Wednesday, March 17, 2010

The Magnificent Oribi Gorge

Baru-baru ini suamiku baru aje join kelab baru..kelab 30-hann hehehe. tanggal 10 Mac yg jatuh pada hari Rabu lepas, adalah hari lahir Abg yg ke 30 dan juga besday ke 33 kakak ku yg sulung nun jauh di Glasgow. Dalam famili aku ni mcam kebetulan pulak dapat ipar2 yg sama birthday.Bulan tiga yg paling ramai, 5 org semua nya..mmg boleh buat party besar2 an lah..

Dari awal lagi kami dah plan untuk pegi jalan2. Mula2 plannye nk belanje Abg makan sedap2 tp takut pulak aku tgk perut Abg makin mmbulat..jadi kami sepakat untuk berhoneymoon lagi! hehe bukan ape, dah tak lama dah kami kat di South Africa ni. Pejam celik dah 8 bulan aku dok sini. wah, baru ku sedar tinggal lagi 4 bulan! Nmpaknya kena tingkatkan lg misi jelajah africa seblum terlambat!

Kali ni aku pilih untk bercuti di kawasan pantai. Durban dan kawasan South Coast SA ni mmg terkenal dengan pantai2 yg indah menjadikan cuaca di sini paling best dalam negara ni. tak sejuk sgt dan tak panas sgt. tp kenape org2 nya hitam tu jangan ditanya la huhu. Lepas surf cari accomodation sana dan sinun, akhirnya jumpe juga yg menepati citarasa di pantai Ramsgate, Southcoast. Harga pun berpatutan siap include breakfast halal lg.
Jadi weekend 13/10 kami pun bertolak menuju ke area south coast. yay nk main pantai! Ops sabar dulu, on the way ke Ramsgate, kena singgah di Oribi Gorge dulu since ramai sangat yang kata tempat ni best.

Oribi Gorge; the place for bungee jumping was just next to the waterfall.

Oribi Gorge ni basically kawasan pergunungan jugak. biasala africa ni kan penuh dengan natural beauty nya. Ape yg menarik kt sini ada mcam2 aktiviti mencabar termasuk la Bungee Jumping dan Abseiling. Bungee Jumping tu mmg tobatla aku tak mo buat. Em abseiling macam menarik. I dulu pernah abseiling kt gunung Senyum pahang tau. best! tp bila sampai kt Oribi Gorge ni, mak aih..tinggi gilo. agaknya 30 kali jarak abseil aku dulu kot hahaha.

Mengacau org nk abseil. Tmpat abang berdiri tula punca waterfall.

The Wild 5. Ada berani ka?

Ada few mat saleh menyerah diri buat Bungee Jumping n abseiling. Seronok betul tgk diorang terjun, kecut perut pun ada. Ape la rasanya ek, aku tgk ke bawah dr atas gunung tu pun da gerun, apetah lg nk terjun huhu. Tp kalau berjaya buat, mesti den bangga tak hengatnya haha. harga nk terjun tu pun boleh tahan mahei. So baik tak payah lah.

At one of the view point

Sebab tidak mahu (atau takot) berlasak2, kami just jalan2 kt sekitar kawasan tu. Ada jambatan gantung pendek untuk tengok org terjun dgn lebih jelas dan juga batu tergantung. Dari atas gunung, boleh nmpk air terjun yg kemudiannya membentuk sungai.

The waterfall and the overhanging rock

Jambatan gantung

Lepas pegi Oribi Gorge, kami sambung lg trip ke Lake Eland pulak. Tmpat ni di suggest oleh wife Pero, officemate Abg. beria dia suh kami pegi situ. Katanya ada suspension bridge. It took us about another 20 minutes to get there. masa tu da lewat tgh hari, perut pun agak lapao. tp kami tahan kelaparan konon2nya nk menikmati lunch kt tasek nanti.

Follow me to Lake Eland!

Sampai2 kt situ baru kami tahu sebenarnya lake Eland ni was a game reserve. den tak larat dah nk gi terjah binatang kt africa ni, ponek oo..

Hi, makan rumput je?

But after getting a map from reception and paid the entrance fee, kami rasa Lake Eland ni lebih special sebb ia bukan setakat a game reserve, tp ada banyk tmpat menarik kat situ termasukla suspension bridge yg bini Pero gembar gemburkan. Sebab perut da lapao, hari pun makin senja, kami zooom terus ke suspension bridge

.

