Sekarang masing2 dah bawa haluan sendiri. Aku hanya mampu follow update mereka dari facebook. Nak menegur pun segan ditambah ada batas yang perlu dihormati.
Tak apalah. Sebab itulah jadi rindu. Keadaan sudah berubah yang lama hanya untuk dikenang2. Terutama pada yang dah pergi menyahut seruan Ilahi. Tiada lagi khabar dan suara, hanya doa yang mampu dititipkan agar dia baik2 saja di sana.
Sungguh pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan manakala memori indah adalah ibarat album kehidupan yang kita mahu simpan kemas2 dalam hati, sekalipun ada yang tak mampu kita luahkan..