Thursday, March 28, 2013

Deals Website - Batu disebalik Udang

Pernah dengar pasal deals website? ala yg banyak sangat iklan kt tepi2 webpage tulis diskaun 50% 70% off tu..
aku lah salah sorang peminat tegar or maybe mangsa website2 cenggini. Tak ingat dah macam mana leh terjebak, tp bila tgk balik rekod shopping yg the very first time aku rasa Ju la org yg bertanggung jawab menjebakkan aku ngn aktiviti ni hehe..dia kempen pasal offer photobook yg super murah. aku pun terpengaruh dan dengan tamaknya beli sampai dua..

Bermula dengan Groupon, lepas tu aku start menular ke deal webpage yg lain..rupa2nya ada banyaaaaaak webpage sebegini. mungkin Groupon antara yg pioneer kt malaysia ni disusuli webpage lain yg antara kegemaran aku adalah Living social (formerly known as Everyday), Mydeal, Milkadeal, Dealmates and Streetdeal. Woha banyaknya ..garu kepala laki aku tgk bini tiap2 hari masuk 'shopping mall'.dia siap suggest aku jd deals consultant lagi huhu. Sape yg tak suka beli barang murah kan?? lagila kalau kt situ leh dpt diskaun 70%, 80%..mau tak kelabu mata..

Blh dikatakan segala benda korang blh jumpe kt deals website ni.. cuma kena tunggu musim aje lah. ini termasuklah deals for food & beverage, travel, hotel2, home appliances, beauty treatment mcm spa ke, facial ke, gajet2, brg baby, apparel, bags, photoshoot dan macam2 lagi la takde limitation termasukla benda2 pelik yg kdg2 tu tak terpk pun ada contoh macam
alat urut bawah daguleh hilangkan lemak bawah dagu,
tali utk ikat budak2 takmo kasi jalan jauh2,
spender utk up kan bontot,
mangkuk yg tak tumpah,
chopper yg boleh jd bakul,
stokin yg tak bg lenguh kaki
 haish macam2 lagila..

Syok mmg syok sebb dpt brg murah, tp sebenrnye jangan tak tau aku da baper kali termakan tipu daya barangan2 murah kt web2 cenggini..well ingat sonang2 ke org nk jual murah. sebenarnye disebalik harga2 murah tu korang kena berhati2 sebb mesti ada batu di sebalik udang. klu ada banyak udang besla kan sebb beli batu dpt udang, ini beli udang tgk2 batu yg banyak hehe buat2 paham je la klu tak paham..

 Meh aku list kan pengalaman n tips2 yg korang blh take into account before purchasing deals:

Spa / Facial / Slimming

First time aku start membeli voucher2 jenis ni ms aku lepas pantang. ms tu mmg agak stress dengan lifestyle n penampilan yg berubah agak mendadak - dengan tak cukup tdo, gemok, eyebag. semestinya tawaran2 utk memanjakan diri ni melambai2 je. apetah lg bila tgk harga asal treatment Rm400++ leh dpt dengan RM68 hengget je!!  Usha2 review kt blog ramai kata best, so aku try la rembat satu kebetulan offer tu pun dekat Shah Alam.
Pergh mmg best gile.. 3 jam treatment lengkap dari muka sampai ke kaki. dahla first time pegi spa. tempat pun cantik dan selesa. Cuma part tak bestnya sampai time kaunseling promoter akan promote gile2 suh beli package. dah cakp tak nak pun, dia suh tgk pakej lain pulak. mmg sampai muka yg asalnye berseri2 bertukar jd bengang sebb promoter ni tak paham2 org takmo. ye la sesatu pakej mau 5,6 ratus mmg tak logik utk golongan marhaen cam aku ni. ada sesetgh org can handle this situation dgn tegas..tp aku kecundang terbeli jua facial 180 hengget!! mmg menyesal sgt lepas tu tp pujuk diri sndiri cakp facial tu pakai mesin anti aging, dpt separuh harga dr hrga asal, treatment best bla bla..
Ada sekali tu aku beli voucher super murah..rm38 je utk spa satu badan. wow mmg ramai gile beli ada la seribu lebih buyer. sekali pergi tempat entah mana2..sesak nk parking pun kena tawaf 2,3 kali. Treatment so-so je..time urut tu staff dia mcm picit2 and sapu2, tak best langsung. dah tu sound system rosak tade lagu2 utk rilekskan minda, ditambah lagi ngn staff yg suka berbual2. hadoii..sedih betulla. patutla harga murah.

