Di kandang kekuda
Mmg dah lama plan ngn abg nk gi naik kuda. Abg da pernah naik kuda tp kt area lain. Kali ni dia beria nk try tmpt baru di Khotso. Boleh tahan sejuk kt situ sebb kawasan gunung..dah tu baru lepas hujan. Sesampai kt situ agak teruja tgk kawanan kuda dalm kandang. Of cos semuanya jinak belake. Ada yang datang kt kitorang untuk dibelai2 dengan muka manja n mengada2.
Bersama encik HP
Ada sorang penjaga kuda pilihkan kuda untuk kitorang. Abg da pesan awal2 dia nak yang laju coz dulu dia pernah dapat kuda lembab.. sekali Pak itam tu kasik yg paling power, nama Horse Power! haha mmg HP betul. Aku pulak dapat kuda nama Snipp. erm yg tak best Snip ni suka tunduk kepala membuat kan aku rasa nk tersorong ke depan je.
All aboard!!
Cara2 nk menunggang kuda ni senang je..klu nk suh dia gerak..tendang kt perut dia, nk berenti tarik dua2 belah tali kt mulut dia, nk ke kiri tarik tali belah kiri dan sebaliknya untuk ke kanan. Bunyi mcm kejam je tp itulah kaedahnya. Kuda ni pun kadang ada angin dia jgk. Kadang kita tendang suh jalan dia buat deeekkk je..yg paling kena tahan kuda2 ni kuat kentut n berak haha
Mendaki bukit dengan gigih
Nape ni Snipp asyik tunduk je, i ni berat sangat ke??
Kami mendaki di kawasan2 perbukitan Khotso. Daki ngn kuda mmg cepat, rilek je kuda tu jalan pijak2 batu naik gunung..klu kitorang daki sendiri mau separuh jalan je dah patah balik huhu..
Berjalan, melihat dan mentafsir alam:)
Naik kuda mmg kena pndai stabilkan diri..sekali dia pecut boleh terpelanting kauu. dia lari sikit2 pun aku dah rasa keras bontot dah coz asyik terhentak kat seat. Mungkin sebb tu dia bg kuda slow kt aku..sian Abg asyik kena patah balik je sebb nk tunggu bini dia sorang ni..
Sekejap je da sampai puncak
Cuaca sangat menarik hari tu, tak panas dan berangin dingin je. Alang2 da jalan jauh, Abang bawak aku singgah di Drakensberg Garden. Ni basically kawasan peranginan yg ada mcm2 facilities. Berlatar belakangkan gunung ganang yg pelbagai bentuk, kt situ ada kawasan air terjun, ada chalet2, tasek dan padang golf yang aaaamat besar. Kebanyakan yg datang untuk hiking. Abg check pakej hiking kt situ..fuh mmg mencabar gilo. Abang mcm berminat tp aku tk larat la nk buat lg..i dah pencen daki2 gunung ni..
We had our lunch Nasi Kerabu at the river side. Nak mandi tak dapekla air sejuk gilo.
We did several activities there termasuklah mendaki one of hills yg ada kt situ. Nampak mcm tinggi tp tgk org naik rilek je n kitorang siap timing lagi diorang naik hanya amik masa 6 minit dr bawah sampai ke puncak. Tu yg berani buat jgk tu haha..Aktiviti di puncak bukit
Bila senja nk berlabuh baru lah kami pulang...
No comments:
Post a Comment