The gorge of Oribi, menawan kan..

Ape yg paling special jambatan gantung ni, ia merentasi gunung2 yg terbelah dek hakisan air berzaman dr dulu. Air tu la yg akhirnya membentuk sungai yg mengalir antara dua gunung tersebut. ni semua fakta auta dari Abg. Dia kata gorge tu macam the Grand Canyon cuma jauh lebih kecik.

control macho dengan gaya rambut baru, smart kaann

The Suspension Bridge

Masya Allah terpukau aku lihat keajaiban Allah pencipta Alam. cantik sangat. lebih bahagia, kami dapat menikmati lunch di tepi gunung yg indah itu!

Enjoying the moment!

Paling tak tahn, ada disediakan toilet di tepi betul2 kat sisi gunung tu. Lubang jamban tu open terus ke bawah gunung haha..tak ambik pulak gambanya..ambik signage je.

The longest long drop in Africa; Sape bijak, dia paham haha.. Klu: LOO=Tandas

Ish da panjang ni..untuk aktiviti di pantai, bersambung in the next entry ye ;)

Friday, March 05, 2010

Tokoh Maulidur Rasul, tokoh hidupku

Atas dukungan

Dikesempatan ini izinkan daku mencoretkan kisah insan yg amat dekat di hatiku, sejakku dilahirkan hinggalah ke saat ini. Seorang insan yg ku panggil, Papa..

Sedari kecil aku amat rapat dengan papa. Dialah yg menghantar aku dan adik2 ke sekolah. Tidak lupa beri makan nasi dan telur goreng sblum ke sekolah. Walaupun papa jarang ada di rumah, siang keluar bekerja dan malam sibuk berusrah, tapi setiap kali dia pulang tidak pernah dia penat utk bermesra dengan anak-anak. Bila dia pulang itulah saat aku paling happy, berlari2 dgn ican dan amir dan berebut-rebut mahu didukung..biar tgh berpeluh sekalipun. Dia cakap, " Pa seik ni !" tp kami tetap panjat belakang Papa jugak..layankan aje lah..

Nostalgia

Sehinggalah saat mama pergi ketemu Ilahi, aku tahu itulah saat paling hiba untuk Papa...juga buat kami semua. Manakan tidak, mungkin tak tergalas tanggungjawab utk dia besarkan anak2 yang masih kecil, yang belum faham erti kehilangan. Namun dia bukan insan yg lemah, dia insan terpilih utk menanggung dan membesarkan kami semua yg berderet-deret ni..

Papa mmg sangat aktif dalam membuat kebajikan. Sesuai sangat dengan bidang kedoktorannya. Hutan mana tidak diredah utk mengislamkan org asli, anak-anak yatim jua adalah anak-anaknya dan dakwah islam sentiasa di hujung lidahnya. Bagi Papa, jiwanya adalah untuk agama dan jasadnya hanya milik Yang Esa. Semuanya bermula dari rumah, dia besarkan kami dengan pegangan islam. Sekali sekala lepas sembahyang subuh berjemaah, papa bagi kuliah agama. walaupun anak2 ada yg terlentok bertelekong, mata kuyu entah dengar entah tido, dia tetap bisikkan kalimah2 dalam kalam Allah agar kami teguh pada ajaran sekalipun kami dah besar panjang semuanya.

beraya di Sik

Demi membesarkan kami sejak mama tiada, papa terpaksa kurangkan obsesnya terhadap kebajikan. Bila tengahari papa balik rumah masakkan lunch, malam pulak masakkan dinner. Waktu kami belajar di sekolah baru di kedah, Papa belikan banyak baju sekolah. kain sekolah biruku papa beli sampai tujuh. sonang tak payah susah basuh selalu. Masa tu duit papa keluar macam air. sorang nk bayar yuran sekolah, sorang nk beli buku, sorang kena bayar tambang bas, sorang nak anak patung, sorang nk robot transformer. Pernah sekali aku minta duit untuk bayar yuran sekolah. Ingat kan papa bagi not seratus rupanya not seribu! huhu sampai da tak dapat beza duit sebb byk sangat belanja. Apalagi jika bukan sebb papa mahu beri yg terbaik utk anak-anak lebih2 lagi dia lah ayah dan juga ibu..