Untuk facial pulak, aku pernah beli deal harga rm12.90 sahaja utk 3 jam! Fuh tatau la klu ada yg cakp tak mengancam. tempat adalah biasa2 je, tak exklusif sgt tp staff dia siap scan kulit and bg kaunseling jenis kulit and treatment yg sesuai. then dia akan offer extra treatment mcm tambah serum ke, mesin ke. oleh sebb harga berpatutan, aku ambik la. walaupun tmpat biasa2 je, tp treatment kt situ, fuuuuuh best gilak. urutan muka dan belakang sgt sedap. sampai tetido2 aku dlm alunan muzik indah. dan lepas tu mcm biasa sesi kaunseling termsuk la desakan suh amik pakej dia yg for sure beratus2. tp lepas tawar menawar, dpt affordable price plus aku pun suka treatment situ..so aku beli la dalm 3 session lg. Mujurla aku beli 3 sesi je, sebb sampai dah 2 tahun ni baru dua kali guna. and layanan pun tak sama mcm yg first..hanya sejam setgh instead of 3 jam.

Slimming pun sama la camtu...dia kasik kaunseling baeek punyer pastu mulala introduce ngn segala treatment, mesin2 canggih yg boleh pecah lemak luar dalam atas bawah dengan harga yg aku jamin beratus hengget.

So tips aku klu nak beli voucher spa/facial/slimming:

1. Pilih location yg senang nk pegi atau tempat yg kita familiar. Kalau tak, silap haribulan ada yg berspa dalam kereta je sebb sesat or hangin takde parking.
2. Pilih yg wanita sahaja.
3. Baca review dr blog2. Kalau bernasib baik akan jumpe review org lain yg dah pernah pegi. manalah tahu diorg ada bad experience ke. tp klu yg citer baik2 tu pun belum tentu best juga utk kita.
4. Bear in mind, kalau ada sesi kaunseling, you have to be mentally prepared. kalau tak kental, bersiap2 sedialah dgn extra money utk dilaburkan. unless if you are actually looking forward to have extra treatment or like the service, why not kan. tp tak semua spa yg aku pergi ada sesi kaunseling ni. Setakat yg aku pernah pegi hanya kt spa melayu tak pernah lg kena desak mcm2. dia just offer, klu tak nak takpe.
5. Walaupun berminat dengan treatment, cuba tawar dulu dgn bajet kita. Kadg2 sstgh premis saje letak harga melampau2, tp bila kita tak nak dia akan turunkan harga sampai kita setuju.
6. Waktu kaunseling biasanye staff akan offer pakej treament which consist of min 5 session. tak dapek la klu nak sekali je. so seblum beli, fikir dulu availability kita, senang ke tidak utk pergi di lain masa. ada mmber aku beli 5 sesi tp da bertahun2 tak habis2 lg sebb takde masa. mujurla sessions tu takde expiry date. tp bagi aku agak membazir la kan..beli skrg tp entah bila tahun nk guna..

Hotel

Setakat ni baru sekali beli voucher hotel. Alhamdulillah tempat best dan berpatutan dgn harga. Ada beberapa perkara utk diconsider seblum beli:

1. Bukan main tulis hotel 5 star bagai, sekali baca kt TripAdvisor, rating 3 star je and banyak komen2 negatif dr other travellers. So, seblum beli tu silalah baca review di blog, tanya orang yg dah pernah pegi or at least check review di TripAdvisor. Kat situ korang akan nampak gambaran sebenar batu2 di sebalik udang. lepas tu boleh la korang decide nk beli ke tak depending on korang nyer expectation. kalau rasa berbaloi, silalah beli.
2. Check availability dulu dengan pihak hotel or check blockout date kt write-up deal tu. Kang dah beli sekali hotel tak available pun waktu kita nak pegi. buat rugi je.
3. Tgk surchage yg dikenakan. biasanya waktu cuti sekolah, public holiday or weekend, konpem ada surcharge. Kadang tu bila tambah surchage sama aje dengan harga tak diskaun.
4. Check dulu di hotel website dan agoda. boleh jd kt situ offer lebih murah. Biasanya hotel voucher ni kalau lebih mahal pun sebb include extra services mcm govt tax, spa or breakfast. so kalau kita tak nak spa or breakfast (myb sebb tak halal), lebih baik cari harga offer yg leh exclude ape yg kita tak nk.

Pasal beli product and F&B, aku sambung di lain entry...