Tuesday, March 02, 2010

My Special Birthday- Part 2

Lama betul malam besday aku ye hehe..

Actually malam tu Abang ku sayang telah adakan Braai istimewa utk besday gegirl. Auw romantik gitu. Ups, braai tu istilah BBQ kt sini.

Chef mlm ini

Sehari sebelum tu lagi abang dah prepare and perap segala-gala yg bakal di hangus kan malam itu. Macam-macam ada, lamb, fish, crab and yg paling special, the cray fish!! nyum nyum..semestinya tade istilah diet malam itu haha.

Mangsa-mangsa kebakaran yg lazat

pemangsa dan pelahap

Esoknya kami sambung semula aktiviti menjelajah tasek yg tergendala semlam. tp kali ni kayuh pakai paddle aje, sonang. Bertambah senang bila ada tukang kayuh yg kuat dan macho tolong kayuh kan hehe.

Indah sangat suasana segar pagi tu. Alam hijau di sekeliling tiada pencemaran. Tak macam suasana kt kilang tmpt kerja ku. Bising, berbau dan berminyak. nasib baik aku sekali sekala je masuk plant. Dulu mmg teringin sangat nak dapat outstation kt plant. skrg baru tau. tp takde la tak best, in fact ni pengalaman bagus utk aku belaja pasal proses minyak dgn lebih jelas. lagi2 inilah satu2 nya sumber rezki ku..syukur2..boleh la aku berjalan2 makan angin di sini.

kayuh jangan tak kayuh

Sambung balik cerita di tasek. Kami mengayuh merentasi tasek sambil2 bermesra2 ngn ikan, katak, burung n pepatung yg berkeliaran kat situ. Ikan mmg banyak. Siap ada org yg boleh ajarkan flyfishing for free. Teringin jgk nk belaja tp masa agak suntuk. Cuaca makin panas, kami pulak mengayuh mengadap matahari, mmg berbekas la muka. Sekejap2 berenti berehat kt tempat teduh.

Hampir sejam bersiar-siar di tasik. Kini sampailah masa untuk pulang. Seronoknya percutian kali ni. Walaupun hanya berdua tapi sangat bermakna..Doaku semoga rahmat dan kasih sayang yg Allah kurnikan kepadaku sentiasa berpanjangan. Terima Kasih Sayang... :)

at the entrance

our cottage at the back

last posing before berangkat pulang..

what a memorable vacation :)

No comments: