Friday, March 05, 2010

Tokoh Maulidur Rasul, tokoh hidupku

Atas dukungan

Dikesempatan ini izinkan daku mencoretkan kisah insan yg amat dekat di hatiku, sejakku dilahirkan hinggalah ke saat ini. Seorang insan yg ku panggil, Papa..

Sedari kecil aku amat rapat dengan papa. Dialah yg menghantar aku dan adik2 ke sekolah. Tidak lupa beri makan nasi dan telur goreng sblum ke sekolah. Walaupun papa jarang ada di rumah, siang keluar bekerja dan malam sibuk berusrah, tapi setiap kali dia pulang tidak pernah dia penat utk bermesra dengan anak-anak. Bila dia pulang itulah saat aku paling happy, berlari2 dgn ican dan amir dan berebut-rebut mahu didukung..biar tgh berpeluh sekalipun. Dia cakap, " Pa seik ni !" tp kami tetap panjat belakang Papa jugak..layankan aje lah..

Nostalgia

Sehinggalah saat mama pergi ketemu Ilahi, aku tahu itulah saat paling hiba untuk Papa...juga buat kami semua. Manakan tidak, mungkin tak tergalas tanggungjawab utk dia besarkan anak2 yang masih kecil, yang belum faham erti kehilangan. Namun dia bukan insan yg lemah, dia insan terpilih utk menanggung dan membesarkan kami semua yg berderet-deret ni..

Papa mmg sangat aktif dalam membuat kebajikan. Sesuai sangat dengan bidang kedoktorannya. Hutan mana tidak diredah utk mengislamkan org asli, anak-anak yatim jua adalah anak-anaknya dan dakwah islam sentiasa di hujung lidahnya. Bagi Papa, jiwanya adalah untuk agama dan jasadnya hanya milik Yang Esa. Semuanya bermula dari rumah, dia besarkan kami dengan pegangan islam. Sekali sekala lepas sembahyang subuh berjemaah, papa bagi kuliah agama. walaupun anak2 ada yg terlentok bertelekong, mata kuyu entah dengar entah tido, dia tetap bisikkan kalimah2 dalam kalam Allah agar kami teguh pada ajaran sekalipun kami dah besar panjang semuanya.

beraya di Sik

Demi membesarkan kami sejak mama tiada, papa terpaksa kurangkan obsesnya terhadap kebajikan. Bila tengahari papa balik rumah masakkan lunch, malam pulak masakkan dinner. Waktu kami belajar di sekolah baru di kedah, Papa belikan banyak baju sekolah. kain sekolah biruku papa beli sampai tujuh. sonang tak payah susah basuh selalu. Masa tu duit papa keluar macam air. sorang nk bayar yuran sekolah, sorang nk beli buku, sorang kena bayar tambang bas, sorang nak anak patung, sorang nk robot transformer. Pernah sekali aku minta duit untuk bayar yuran sekolah. Ingat kan papa bagi not seratus rupanya not seribu! huhu sampai da tak dapat beza duit sebb byk sangat belanja. Apalagi jika bukan sebb papa mahu beri yg terbaik utk anak-anak lebih2 lagi dia lah ayah dan juga ibu..

Masakan kegemaran Papa, telur goreng! Bila lauk tak cukup atau sebagai pelengkap menu, cepat aje papa sorongkan kuali leper atas dapur,pecahkan telur kacau2 siap! Nak lazat lg tambah kicap dan sos tomato. Gerenti lauk tu habis dulu. Bila aku jauh dari rumah, resepi itula yg paling menyelerakan kalau malas masak. Resepi telur goreng papa..bisa bikin aku rindu sama Papa!

Papa in the pink baju melayu

Selayaknya papa terima tokoh maulidur rasul tahun ini. Bukan saja sebb ketokohannya dalam dakwah Islamiah, pastinya juga atas ketokohannya mendidik kami semua untuk menjadi insan berjaya. Tak berbalas budi papa buat kami, hanya Allah yang dapat membalas kasih sayang dan pengorbanan papa...

Ya Allah, Ampunilah dosa2 ibu bapaku, cucurilah rahmatmu ke atas mereka, panjangkanlah umur mereka dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak kecil..aminn..

I Love You Papa...and miss u too :(

2 comments:

mawar said...

terharu aku. huhu.. mst papa ko pun berbangga dgn kejayaan anak2 dia skang.. terbalas sgl penat lelah dia slm ni.

aku juga kagum ngn ayah ko. tahniah pokcik!

Fatima Saiful said...

huish...agak terharu jugaa baca...
tahniah pak razak!~