Masakan kegemaran Papa, telur goreng! Bila lauk tak cukup atau sebagai pelengkap menu, cepat aje papa sorongkan kuali leper atas dapur,pecahkan telur kacau2 siap! Nak lazat lg tambah kicap dan sos tomato. Gerenti lauk tu habis dulu. Bila aku jauh dari rumah, resepi itula yg paling menyelerakan kalau malas masak. Resepi telur goreng papa..bisa bikin aku rindu sama Papa!

Papa in the pink baju melayu

Selayaknya papa terima tokoh maulidur rasul tahun ini. Bukan saja sebb ketokohannya dalam dakwah Islamiah, pastinya juga atas ketokohannya mendidik kami semua untuk menjadi insan berjaya. Tak berbalas budi papa buat kami, hanya Allah yang dapat membalas kasih sayang dan pengorbanan papa...

Ya Allah, Ampunilah dosa2 ibu bapaku, cucurilah rahmatmu ke atas mereka, panjangkanlah umur mereka dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak kecil..aminn..

I Love You Papa...and miss u too :(

Thursday, March 04, 2010

Muka kami masuk Majalah Pengantin!

Walaupun hanya untuk iklan plus mukaku tercorot dan tergelap sikit, tapi den totap perasan cun dapat masuk majalah hahaha gedikss kann. Pasangan satu lg tu adik ipar n biras ku. Apepun Pak Engku mmg best lah!

Tuesday, March 02, 2010

My Special Birthday- Part 2

Lama betul malam besday aku ye hehe..

Actually malam tu Abang ku sayang telah adakan Braai istimewa utk besday gegirl. Auw romantik gitu. Ups, braai tu istilah BBQ kt sini.

Chef mlm ini

Sehari sebelum tu lagi abang dah prepare and perap segala-gala yg bakal di hangus kan malam itu. Macam-macam ada, lamb, fish, crab and yg paling special, the cray fish!! nyum nyum..semestinya tade istilah diet malam itu haha.

Mangsa-mangsa kebakaran yg lazat

pemangsa dan pelahap

Esoknya kami sambung semula aktiviti menjelajah tasek yg tergendala semlam. tp kali ni kayuh pakai paddle aje, sonang. Bertambah senang bila ada tukang kayuh yg kuat dan macho tolong kayuh kan hehe.

Indah sangat suasana segar pagi tu. Alam hijau di sekeliling tiada pencemaran. Tak macam suasana kt kilang tmpt kerja ku. Bising, berbau dan berminyak. nasib baik aku sekali sekala je masuk plant. Dulu mmg teringin sangat nak dapat outstation kt plant. skrg baru tau. tp takde la tak best, in fact ni pengalaman bagus utk aku belaja pasal proses minyak dgn lebih jelas. lagi2 inilah satu2 nya sumber rezki ku..syukur2..boleh la aku berjalan2 makan angin di sini.

kayuh jangan tak kayuh

Sambung balik cerita di tasek. Kami mengayuh merentasi tasek sambil2 bermesra2 ngn ikan, katak, burung n pepatung yg berkeliaran kat situ. Ikan mmg banyak. Siap ada org yg boleh ajarkan flyfishing for free. Teringin jgk nk belaja tp masa agak suntuk. Cuaca makin panas, kami pulak mengayuh mengadap matahari, mmg berbekas la muka. Sekejap2 berenti berehat kt tempat teduh.

Hampir sejam bersiar-siar di tasik. Kini sampailah masa untuk pulang. Seronoknya percutian kali ni. Walaupun hanya berdua tapi sangat bermakna..Doaku semoga rahmat dan kasih sayang yg Allah kurnikan kepadaku sentiasa berpanjangan. Terima Kasih Sayang... :)

at the entrance

our cottage at the back

last posing before berangkat pulang..

what a memorable vacation :)

Wednesday, February 17, 2010

My Special Birthday

Jadi apa ya yg istimewa sgt besday ku kali ini..

Memandangkan besday aku jatuh pada weekend, maka kami merancang utk berbulan madu lagi! hehehe. Pada mulanya abang mahu belnja makan special, tp daku pk makan mahal2 pun, berape sangat la volume perut aku nih boleh muat..dah la kempis dan ramping hahaha terlebeih sudayyy..oleh itu aku dengan tak malunya mintak hadiah percutian yg indah dari suami tercinta, ye la nk mintak dari sape lg kan hehe

Maka pada hari wiken yg special itu, dgn segala perancangan rapi dr kekanda (aku tak ambil tahu sgt, inikan hr special ku ;P) kami pun bertolak ke destinasi iaitu antara kawasan terindah di Kwazulu Natal ini, Lake Naverone, Drakensberg seawal 10 pagi. Sbnarnye ini kali ketiga kami ke kawasan pergunungan ni. Pertama kali sewaktu menjelajah Giant Castle dan yg kedua untuk menunggang kuda. Kali ini kami akan bermalam di suatu tempat yang..surprise!!


