Tuesday, February 16, 2016

Irfan's first school

Assalamualaikum..hai berdebar plak nk menulis almaklum da terpencen sekejap jd rs kekok pon ada. Watak baru dalam keluarga pon tk sempat diperkenalkan. Tkpelah yg penting kita dahulukan yg utama. Macam ni lah hidup makin lama makin mencabar..makin menguji kekuatan jiwa dan iman. Yg pnting..kita sentiasa positif yeahh.
Rindunya pd ruangan new post ni. Alhamdulillah dan insyaAllah sempat aku coretkan kisah hidup walau secebis.
Kali terakhir aku post pasal minat irfan hariss. Sedar tk sedar tahun ni dia da mula masuk sekolah. Irfan insyaAllah akan menginjak 5 tahun ogos nanti. Skrg ni da mcm wajib dah bg anak sekolah 5 thn. Risau jg tkut tk terkejar arus pendidikan skrg yg semua nk cepat pandai. Selain tu blh la irfan belajar bergaul.
Alhamdulillah setakat ni irfan sgt suka pergi sekolah. Tiap2 hari nk try baju sekolah sambil puji sendiri cantik hehe. Samela mak nya dulu pon. Harapan mama same saja mcm ibu2 lain semoga anak2 mama pandai jg diri, digolongkan bersama kawan2 yg baik2, rajin memuntut ilmu dan sentiasa berakhlak baik. InsyaAllah.




 

Monday, February 15, 2016

Suri Rumah tangga

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
ketika ni anak2 sedang beradu..aku pon baru sempat isi perut sendiri. tunggu perut meraung2 baru terkial2 panaskan makanan hehe. makan dengan budak2 kecil ni banyak cabaran. kalau bernasib baik mereka behave je..kalau tak kena angin..tk smpai 5 minit mula nk bergaduh..adik mula tarik kaki mama ataupon bergaduh kejar2 naik belakang mama habis mama pon berjaga2 takut tumpah hbis makanan. sudahnya tunggulah anak tdo dulu baru mama boleh start buat kerja rumah and kerja perut hehe. sabor je lah.
lebih kurang macam tu lah rutin aku setiap hari..sejak dah bergelar suri rumah sepenuh masa ni. Alhamdulillah disebalik kekecohan tu semua..aku merasa nikmatnya dapat menjaga anak2 dengan tangan sendiri. nikmatnya merasa belaian mereka yg sentiasa rindukan kita..mahu berdamping dengan kita..mengekori kita kemana2..menjadi peneman di setiap saat. itulah nikmat yg Allah berikan kepadaku yg harus aku sentiasa syukuri..walaupon jika mahu dilihat banyk juga kekurangan dari segi kewangan ku sndiri, keperluan social utk bergaul seperti waktu bekerja dulu. tp aku mahu melihat pada yg baik2 sahaja semoga Allah meletakkan kita dalam golongan orang2 yg beruntung.

Alamak Irfan da nangis dah..Imran dah dtg sengeh2..adios utk menjalankan tugas hehe..

my two companions