Friday, December 10, 2010

Kenali Saya Lebih Dekat

Da 5 hari sy demam kura2..2 hari sy dpt MC jd minggu ni hanya sehari saja di ofis. Apa kena dengan badan sy ni sy tidak tahu..mudah betul dapat serangan demam...

kali ni sy nk tulis pasal tag mengenali aku dgn lebih dekat yg di tag oleh take and fiza.

25 fakta tentang diriku ini

1. Nama sy Fatimah. timangan dirumah sebagai tie atau mah. dulu masa sekolah rendah kawan2 sy panggil sy timah. honestly sy tak suka tp redho aje lah. Nenek sy orang yang paling anti sekali klu org panggil camtu. ms kat matrik, roomate sy try panggil sy imah. tetiba sy tersedar, kenapalah sy tak terpk nama tu..jd begitulah..panggil sy ima atau imah ye..

2. sejak dari kecik sy cenderung untuk bergiat seni. masa tadika sy penah baca sajak di hari penyampaian. sajak dari Alif sampai la ke Ya. di sekolah rendah hampir tiap2 minggu sy nasyid di perhimpunan. oleh kerana itu, sy perasan sy glamer..*wink* wink*

3. kemuncak nyanyian sy (cewah) adalah masa sy nyanyi live dgn band sekolah di hadapan Sultan Kedah.. sy nyanyi lagu cindai. sejak dari itu org panggil sy timah cindai. lepas itu sy insaf sekejap. sy berenti nyanyi kecuali depan pompuan or untuk suka2 cam karaoke je.

4. Sy dibesarkan dikalangan abang dan adik lelaki..sepupu sebaya sy pun lelaki. jd perangai sy pun dah mcm laki jugak la, lompat2 sampai berjahit2, malas buat keje rumah, kasar dan suka gelak kuat2 dan nangis kuat2..bila besar dan masuk sekolah pompuan, sy cuba belaja jadi pompuan. bolehla sikit2 cuma bab gelak tu susah skit hehe..

5. Oh ya, sy anak kelima dari seploh beradik seibu sebapa..tambah lg lima yg tak seibu tp sebapa..ok dah tutup mulut anda yg terlopong tu.

6. Ibu sy meninggal pada umor sy 11 tahun kerana breast cancer. sepanjang ibu sy sakit, sy tak terfikir pun dia akan pergi tinggalkan sy. mungkin sebb sy masih kecik, akal pun pendek. sy tak menghargai pun saat2 akhir bersama ibu sy.. tahu nk main aje. Tp saya syg ibu sy. Setiap hari sy menaruh harapan dan yakin yg dia akan sembuh dan kembali seperti sediakala..tp akhirnya sy akur bahawa takdir sy akan membesar tanpa dia disisi..
3 tahun kemudian ayah sy kahwin dengan ibu tiri sy.

7. Saya sangat suka subjek kira-kira..bglah subjek apepun yang ada kira2, mesti sy semangat nk buat. dan mesti sy score..ehem ehem.. alhamdulillah ada juga bakat ibu sy yg turun kepada sy. Ibu sy dulu cikgu matematik. seawal 4 tahun lg dia da ajar sy matematik tambah tolak darab bahagi. masa kt U, sy paling suka topik MAtrik. ms exam sy cuma kira guna kalkulator dan dapat 100 markah hahahaha..eh riak le pulak

8. Sy kira zaman matrik adalah zaman sy yang paling cemerlang. Tp sy sedikit hampa sebb terkandas sedikit di second sem menyebabkan sy tak dapat 4.0 flat. Subjek mAth pulak tu..sdih bukan kepalang. Disitulah juga titik tolak jodoh pertemuan sy dengan suami sy skrg. bukan bukan, dia bukan student matriks yg sama..nk tau kena baca sampai habis.

