Sunday, January 06, 2019

Terkenang

Sesekali singgah di blog ni mesti aku tersenyum sendiri membaca kisah2 lalu. Indahnya masa lalu masyaAllah. Terutama di zaman hidup bersendiri diperantauan. Allah hadirkan insan2 untuk membantu disetiap kesusahan. Rindunya pada rakan2 yang dulu jd peneman suka duka. Kita mengembara bersama meredah jalan-jalan yang tak pasti. Saling mengasihi ibarat keluarga sendiri. Sungguh aku rasa amat dihargai dan disayangi.

Sekarang masing2 dah bawa haluan sendiri. Aku hanya mampu follow update mereka dari facebook. Nak menegur pun segan ditambah ada batas yang perlu dihormati.

Tak apalah. Sebab itulah jadi rindu. Keadaan sudah berubah yang lama hanya untuk dikenang2. Terutama pada yang dah pergi menyahut seruan Ilahi. Tiada lagi khabar dan suara, hanya doa yang mampu dititipkan agar dia baik2 saja di sana.

Sungguh pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan manakala memori indah adalah ibarat album kehidupan yang kita mahu simpan kemas2 dalam hati, sekalipun ada yang tak mampu kita luahkan..