Perjalanan mengambil masa almost 3 hours dan cuaca time tu agak panas coz skrg tgh peak of summer.around 2pm we arrived safely at Lake Naverone. Dah nama pun lake, terdapat tasek besar berlatar belakangkan gunung-ganang dan chalet kami betul2 mengadap tasek dan gunung. MasyaAllah indahnya...


Chalet2 kt Lake Naverone mmg classic dan lengkap. Kat dapur macam2 ada, dari pemukul telur sampai la ke oven dan juga tempat pembakar BBQ. Pendek kata, macam dapur kt rumah sendirilah. Cuma klu nak guna kenalah samak dulu. Itu tade hal lah, tanah berlambak2. Yang paling best, Chalet ni berbumbungkan atap tradisional rumah org Zulu..kelebihannya tak perlu ada ekon pun takpe coz konfem sejuk sentiasa walaupun pada hari panas terik.


Bila da setel check in sumer, masa utk Lunch! tetibe tada..abang kluarkan bekas berisi nasi lemak sambal udang! haha bestnya..patutla pagi2 lepas subuh td dia tak sambung tdo.aku dengar jgk dia dok kong kang kong kang kt dapor.Tgh jadi chef rupenya. Dia tau sambal Udang mmg kegemaranku..waduh enak bangattt..thank you sayang :)


Banyak aktiviti dan kemudahan yg ada kt situ. Target aku, aku mau enjoy semaksimum mungkin utk percutian kali ni. Jadi ia bermula dgn penjelajahan berbasikal ke kawasan2 sekitar. Kami sewa basikal dari reception dgn harga r20 sejam. Tp oleh sebb reception da nak tutup dalam masa lagi stgh jam, makcik kt kaunter tu bermurah hati kasi kami pinjam sampai esok pagi dgn harga sewa sejam ngee :D .

Basikal tu pun boleh tahan, ada gear kiri kanan kt handle. Seingat aku kali terakhir aku main berbasikal was when I stayed with Kak Long in Bingen. Teringat pula pada arwah Judin yg selalu join sama..Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Judin amin..


Besar juga kawasan Lake Naverone ni rupenya. Kami berbasikal melalui kawsan padang terus ke kawasan aliran sungai dr gunung. Masa lalu padang tu, lotih betui nk kayuh coz rumput tebal, jd geseran kuat. Abg pun tau dah taktik aku, dia kasik can aku jalan dulu, lead kt depan.kang aku kt belakang, terhegeh-hegeh pulak nk kejar dia. Sambil mengayuh dan sambil menyanyi2, we really enjoyed the beautiful scenary very much.


At almost 6pm kami berjaya mencari jln pulang. takut juge kalau2 tersesat dalam semak samun tu, dah la berdua je. Sempat juga kami pusing2 kt kawasan tasek, ada several tasik kt situ antaranya tasik yg air nya tak bergerak langsung menyebabkan bayang2 kt air nmpak mcm dalam cermin! amazing..aku pernah dengar pasal mirror lake, maybe it is quite similar to this lake.


Bila hari beransur senja, cuaca jadi redup. mmg sesuai utk berkayuh kayuhan di tasik pula. Kat sini visitors boleh berenang,boleh memancing, naik paddle boat dgn sewa rand 20 sejam ataupun boleh naik row boat free tp dgn deposit rand50 utk pinjam pengayuh.

Sebab nk jimat, kami sepakat utk naik row boat je. bolehla test kepoweran masing2 mengayuh sampan hehe. Jadi lepas berehat dari mengayuh di darat, kami teruskan aktiviti mengayuh atas air pulak.


Time mengayuh tu kami asyik tukar turn je..sebabnya..dua2 tak reti mengayuh! haha..susah jgk kayuh sampan rupenya. bila kami kayuh bot tu asyik berpusing2 je. sampai pening jadinya. baik surrender je lah. hari pun da nak malam.kang ada yg bermalam tgh tasek.susah2 esok pagi sewa paddle boat aje.

Kini tibalah aktiviti malam yg ditunggu2..jeng jeng jeng..
Bersambung di Part 2 ;)