9. Sy juga suka mengajar. tp kawan2 selalu cakap sy ni garang orgnya..sy pun tak tahu kenapa bila mengajar je sy jd serius dan garang..kdg2 sy perlu ingatkan diri sy sndiri supaya tidak garang dan sabar. mungkin sebb suara sy lantang jd org ingat sy marah. Tp niat sy ikhlas, kalau sy ajar main2 nanti org pun belaja main2 pastu lupa then tanya lagi benda yg sama. betul tak ??

10. Mungkin sebb sy nmpak garang, sy susah berkawan dengan lelaki. Sy lebih senang berkawan dgn mmber2 pompuan. 9 sisterhood dan kak za merupakan kawan2 sy yg paling rapat. Sy mula berkawan dengan lelaki bila belaja di jerman, itupun sebb hanya mmber2 laki yg sudi berkawan dengan saya..sob..sob..

11. Atas sebb minat mengajar, sy pernah jd cikgu sementara lepas SPM. sy ajar subjek fizik dan kimia utk student yg 2 tahun lebih muda dr sy huhu. ms tu baru sy tau alam cikgu macam mana. Ms kt U sy pernah jd tutor mechanical..boleh la simpan duit sikit2..tp kena share ng liza si penanda kertas pulak..

12. Sy juga aktif gamelan. tp sy hanya tahu mahu gambang n peking je. Sy terlalu obses main gamelan sampai Pakcik Usop siap hadiahkan sy gambang sebijik. Ini juga salah satu sumber pendapatan sy masa di U. sekali buat show paling busuk pun leh dapat rm50. Paling wangi seratus lebey..

13. Sy sgt suka aktiviti lasak. akibatnya sy pernah mendaki gunung ledang, gunung senyum dan gunung tebu. itu adalah antara pengalaman mahal sy.

14. Sejak dari tadika sy suka duduk depan dalam kelas. bg sy, pergi kelas untuk belaja jd untuk belaja dgn efektif, kena fokus dgn ape yg diajar. kalau sy kt belakang, konfem sy takleh konsentret. paling pntang kalau org bising kiri kanan. rasa cam nk lempang je. paling best duk depan, boleh dtg lambat sebb tak perlu berebut tempat. konfem ada tempat punyalah kt depan tu reserve utk org lambat mcm i..

15. Ha tu perangai buruk yg paling susah sy nk kikis..lambat tp bukan lembab ye..mcm mana awal pun sy siap mesti last sekali jd lambat jugak..hmpss

16. Ms kt U sy juge adalah awek skuter merah plat MAM. syg oo skuter tu walaupun buruk tp sgt berjasa. satu rahmat besar bila dapat motor tu. sesape yg tumpang kena tau tendang motor sebb kalau bateri motor kong, sy memang tade kudrat nk angkat n tendang untk start motor tu manually. jd setiap pagi sy kena kejutkan kak za semata2 untuk start moto dan tumpangkan fatem bila da habis kelas. skrg moto tu ade ngn adik sy di UIA.

17. Di tahun tiga, sy dapat offer utk sambung belaja di german. masa tu sy rasa macam bulan jatuh ke riba. mmg impian sy utk merasa tinggal di oversea mcm kawan2 lain. walaupun dengan kewangan sendiri, sy akhirnya berjya mencapai impian tersebut.

18. Belaja di german bermakna sy terpaksa bercinta jarak jauh dgn kekaseh hati..nasib baik ade voip, nonoh dan ym. setiap hari kecuali kalau bertengkar, kami akan berhubung di alam maya..

19. Sy pernah fail dua subjek semasa belaja di jerman..sob sob..itulah kali pertama dalm hidup sy fail exam. bukan sebb sy tak belaja tp sebb sy tak paham bahasa german. sgt susah okey. tp alhamdulillah sy perbaiki dgn markah yg lebih baik kecuali subjek Regelung Technik mmg sy surrender sebb tak paham langsung cikgu tu ajar dlm jerman.. tp akhirnya sy lulus juga..lulus kesian...

