Di kala aku menulis entry ini..usiaku telah pun menjengah ke angka 26 tahun. terima kasih kepada semua yg wish di facebook, di pejabat mahupun melalui sms. Alhamdulillah syukur kepada Allah yg Maha pengasih memberiku kesempatan utk terus hidup di bumi pinjaman Nya ini. Juga syukur kepada Allah, dengan rahmatNya aku beroleh kehidupan yg sempurna serta keluarga dan rumahtangga yg bahagia...
Rasa-rasanya selama berblog ini la kali pertama aku bercerita pasal hari lahir ku sndiri. Entah..rasa janggal pulak. Tp memndangkan banyak kenangan2 indah hampir setiap kali hari tersebut, aku mahu coretkan disini supaya boleh ku kenang sentiasa..
Mengimbau kembali kenangan menyambut birthday..
Tahun 1996
Masih segar dalm ingatanku kali pertama aku sambut birthday..waktu tu umurku 12 tahun iaitu setahun selepas aku kehilangan mama. waktu itu keluarga kami sudah berpindah ke Kedah memandangkan Papa dapat kenaikan jawatan. Oleh kerana hidup tak beribu, dan papa pula bekerja, kami sekeluarga menumpang rumah Mak TAm dan rumah Cu Nah di Taman Desa Kenangan. Rumah mereka bersebelahan saja jdi senang la kalu nak passing2 makanan hehe. Pada hari besdayku, aku perasan kakak2 ku kak cah, kak yah dan kak ani sibuk semacam je. diorang beli bahan2 kek dan sibuk tanya Mak tam itu ini. Aku tak syak apa2 sebb mAk tam mmg suka masak, tiap2 hari pun makan special. setakat kek n biskut tu, kt hujung jari dia je. Dengan itu tiadalah aku berbusy body melainkan buat tak tahu dan bermain beskal seprti biasa.
Dan pabila segala nya sedia, aku di panggil dan surpriseeee!! wah terkezut terkulat2 aku dibuatnya..apa tidaknya..terharu rupenya ada juga org ingat besdayku yg tak pernah bersambut. Ku lihat kek coklat eksperimen istimewa dr kakak2 ku itu, di atasnya tertera 'Happy Birthday TIE'. dan hadiah pertama dari mereka adalah sekeping kad besday dgn kata2 yg indah dan cekak rambut yg comel :) terima kasih kakak2 ku
Tahun 1997
Disebabkan tahun sebelumnya, besday ku disambut, tahun ini aku jadi ketagih utk sambutnya lagi. Tahun ini kami sudah berpindah ke rumah lain tp dalm taman yang sama. Pagi itu kami segerombolan kanak2 kecil amir, ican, nani dan ijah di bawa berjalan2 oleh kak ani dgn van ford nostalgia utk mmbeli sebuah kek untuk hari jadi ku yg ke 13 tahun. Pulang dr kedai kek, aku sudah tidak sabar2 mau potong kek, tp kak ani yg seperti ibu bersusah payah pula masak nasi goreng dan keropok..kan sedap makan kek dengan nasi goreng hehe..tidak ada hadiah tahun ini..tp aku tetap gembira :)
Tahun 2003
Tahun ini aku menetap di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yg femes dgn binatang rasminya Cali. Habis muka dan badan aku ditorehnya, mcm kena asid. nasib skrg dah hilang parut. boleh main saham balik hehe. kebetulan aku stay sebilik dgn mmber yg sama besday, Ude..and also 2 org jiran yg juga sebesday, Yati dan Ashrah. So tahun tu kami merancang nk sambut besday sama2. memndangkan there were 4 of us, so kami kutip duit sorang skit utk order bihun kt kantin n also cakes from koperasi. Malam tu waktu aku n yati gi amik kek kt koperasi, sian kami kena boo ng bebudak laki nakal yg lepak2 kt situ..sebbnya diorang nmpk kitorang tulis nama sndiri atas kek tu huhu..kire beli kek utk diri sndiri. Pas tu bila gi kantin nkgi amik bihun, sekali makcik kantin lupe la pulak nk buat n time tu kantin dah nak tutup. Kecewa nye kami time tu, puas pujuk makcik kantin akhirnya dia setuju buat bihun goreng..tp tak tau la ikhlas ke tak sebb nya bihun tu pedas giloooo hahah terbakar lidah kami. Walaupun tade surprise, tp kami tetap happy. dapat banyk hadiah juge :)). Malam tu kami bergamba beramai2, berposing mosing..and surprisingly dari gamba2 tu la my husband start jatuh cinta dgn i hikhik ;P
Tahun 2006
Aku di tahun 3 di UKM. Malam itu aku bercadang utk bermalam di bilik cik Alija bersama rakan2 baik yg lain Take Mawar Ju Saz Hani dan Azrin. Kenapa ya..lupa pulak. Entah ape kesnya aku ada krisis dgn cik abang..lepas menghentam dan dihentam berjam2 dlm phone di luar bilik, aku dgn bengkak mata masuk ke bilik..Tanpa di sangka..surprise!! haha nakal la korang..malu aku nak tunjuk mata bengkak. Tp itulah guna nya kawan..penawar di kala duka. Tahun ini aku dapat patung Kodok yg comel dr en Patem, jam stroberi dari Saz, tabung siput besar dr Take, dan hadiah2 lain..yg bestnya Take yg isi duit dia sndiri dalm tabung ni tiap2 minggu hihii. Terima kAsih sahabat-sahabatku :)
Tahun 2007
Tahun ini aku tinggal sorang2 di dalam bilik yg sempit dengan pemandangan taman permainan dari jendela. Aku di semester kedua di Duisburg. Semester ni aku terpisah dengan rakan2 melayu lain sebb tak cukup kaya untuk sewa bilik yg lebih besar serumah dengan mereka. Tp mereka tidak jauh pun, hanya sebelah pintu apartmen di tingkat bawah. Malam itu berminit2 mereka mengetuk pintu rumah ku dalam gelap. sudahla interkom rosak, lampu pulak tak nyala. Lama baru aku perasan ada org ketuk pintu. Bila buka..surpriseeee!!! NUriq, Aishah dan Saz datang buat kejutan. Terharunya! Semestinya ada kek special utk habuan kami malam itu..mungkin hasil air tangan aishah dan saz. tidak lupa sehelai baju tidur pink buat hiasan tidurku hingga sekarang :)
Dan sambutan untuk tahun ini 2010 merupakan yg paling istimewa... :))
No comments:
Post a Comment