Thursday, September 30, 2010

UPdate

Hmm sekrg da pukul 7 malam tp aku still tercangak2 kt ofis ni dipaksa buat OT huuuu tolong la nk balik..

Alhamdulillah after month of job seeking, I finally have been granted a job with RWP. Nak tahu RWP ape..google sndiri hehe. Memang dari dulu impian nk join this company akhirnya kesampaian jua. Tp itulah tak sangka masuk2 je terus join project and gedebak gedebuk kerja menimpa2. Stress tu tak sangat tp penat tu hanya Allah yg tahu. Kena pulak sekali lagi guna komuter pegi and balik kerja..mmg nampak gaya jadi sardin lah tiap2 hari. Tiap2 hari naik, tiap2 hari jugakla rasa serik dah. skrg ni harapkan solution dari hubby..harap2 ada solution yg terbaik.

Malas la nk citer pasal keje..kuar lepas subuh balik dah isyak lagi mau cerita pasal keje huh.

Sekarang ni kami dengan penuh excited dan sabarnya tunggu rumah yg bakal kami duduki siap renovate. janji kontaktor 3 minggu tp sekrang da dekat 2 bulan dah ni tak siap lgi. hopefully by next month kami boleh mula bersemayam di rumah baru..nanti kawan2 jemputlah datang ke rumah ye. open house tak sempat la kot sebb raya dah nak habis kan kan hehe

Btw ucapan tahniah buat Mawarni yg selamat melahirkan baby girl yang comeeeel sangat. dah jadi ibu dah kawan aku sorng ni. jeles pulak tgk body mawar maintain je kurus. Najla Nafeesa, nanti cik tie datang jenguk lg ye..



Mama Ju..cilok gambar Najla Nafeesa satu ye..

Thursday, July 08, 2010

Aufwiedersehen Germany

Hari ni buat pertama kalinya aku bangun tido dan berasa sedih...sebab bolaaa!!!

Walaupun this is my second time joining the World Cup tp ni kali pertama aku betul2 layan n follow the game. Banyk sungguh ilmu bola aku timba kali ni. tak sangka syiok juge layan bola..tp rasanya angin bola aku ni dtg time world cup je kot..maklumla kt tv, dalam radio, kt pejabat, time gathering ngn kawan2 msti nk cakp pasal WC je, habis tenggelam berita2 hangat lain, pasal greece bankrupt, Nadal menang tenis wimbledon, mesia nk cancel subsidi..sumer boo layan..

Disebabkan game semlm game terakhir yg berlangsung kt Durban yg permai, kami dah plan utk beramai2 menonton kt Fan Fest. Fan Fest Durban mmg aku rasa jauuuuuh lg best klu nk dibandingkan dengan Fan FEst yg penah aku pegi kt Deutchland dulu. Suasana sangat meriah di tepian pantai. Banyak gerai2 jual makanan n minuman, fun fair, skrin besar n stage mcm kt sure heboh. ada satu tempat bertangga diletakkan banyak gendang. then ada ketua bergendang di depan. sesapa pun boleh join n ikut sama bergendang. Itu aku rasa idea yg paling menarik. ramai pelangcong2 dtg join tunjuk bakat memasing bergendang. aku pun sama sampai merah2 tangan bergendang huhu..

Ok sambung balik citer td. Ada antara kami yg determine nk cari tiket kt stadium since it was semi-final and the last game in Durban. Abg pun excited jugak nk cari mn tahu nasib baik dapat tiket murah. Tp takdela beria sgt pun, sebb plan asal nk gi tgk kt fan fest je, free of charge. Kalu nk beli tiket dengan harga asal mmg tak masuk akal la, Category 1 sampai R4k++. Tp kitorang gamble gak. Lgpun semi-final beb, German lawan Spain lak tuh!

Looking for ulat tiket

Tuah ayam nmpak di kaki, tuah kami semlm nmpak kt tiket haha..tak pernah bermimpi seumo hidup gi tgk semi-final WC.

Pastu ada pulak adegan peminat masuk padang tgh2 game berlangsung. Dah la pakai baju Superman..mmg kelakar gile haha, gilo apo mamat tu..da kena tangkap pun boleh tersengih2 lg..siannn.. gian nk jd star bola agaknya..

