Friday, September 18, 2009

Bulan Posa 2009

Selemat pun selematlah

Nampaknya 2 hari lg menjelang AidilFitri. Alhamdulillah Ramadhan yg bakal berlalu ni mengeratkan lg hubungan aku dan suami yg jauh diperantauan. Walaupun ni kali pertama puasa bersama tambah pulak jauh dr keluarga, tp kami masih mampu jalani ibadah puasa tanpa sebarang kesukaran mahupun kesulitan. Ada masjid besar dekat rumah utk terawih juga restoren2 halal utk aku dan suami merasa berbuka puasa di luar. Terbayang2 makanan2 enak dijual kat pasar Ramadhan setiap kali balik kerja. sebb nya time tula kitorang baru nak pk ape menu utk juadah berbuka. Nasib baik abg pun pandai masak..boleh sama2 rasa air tangan masing2.

During bulan puasa, minggu lepas salah sorang dari adik2 aku yang berderet ni, Khadijah melanjutkan studies di Mesir amik farmasi. Mcm tak percaya pulak dia dah kat Mesir since dulu dia mati2 tak nak belaja Arab apetah lg smbung belaja di negara Arab. Tanak berpurdah katanya huhu. Tp klu dah namanya takdir, tak nak mcmn sekalipun kalau dah peluang depan mata takkan nk tolak mudah2 camtu je. Aku harap dia dalm jurusan yg betul, berjaya dalam bidang farmasi ni walaupun mungkin agak baru dan lebih mencabar utk belajar di negara orang. Yang sadisnya dia pergi sblum sempat raya kt sini huhu..ade gengla nmpaknya aku tahun ni. Ingatkan tahun ni boleh raya beramai2 dgn keluarga since kakak aku di UK pun balik utk beraya, tp nk buat mcmn aku tak sabar sgt nk kawen n dtg sini, ijah pulak tetibe je dpt offer gi Mesir. Takpe insyaAllah there will be a year yg kami sekeluarga yg besar ni akan berkumpul dan beraya in a complete set again :)

Bulan puasa ni jarang pulak amik gamba padahal selalu je ade iftar bersama kawan2. Time ni la aku dgn penuh skillnya masak specialties aku. Nasib tade bukti nak tunjuk hehe. Untuk jamu org, awal pagi lg kena prepare. Setiap kali habis event baru tersedar lupa amik gamba. Ye la time tu igt nk isi perut je. Kalau tak, boleh aku tayang sikit mcmn suasana puasa kt sini. Hm skrg ramai da balik beraya tinggal la aku dan abang, sorang kawan yg bujang senang dan satu lg famili yg tak balik sebb risau H1N1. Sunyi pulak bila ramai tade. Mungkin raya first nt beraya kt rumah Aslam je, a cape-malay guy yg sgt baik n rapat dengan malay community kt sini. InsyaAllah the next weekend akan kembali meriah, semua akan balik dari beraya n ada yg sblum ni bujang senang bawak famili masing2. Masa tu baru best buat open house. Kueh apela aku nk jamu nt..first time nih.


Emm ape lg yg aku boleh merepek...malas keje hr ni sebb hrni jumaat. Nak merepek ng orang, org lain mcm busy je. Jd aku merepek di blog.

Ok Selamat Hari Raya buat kawan2 semua, harap2 raya kt sini jatuh hari Ahad, kalau hr Isnin aku bakal meraung di ofis sempena hr raya. Sudahla raya diperantauan..kt ofis pulak tu..sob sob..

Maaf Zahir Batin.

Sekian.

Thursday, September 03, 2009

Living in South Africa

Seminggu lepas nikah..aku dgn taat setianya ikut hubby ke south africa. Abang da 2 tahun tinggal kt sana..time2 bercinta dulu mmg aku pun ade pasang angan2 utk stay ngn dia kat sana.semuanya depends pada situasi aku jugak since karier aku tgh membangun pesat di MMC Amec. Dpt pulak bos and officemate yg penyayang semuanya.yg buat aku berat nk gi sana, takut tercicir karier aje since nk mintak keje tmpt org bkn nye senang.lebih2 lg aku ni baru setahun jagung keje,tanam jagung pun belum tntu berbuah lg huhu.

Berposing sblum terbang

Tp Alhamdulillah, rezki Allah boleh dtg tanpa disangka2.bak kata pepatah melayu, pucuk dicita ulam mendatang. aku dpt offer utk teruskan karier bersama angan2 yg jd nyata utk tinggal bersama suami di tanah south africa ini. Tanggal 9hb 8, aku dan suami pun melayang terbang ke dunia Safari ni.


Saya sgt rindu budak kecik ini... :((


Keluarga tersayang yg dtg hntar smpai epot


Dalam flight selama 10 jam! FUh..

Sekarang da masuk 3 minggu kami menetap bersama. Alhamdulillah, kehidupan makin hari makin sempurna wp aku kira ni merupakan perubahan paling besar dalam hidup aku. iyelah from a single lady become a married woman, from Malaysia terus ke Durban , dari consultancy turun ke refinery, dari lidah melayu ke lidah pak hitam dan dari hidup bawah ketiak ibu bapa ke bawah ketiak suami hehe.

Bercakap pasal keje, memula keje, aku rasa mcm lemas kt laut walaupun refinery tmpt aku keje ni atas darat aje.ibaratnya aku rasa aku ni kerdil dlm ilmu process yg sgt besar..sebesar peranan refinery ni utk bekas negara apartheid ni.Nasib baik Abang bnyk bg sokongan. kesian dia tiap2 malam kena buka kelas pulak ajar aku pasal cane nk process minyak. Wp bidang aku lebih kepada safeguarding process, kena lah tahu pasal process jgk klu tak mcmn nk safeguard kan.Banyk jgk la faedah keje sini, wp ambik masa nk adapt dgn surrounding, dgn people, atleast aku dpt tgk dgn mata sndiri ape yg consultant (keje aku dulu) buat atas kertas.tp paling tidak boleh dinafikan..aku tetap rindu bangat company lama aku isk...isk..

