Tapi akhir2 ni suara2 jahat ni makin terngiang2
Makin melemah dan melemahkan lagi aku yg sedia lemah ini
Menekan perasaan
Menyakitkan tubuh
Aku sedar aku harus bangkit
Jangan mengiya bisik2 halus ini
Ternyata aku tiada daya
Adakah tuhan jauh dari ku
Aku nampak banyak peluang yang ada
Tapi ketakutan untuk melangkah kuat memenjara rontaan batin ku
Aku mahu berbakti kepada masyarakat
Tapi aku lemah bila rasa anak2 ku sendiri terabai kerananya
Aku mahu majukan diriku
Tapi aku gagal uruskan masa dengan baik
Jiwaku meronta2 mahu jadi seseorang yg ada matlamat hidup yg lebih besar
Tapi tiada matlamat yg lebih besar mampu aku fikirkan selain membesarkan dan mendidik anak2 ku
Inilah rezeki yang aku harus syukuri
Menjadi ibu bukan mudah
Apetah lagi menjadi ibu dan juga menjadi orang yang berbakti diluar sana
Kesibukan diluar bisa mengabaikan aku tentang hal di rumah
Suami yang menanggung ku perlukan rumah yang bersih, makanan untuk melegakan lelah bekerja
Anak2 perlukan perhatian penuh sedari mereka celik mata sehingga lelap di malam hari
Aku harus berjaga lebih jika mahu berjaya
Cuma desakan belum cukup kuat
Apetah lagi keletihan menyebabkan amarahku senang membuak
Anak2 menjadi mangsa ledakan
Keletihan melenakan aku di kala anak2 butuhkan aku disisi
Keletihan menggadaikan waktu yang sepatutnya aku menjadi pendidik buat anak2 ku
Lantas aku berperang dengan diri sendiri
Apa alasan aku berhenti meneruskan kerjaya
Kerjaya yang suatu ketika memisahkan aku dan anak2 di kala matahari terlihat
Demi Allah, aku berhenti kerana mahu mendidik anak2 dengan tanganku sendiri
Menguruskan mereka, mengajar, mendengari, membentuk sahsiah dengan tanganku sendiri
Dan menjadi suri yang menjaga kebajikan rumahtangga
Menjadi isteri yang menjaga amanah dan melengkapi kekurangan suami
Mencari dan mengenali Allah lebih lagi melalui kalamNya
Syukur ya Allah di atas peluang ini
Masih dapat hidup serba lengkap dibawah naungan rezki suami
Lalu aku juga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya atas nikmatMu ini
Namun terkadang aku lalang
Tergoda dengan bisikan untuk membina empayar wangku sendiri
Sebagai penadah bilamana ada ketirisan dalam kehidupan yang masih selesa ini
Benar itu memang alasan yang logik
Aku tidak harus selesa dan menjadi orang yang lemah dengn keselesaan
Aku harus ada matlamat hidup untuk diri sendiri
Sepertimana aku rasa terjamin bilamana aku berkerjaya dahulu
Oh Allah aku berserah segalanya kepadaMu
Setiap qada dan qadar ku terletak di tanganMu
Peperangan ini menyesakkan dada
Antara jiwa seorang ibu dan masa depan yang penuh teka teki
Namun aku yakin bahawa tiada jaminan yang lebih hebat daripada jaminanMu
Janganlah keikhlasan ini tewas dengan apa yang sebenarnya aku tidak mampu
Jadilah aku tidak terburu2 dengan sesuatu yang aku tidak perlu kejari,
Jadikanlah aku sekurang2nya ibu dan isteri yang berjaya mendidik anak2 dan suami untuk sentiasa berdiri di landasanMu
Dan walau bagaimana teganya mata ku pada kehendak dunia,
Janganlah sesekali Engkau palingkan aku daripada akhirat yg pasti
dan membiarkan aku menentukan takdirku sendiri walau dalam sekelip mata
Bila sampai masanya yang terbaik
Pimpinlah aku menjadi manusia yang lebih baik
Bukan sekadar dalam keluarga yang kucintai
Dan bakarlah semangatku
Semoga aku tidak akan berputus asa dengan rahmatMu.
Nukilan hati