Adegan abg suparman masuk padang

During half time break

Game semlm bg aku sangat2 mendebarkan..mmg tgk gaya dr awal lg mcm SPain akan menang wp aku sokong german. Kalu game GErman yg lepas asyik goal, goal dan goal lg..kali ni asyik kena serang, serang dan serang lg dengan Spain dan tiap kali tu jugak aku terjerit2 tidak..tidakk..tidakkkkkk. Abg asyik tergelak je tgk bini dia ni terjerit2. Org seblah aku lg hebat, frust sgt tgk german asyik kena serang, belum hbis half time lg da blah. Malangnya gol german akhirnya dibolos jua wuaa :(

Saat-saat mendebarkan. Ada beratus photographer di sekeliling padang.

Tak tahula apo jd ngan german semlm, mcm da hilang 'rock'. maybe diorang under pressure coz jd team feveret. Banyak je peluang untuk gol, cuma nasib tak berape baik. Spain main mmg cantik gile. Gaya diorang main sebijik macam german main utk kalahkan team power yg lain. They deserve to win this WC. Hmm..akhirnya ramai kena akur jua dengan ramalan pakcik Octopus.. cess


There were 60,960 attendance at the match

The fans

encik Zakumi

Takpela German kalah, kasik team baru pulak menang WC kali ni...

Betul tak pakcik octopuss???

Tuesday, July 06, 2010

Tahniah Saz!

Dikesempatan ni aku ingin ucapkan tahniah buat kawan ku Puan Sazlina Chin yg baru melangsung resepsi gilang gemilang pernikahan beliau dengan encik Nasir Forex. Belum sempat siasat lg mn asal usul encik Nasir ni tp diorang da lama menikah bulan Dua yg lepas. Tak dapek la daku nk menghadirkan diri memndangkan terpisah benua dan lautan. Saz ni dulu member UKM dan ditakdirkan sesame dpt sambung belaja kt UDE Jerman. Kecik molek dan sgt ceria orgnya. Harapnya daku pulang nt boleh buat gathering ngn mmber2 kamcing yg da lamaaa sgt tak jumpe. Apapun aku doakan cik puan, suami dan anak2 dikurnia bahagia yg berkekalan. Ameen..

terpaksa cilok gamba aishah

Monday, July 05, 2010

Dilema kerja

hm makin dekat mau pulang ke tanahair..makin liat rasanya nk habiskan sisa2 keje kt ofis ni. sbnrnye da siap semua tinggal nk recheck to ensure ketepatan. biarlah tinggal nt dengan nama yg baik bkn org menyumpah2 kita sebb buat keje tak siap atau tak betul. setakat ni alhamdulillah, walaupun keje aku ni byk belakang tabir je tp besar juga impactnya kepada refinery klu takde org uruskan. pendek kata tak sia2 aku dtg sini..ecece perasan bagus la tu..

Keje aku banyak berkenaan safeguarding process. apa tu..pak guard ke??
Klu sesape biasa keje kilang, mesti ada satu department utk pastikan plant berjalan lancar dan kalau ada kecemasan atau kebakaran, mesti ada langkah2 keselamatan atau system utk pastikan semua selamat atau sekurang2nya kerugian dikurangkan. dan system ni bukan setakat ada je, kena ada org maintain the system to work well, upgrade the system to better one, control utk dapatkan product yg optimum dan sbgnya. ha lebih kurang camtu la keje kt department aku ni. klu dulu aku keje camna nk buat plant utk sedut minyak mentah, sekrg aku keje camna nk jg plant yg proses minyak pule..lepas ni?? belum tahu lg rezeki ku di mana..tp yg pasti bkn org minyak ye keh keh..

Kawan2 tolong la doakan sy mudah dapat keje yg sesuai..pastu sy nk mengandung n beranak mcm 2 kawan mak buyong sy kt sebelah tuuuu :D InsyaAllah..

Monday, June 21, 2010

World CUP : It's time for Africa!

In front of Moses Mabhida Stadium, Durban for the match of Netherland vs Japan

hadus..sungguh malas nk hapdet..rasa mcm nk bengkalaikan lg blog ni utk kesekian kalinya..

Kat sini, seperti yg satu dunia tahu..tengah berlangsung acara sukan terhebat sepanjang zaman..World Cup 2010. Walaupun tidak berapa ambil tahu hal2 bola semasa tp acara besar begini membuatkan aku realise betapa besarnya pengaruh bola kepada masyarakat dunia. Ramai yg sanggup berhabisan semata2 mau menonton pasukan kegemaran masing2..walaupun tahu masa gini lah tauke2 bisnes nk kaut untung dan mencekik darah. nk cari flight n accomodation murah time ni mmg tak dapekla..