Bab paling best tinggal kt sini ialah bab cuaca. Menurut warga2 kt sini, cuaca kt Durban adalah paling best kt negara ni. waktu aku dtg dulu time winter. aku bayang kan msti la sejuk smpai ke sum sum rupanya sejuk mcm dalam ekon aje. Skrg da masuk spring waktu tgh hari agak panas mcm kt Mesia tp sebab bandar ni tepi laut, angin sepoi2 laut mengurangkan rasa panas.cuma kdg2 kena katup mata sbb pasir bertaburan dibawak dek angin.kelabu mato den.

Kalau nk dibandingkan dengan Malaysia..jauh aku rasa Malaysia lebih maju dan sistematik.Apetah lg klu nk dibanding kan dgn Jerman, jauh panggang dr api.tak terkejar kemajuannya. Tp tidakle bermakna negara ni mundur..semua teknologi pun ada. DSTV ala2 astro, internet, gps, 3G, roti canai dan kueh pau pun ada. Cuma tahap kemajuan je agak terbatas. Paling ketara public transportation mmg out habis.

Rakyat negara ni tidak semuanya black people, adapun mereka itu adalah bumiputra sedangkan ramai mat saleh dan india yg sudah lama menetap kt sini sejak 3 keturunan lg. Zaman Apartheid dulu, mat saleh conquer pentadbiran negara, org kulit hitam termasuk india dikenakan mcm2 syarat utk berkerja dalam bandar namun tidak mungkin setaraf dgn omputih yg double standard time tu. Kaum India dijadikan benteng antara Pak Itam dgn Pak puteh. Pendek kata pak hitam ni ibarat hamba di negara sendiri..pendidikan terbantut, kemajuan terbatas dek diskriminasi.kejam betul..

Walaupun begitu tak semua mat saleh ni kejam, ramai jgk yg fight againts apartheid sehinggalah runtuh kerajaan ideologi perbezaan kulit nih.sejak daripada peristiwa tu, org kulit hitam mula dapat keistimewaan terutamanya dalam pendidikan dan industri.sama mcm kt mesia, setiap company ada kuota tinggi utk pak hitam nih.cuma yg kurengnya..tau la kan pak hitam ni kan cam ganas2..sikit2 nk memberontak..hbis kemajuan yg mat saleh bawak dulu terjejas.dr bandar yg bersih jd kotor, klu time angin kuat boleh nmpak sampah bertaburan kt udara.criminal jgn cakp la..even police station pun terpksa ada bodyguard..ganas tak ganas diorng ni.aku mmg tak berani jln dlm town,apetah lg masuk pasar ataupun naik public transport ataupun kluar time da larut mlm.Tp tak semua la camtu.Ramai je yg boleh harap.but still economy mat saleh yg pegang.Orang India pun lebih menonjol berbnding origin people. Yang bestnya..org Islam pun ramai kt sini.jd nk dptkan makan halal mmg takde masalh langsung...lainle klu nak cari pasar malam..tak dapek le nk nolong. Sekian sy melaporkan dari ruang tamu rumah.

Sekarang da dpt stay ngn hubby kt sini, klu boleh aku nk amik peluang ni utk explore South Africa. South Africa terkenal dengan safari dan juga keindahan semula jadi. Kebetulan tahun depan World Cup akan berlangsung kt sini. hehe ni la masanya aku join the team. dulu masa World Cup di Jerman aku setakat intai dr luar stadium je. almaklumle masa tu student, duit pokai. Klu ada rezki dpt cabutan bertuah, aku teringin nk tgk secara live..wp aku tak minat langsung pun bola huhu..


Wearing sport shirt on Casual Day. Aku rasa aku pling sempoi berbanding org lain heh.

Minggu lepas ofis aku buat Casual Day, sape yg nk join kena beli sticker harga R10 and on that day, we must wear any sport shirt. Hubby beria betul nk kitorang join. Aku pulak ada satu je baju sukan Springbook yg hubby hadiahkan time bercintan dulu. dah tu kotor pulak. Punya aku bersungguh basuh awal pagi sblum gi keje. Sib baik sempat kering. Tgh hari during lunch time, semua kena berkumpul di foyer. Masing2 dpat nombor. Sesape yg terpilih nombor nya akan dipanggil. Aku ngn hubby pun pegang la nombor mcm kena jual depan para Juri. Tanpa disangka, no aku dipanggil!!! yahuuu...dpt dua tiket tgk rugby. Dalam box pulak tu..hehe mmg berbaloi aku cuci baju pgi tu. Pasukan rugby Springbook dr South Africa mmg femes sebagai Rugby World Champion...tak sabar daku mahu nontonnya nanti...Alhamdulillah..


Para peserta dan Juri2 bertauliah. Siap ada yg bawak bendera Petronas lg. Sporting kan diorang ni, yg tua2 pun join.


Ok sila tayang nombor masing2..Jual jual


Yeah we win the tickets! (No idea how they evaluate me :P)

Ku kira da terlampau panjang entry kali ni. Almaklum la da lama tak bermanja ngn blog..sekali apdet, amik ko mencurah2 cerita aku nk tulis. Next entry I will probably write about our unforgetable trip to the Giant Castle, Midland. Till then..tata.