Thursday, January 10, 2013

Irfan lagi @ 17 months

Tergerak pulak jari nk menaip hari ni. Selama ni agak sibuk memindah ofis.da elok2 pindah atas..nk suh pindah bawah pulak...kt rumah pulak tak habis2 dengan urusan kain dan anak. klu tak sibuk kt ofis adalah ms terbaik utk qada' tdo hehe.maklumlah dah jadik mak ni paham2 la mn blh tdo nyenyak kt rumah..nk berdengkur pun tak sempat..phewww..

Rasanya tak berape nk ada modal, jd aku just hapdet perihal anak teruna manja yg seorang tu lah..konfem modal tak kan habis hehe..

Sekrang alhamdulillah terasa cepat sangat Irfan membesar. Paling seronok sekrg da blh beriteraksi dengan Irfan..walaupun tatau ape benda yg disebut tp gaya badan dan perkataan2 yg disebut makin jelas utk difahami. Beberapa milestones Irfan setakat ni:

  • Mulut riuh. da boleh sebut macam2, yg terbaru blh sebut katak, fish, cat, getah. sangat suka sebut sebutan B..mcam abah, baba, abuuu, baby..especially ketika membebel sorang2..
  • Sangat suka panjat tangga. aku pernah layan dia naik turun tangga. sampai berpeluh2 aku teman dia naik turun tangga..akhirnya si mak yg surrender. skill terbaru, dengan selambanya dia panjat tangga lipat tu sampai tangga kedua teratas nk capai kipas siling. cuma yg risau nya bila dia nk turun la..walaupun dia sangat konfiden turun mcm org besar dan gaya pun sgt berhati2..tp aku mmg tak haraplaa...
  • Faham certain arahan dan perbuatan dan blh link dengan benda lain. contohnya bila suh bukak baju..dia akan tarik baju dia.bila cakp jom mandi..dia akan pegi toilet smbil cakp buih, buih. irfan setiap kali mandi, akan berendam dalam buih. time tu dia buat hal sendiri la sambil aku pon leh buat keje lain sekjap. contoh lain, bila suh amik kan apa2 pun dia akan gi amik. provided dia tahu la ape benda yg nak di ambil contoh baju ke, bantal ke, susu ke. bila makanan habis dia akan cakp habissss. bila nampak teksi..dia akan panggil abah (tok abah bawak teksi). bila kereta berhenti, dia mesti nk pegi dengan baba and tarik handle pintu suh kluar. bila suh amin, dia akan salam cium tangan. bila suh wash your hand, dia hulur tangan dia kanan lepas tu kiri untuk dibasuh. Sblum makan, angkat tangan baca doa dulu. lepas kami sembahyang pun sama. pandai on/off radio dan adjust volume dan suka tekan button emergency kereta..hadoii.
  • Sangat suka dengan buku dan lagu. klu kecik2 dulu habis buku2 digigit sampai lebu sekrg Irfan da boleh kenal gambar2 dalam buku. dia agak tak berminat dengan flashcard. dilipat2 lagi adalah. paling suka buku tentang animal. setakat ni irfan da kenal cat, dog, monkey, snake, fish, elephant, katak, tupai, bird. bila aku sebut tiger or lion, irfan akan buat suara 'aaaaaaummm' dengan garau sekali. paling dia suka adalah fish..dan paling dia tak baper layan adalah bird..tatau la nape..klu lagu pulak, pntang dengar muzik, sambil tido pun blh gerak2 kan tangan ikut rentak. klu dengar lagu satu malaysia kt tv dr jauh lgi dia dtg nk tgk gamba bendera sambil joget2. tp joget gerak tangan je badan still keras huhu. skrg ni pntang tgk laptop aku plak, merengek2 suh bukak youtube lagu alif ba ta 4,5 kali ulang..sampaikan esoknya mama baba pegi keje pun dok terngiang2 lagu tu lagi..
  • Gigi da sepoloh batang! Time gigi nk menumbuh ni la dia sangat suka menggigit. kadang bila tade benda nk gigit, di kapitnya gigi tu kuat2 sampai bergesel2.aku da baper kali jadik mangsa gigitan.habis lebam2 bahu. bab gosok gigi klu tak kena gaya mmg dia marah sungguh. langsung tak nak bukak mulut pastu geleng laju2. so bila dpt peluang dia nk bukak mulut, aku kena cepat2 berus. setakat baru gigi depan ni boleh la cepat2, kang da tumbuh gigi geraham nanti tatau la.

Ada banyak lagi tp tkleh recall semua sebb makin aku tulis makin rindu kt si kecik tu..and rasa tak sabar2 nk balik jumpa Irfan. Setakat ni Irfan masih belum boleh berdiri sendiri tp boleh berjalan beberapa langkah. Walaupun kebanyakan kawan2 irfan da blh berjalan awal, mama n baba akan sabar tunggu Irfan pula boleh berjalan. Irfan suka guna kekuda utk tolong dia berjalan pusing satu rumah sambil sebut abuuu abuu (broom broom). Alhamdulillah Irfan jarang sakit dan sentiasa ceria je. bila marah habis dicampak barang2 tp agak senang dipujuk. Yang penting, Irfan membesar dengan sempurna, mudah belajar dan dilindungi Allah dr segala bahaya dunia dan akhirat.

P/s: cubaan mengupload gamba asyik gagal je sebb kena berebut laptop ngn irfan..so terpaksa post entry dulu..gamba kemudian lah.