20. Peluang sy ke german sy gunakan sebaik mungkin untuk menjelajah negara2 eropah terdekat, walaupun dgn kewangan yg terbatas. Hasilnya sy pernah menjejakkan kaki ke Amsterdam, Paris, Milan, Florenz, Venice, Rome, Glasgow, Pisa, Manchester, Liverpool, Durham, Barcelona, Prague, London dan bandar2 di Jerman. Alhamdulillah...

21. Masa di Jerman sy pernah masuk TV astro oasis. sy tak tahu rancangan ape. Dalm rancangan tu sy di interview oleh Fifi bersamamu tentang hidup di jerman. Tp sy sendiri tak pernah tgk rancangan tu heheh aci tak

22. Sy pulang dengan seribu kenangan manis di rantau orang dan memulakan kerjaya pertama sebagai Instrument Engineer. Sumpah sy tak pernah tahu pun Instrument Engineer tu wujud. selama ni cita2 sy nak masuk TNB memandangkan sy amik kos Electrical. Tp ternyata rezeki sy bukan di situ. Kekaseh sy suggest sy try instrument field memandangkan sy tak laku dalam electrical. alhamdulillah sy dipilih dan tak sangka pula sy lebih suka bidang ini dr electrical..sesungguhnya Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk kita kan

23. Selepas setahun bekerja sy akhirnya menikah dgn kekaseh sy aka suami sy sekrg. Dia sebenarnya adalah abang kepada kawan baik sy sewaktu di matrik. Pertemuan pertama kami adalah di friendster..adik dia la yg rekemen. Abg kata pertama kali jatuh hati bila tgk gamba sy dalam album adiknya..**malu**

24. Demi berada di sisi suami, sy ikut abang ke south africa dan turut bekerja di sana. Di sana sy mula enjoy belajar memasak, bersenam di gym sehingga ramping dan juga menjelajah di dalam SA. Itu adalah pengalaman terindah di awal pernikahan..

25. Kini sy dah kembali ke Malaysia dan merancang untuk menambahkan ahli keluarga. setakat ni belum ada rezki lagi..mudah-mudahan coming very soon lah..

Huh, akhirnya berjaya mencecah ke point 25.

Erm nk tag sape ye.. mcm semua da kena tag je...
1. Hani
2. Abg Long
3. Sesape yg bc entry

8 comments:

Anna Da Lady said...

Imah.Ramai kan adik beradik awak.Mesti meriah.Dulu masa saya kecik2, saya tak suka sgt adik beradik ramai.Skang, baru rasa syoknya kalau ada adik beradik ramai.Terutama adik2.So, taklah sunyi rumah saya kat kampung bila balik.Anyway, kat german dulu Imah rasa senang tak kalau kita nak buat Phd tanpa tau bhs german sangat2?Imah pernah jumpak tak malaysian Phd student kat sn?

MiSs iiMa said...

Erm kalau buat fully English insyaAllah tade masalah. bagus juga buat kt german atleast ade peluang untuk belaja n prektis bahasa jerman. Ada je student PHD. sekrg ni da keje kt sana kot sebb dia da boleh cakp jerman. prektis dr awal.

Fizah said...

semuge impian ke25 itu termakbul cepat..ameen2x

dorin said...

seronok baca...hihihi..

patem said...

Saya sokong point 15 & 16. hahahaha..... ooo baru aku tau kenape ko tompangkan aku hari2. huh *marah ni* hahahhaa....

MiSs iiMa said...

eh patem masih wujud dalm blog! hehe ala selain ambik pahala tumpangkan ko bolehla ko tolong aku start moto. ko kan kuat dan gagah perkasa hahaha
weh updatela blog.

eda said...

bestnya baca kisah ko tim..sapa geng gi gym tu..specially disaat 3 bulan terakhir..hehe

izani said...

bila nak update hehehe....terbau sesuatu dr msia.....nampak pesennye kensel la plan nak mai uk tow...