that mom read all the time during the arrival did fade their intention to open those five big luggages. Abah kept saying his police card and airport staff card did help too, although they were all expired already..hehe no matter what, we are glad they are here now. They brought milo, dried laksa, lemon grass, lemon leaves, tempe, sotong kering, daun kunyit, dried chile, kesum leaves and even bunga kantan! oh really can't wait to taste mom's best laksa and chicken rice :)

So for now, me and abang have planned several trips to have fun with them around and outside Durban including camping in the safari. And for this weekend we are off to Sterkfontein Dam, yahuu!

Tuesday, April 06, 2010

Libur-libur di Ramsgate

Hadoila makin liat rasanya nk sambung menulis kt blog ni..bukan ape, aku skrg tgh taksub ngn novel Twilight yg berjaya dipinjam dr Nani. Kesian Nani baru dapat hadiah dr Abg Can, hadiah da kena bawak lari ke Africa. Alah kak tim tahu Nani takkan baca punya. Setakat aku baca ni boleh tahan best juge, pasni boleh la layan movie nya pulakss..

Berbalik kepada percutian kami ke south Durban, lepas bersuka ria di Oribi Gorge, it's time to make our way to Ramsgate pulak. it took us about half an hour je utk sampai situ. Cuaca mendung sambut ketibaan kami. lepas mendung terus mencurah2 pula hujan turun. Tp itu semua tak mengurangkan excited kami yg mmg admire kt pantai. Bertambah excited bila kami sampai at our accomodation, hotel tu betul2 depan pantai..wahh sgt syiok! Dr tingkap bilik boleh lihat suasana ombak menghempas batu2..bunyi ombak dan angin..sangat mengujakan kami :)

Bilik yg simple dan kemas. dr tingkap bilik terus mengadap ke laut.

itu pula tempat utk santai2

Kami tinggal di hotel Blue Heavan. asalnya rumah orang tp ditukar jadi Bed&Breakfast. Set up agak simple tp lengkap dengan semua kemudahan.
Hujan turun skejap aje, tp cukup utk halau semua yg tgh syok mandi balik rumah. So by the time hujan da berenti, pantai lengang takde orang..hari pun makin senja jadi kami decide utk jalan2 tepi pantai sambil menikmati sunset. romantik giteww..nama pun honeymoooon kan.. hehe

Birthday Boboy

Paling tak boleh tahan bile kami lalu depan Tidal pool yg di bina kat pesisir pantai..kalau kt mesia nih mmg konfem tak ada..first time aku jumpe tidal pool. tujuan tidal pool ni adalah untuk elakkan perenang2 amatur dari lemas kena tarik dek ombak besau. so sangat selamat especially utk kanak2..mcm main dalam kolam biasa tp berlantaikan pasir dan berombak. usha kiri usha kanan..clear tadak org..apo laiee, mari terjuuun!!

Awek gediks di Tidal Pool

Bersedia utk terjuuuuun...

Huhu lama dah rasa tak berlatih berenang. Abang pun pandai berenang, cuma bab amik nafas tu je belum lepas lg. bertambah seimbang sebb ade built in pelampung dah sekrg hoho..Lepas puas eksesais dalam kolam, kami sambung lg jalan2 tepi pantai, tp matahari makin terbenam..jadi masanya utk pulang..
Malam itu kami berdinner di restoren seafood berhampiran. cantik tempatnya tp makanan tk berapa enak walaupon rupanya sgt lazat. lebih haru ada pulak omputih tua seblah meja kitorang dok usha aku je..rimas betuii!

Dinner ala ala african gitu

Esoknya kami bersarapan telur ommelete yg enak mengadap lautan luas. kononnya lepas subuh nk menikmati sunrise tp awan tak kasik can pulak..mendung aje sepnjang hari. tak apalah kat rumah pun bisa nengok matahari terbit.

Bersarapan sambil menikmati suara alam semulajadi :)

Sekarang perut da kenyang..dengan senang hati kami sambung exploration di pantai. tp kali ni di siang hari suasana pantai lebih meriah..ada pasar kecil jual topi, baju n barang merapu yg lain.. merapu2 pun sempat jugak aku sambar topi besar sebijik. bertambah comel gitewww hikhik..

berposing depan hotel

pasar merapu

Kawasan pantai Ramsgate ni lebih kurang mcm pantai si St Lucia..berhadapan ngn pantai ada sungai yg hujung nya tersekat jadi tasek..aku pun tak sure tasek ke sungai, tp kat situ ada disediakan boat paddle. pak hitam yang jaga boat tu baru aje bukak penutup boat, kami terus serbu nak naik. oleh sebab kami org first, pak itam tu bermurah hati kasi ekstra masa 20 minit. Arigato!

Masa utk mengayuh

yg tak pakai kasut tu acah2 je kayuh hehe

View di sungai tu sekadar kawasan flat bagai2 bentuk dan hutan2 je. Paddling ni boleh la sekadar nk bakar lemak2 kt peha dan relaxkan minda. Cuaca pun tak panas..mmg sesuai sgt untuk berdating dengan aman.

seronok tgk makcik2 ni

Konon penat menyayuh boat, lepas tu kami terus pegi balun banana waffle kt Waffle restoren bersebelahan. Pekana sekali ngn hot Chocolate, pergh mmg berlemakk! Bagus betul strategi restoren ni, buat orang terliur je mengayuh paddle. tu yang tak boleh tahan tu, telur ommelete td pun tak sempat nk hadam lg huhu..takpe ni kan untuk Besday Abang sayang..no diet on that day! hehe

tak kesahla topi besau sampai tak nampak jalan, janji bergaya

Begitu lah adanya percutian kami di Oribi Gorge dan Ramsgate..sekali sekala dapat tukar angin mmg enjoy sangat..lebih2 lagi dapat berdua sentiasa dgn abang ..

Best memory in Ramsgate :)

Happy birthday sayang..Luv U always :)