Memandangkan besday aku jatuh pada weekend, maka kami merancang utk berbulan madu lagi! hehehe. Pada mulanya abang mahu belnja makan special, tp daku pk makan mahal2 pun, berape sangat la volume perut aku nih boleh muat..dah la kempis dan ramping hahaha terlebeih sudayyy..oleh itu aku dengan tak malunya mintak hadiah percutian yg indah dari suami tercinta, ye la nk mintak dari sape lg kan hehe
Maka pada hari wiken yg special itu, dgn segala perancangan rapi dr kekanda (aku tak ambil tahu sgt, inikan hr special ku ;P) kami pun bertolak ke destinasi iaitu antara kawasan terindah di Kwazulu Natal ini, Lake Naverone, Drakensberg seawal 10 pagi. Sbnarnye ini kali ketiga kami ke kawasan pergunungan ni. Pertama kali sewaktu menjelajah Giant Castle dan yg kedua untuk menunggang kuda. Kali ini kami akan bermalam di suatu tempat yang..surprise!!
Perjalanan mengambil masa almost 3 hours dan cuaca time tu agak panas coz skrg tgh peak of summer.around 2pm we arrived safely at Lake Naverone. Dah nama pun lake, terdapat tasek besar berlatar belakangkan gunung-ganang dan chalet kami betul2 mengadap tasek dan gunung. MasyaAllah indahnya...
Chalet2 kt Lake Naverone mmg classic dan lengkap. Kat dapur macam2 ada, dari pemukul telur sampai la ke oven dan juga tempat pembakar BBQ. Pendek kata, macam dapur kt rumah sendirilah. Cuma klu nak guna kenalah samak dulu. Itu tade hal lah, tanah berlambak2. Yang paling best, Chalet ni berbumbungkan atap tradisional rumah org Zulu..kelebihannya tak perlu ada ekon pun takpe coz konfem sejuk sentiasa walaupun pada hari panas terik.
Bila da setel check in sumer, masa utk Lunch! tetibe tada..abang kluarkan bekas berisi nasi lemak sambal udang! haha bestnya..patutla pagi2 lepas subuh td dia tak sambung tdo.aku dengar jgk dia dok kong kang kong kang kt dapor.Tgh jadi chef rupenya. Dia tau sambal Udang mmg kegemaranku..waduh enak bangattt..thank you sayang :)
Banyak aktiviti dan kemudahan yg ada kt situ. Target aku, aku mau enjoy semaksimum mungkin utk percutian kali ni. Jadi ia bermula dgn penjelajahan berbasikal ke kawasan2 sekitar. Kami sewa basikal dari reception dgn harga r20 sejam. Tp oleh sebb reception da nak tutup dalam masa lagi stgh jam, makcik kt kaunter tu bermurah hati kasi kami pinjam sampai esok pagi dgn harga sewa sejam ngee :D .
Besar juga kawasan Lake Naverone ni rupenya. Kami berbasikal melalui kawsan padang terus ke kawasan aliran sungai dr gunung. Masa lalu padang tu, lotih betui nk kayuh coz rumput tebal, jd geseran kuat. Abg pun tau dah taktik aku, dia kasik can aku jalan dulu, lead kt depan.kang aku kt belakang, terhegeh-hegeh pulak nk kejar dia. Sambil mengayuh dan sambil menyanyi2, we really enjoyed the beautiful scenary very much.
At almost 6pm kami berjaya mencari jln pulang. takut juge kalau2 tersesat dalam semak samun tu, dah la berdua je. Sempat juga kami pusing2 kt kawasan tasek, ada several tasik kt situ antaranya tasik yg air nya tak bergerak langsung menyebabkan bayang2 kt air nmpak mcm dalam cermin! amazing..aku pernah dengar pasal mirror lake, maybe it is quite similar to this lake.
Bila hari beransur senja, cuaca jadi redup. mmg sesuai utk berkayuh kayuhan di tasik pula. Kat sini visitors boleh berenang,boleh memancing, naik paddle boat dgn sewa rand 20 sejam ataupun boleh naik row boat free tp dgn deposit rand50 utk pinjam pengayuh.
Time mengayuh tu kami asyik tukar turn je..sebabnya..dua2 tak reti mengayuh! haha..susah jgk kayuh sampan rupenya. bila kami kayuh bot tu asyik berpusing2 je. sampai pening jadinya. baik surrender je lah. hari pun da nak malam.kang ada yg bermalam tgh tasek.susah2 esok pagi sewa paddle boat aje.
Kini tibalah aktiviti malam yg ditunggu2..jeng jeng jeng..
Bersambung di Part 2 ;)