Worldmeister 2006, Deutchland

A big congratulations to South Africa for managing this big event so well. I could feel it was more exciting than the last world cup in Germany. Sebagai host, bukan sedikit yg telah dilabur oleh South africa utk anjur acara gergasi ni. 10 stadium baru yg mmg gedabak besar telah dibina semata2 utk world cup. campur lagi duit gaji volunteers (wlaupun nama sukarela tp tetap strike kalu gaji sikit), maintenance, construct jalan baru, perbesar jalan, banners etc. I wonder what will happen when Wolrd Cup ends..hopefully it won't end up like Greece..

It's none of my business..so tak payah susah2 pk mcm presiden pulakk..

Outside and inside the Moses Mabhida Stadium for Germany vs Australia match.
My opinion, stadium ni paling cun antara stadium WC yg lain..mcm bakul gitu.

our tickets
I got 2 tickets this time, one for Germany vs Australia which was the first game in Durban yg permai ni, and the other one for Netherland vs Japan which was just held last Saturday. Sbelum ni aku pernah masuk Stadium, pernah tgk bola kt Tv but kali ni, for the first time in life, aku tgk bola kt stadium!! There were 62,660 attendance during the first game and i think that was the best game ever..dapat tgk german belasah australia 4-0..fuh mmg berbaloi2..kejap2 bangun sorak..dapat pulak seat kt German fan side..90 minutes didn't seem enough even after the 4th goal, i still hoped there'd be another goal..kesian penyokong2 Ausie..nganga jelaa hehe..

Nak tgk game kt stadium, telinga kena bersiap sedia utk dipekakkan oleh vuvuzela. Advisable utk pakai ear plug..

Met my ofismate, Avir and his girlfriend.

Yuhuuu goal lagi dan lagi dan lagi!!

Second game Holand vs Japan was quite boring..maybe sebb aku pun tak sure nk sokong mn satu..klu ikutkan sentimental issue, dua2 pun aku takmau sokong, Holand ngn isu agama, Japan pulak pernah paksa org kita minum air sabun.. tp sebb nak rasa syok menyorak dan menyokong, so kami pilih utk sokong Jepun sebb Asia utk Asia haha.. asyik menguap je aku masa first half, nk tiup vuvuzela pun da tak kuasa..till Holand goaled for the first point..baru rasa semangat sikit...tp end up Jepun tetap kalah.

Aktiviti pabila game boring

WC 2010, We were there !

However, World Cup is not just about football. it somehow unites people from all over the world to gather and support their team. Rasa2 nya there's no other event that can beat the heat of World Cup. Seronok tgk macam2 ragam penyokong..How proud they are of their own country..well ada juga yg dtg utk sokong team kuat negara lain. Like myself, I am now excited to support the german's team after watching them played very well last time. Eventhough they were beaten by Serbia, they perfomed excellently with 10 men only. Well-organised, just like their people and the country itself. I wish I could do that for my own country..rasa2 ramai tak rakyat kita datang sokong Mesia klu Malaysia layak masuk World Cup? mesti ramai yg kata "berangan je la" tp mana tahu, Subkhidin berjaya jd referee World Cup tahun ni (walaupun setakat ni, kerjanya hanya angkat papan nombor tukar player), pasni giliran team bola kita pulakkk..ye dak hehehe..

Netherland's Flag. Sian org kt tgh2 bendera tak nmpak pape

German's fans

Jabulani ball

Us :)
Apepun harap2 4 tahun lg aku di Brazil pula for the next World Cup..who knows ;)

Friday, May 28, 2010

Nilai air matamu..

Al kisah setelah kiamat ketika Nabi saw menyiram api Neraka yang sedang menuju umatnya, maka api itupun mati seketika. Maka Nabi saw bertanya "Ya Jibrail, air apakah ini? Belum pernah saya melihatnya yang semudah ini memadamkan api itu." Malaikat Jibrail a.s menjawab "Air ini hanya air mata, umat-Mu yang mereka menangis oleh sebab TAKUTnya kepada Allah swt di saat mereka menyendiri. Maka Allah swt telah memerintahkan aku supaya aku mengambilnya serta memeliharanya sampai waktu Engkau memerlukan untuk memadamkan api yang menyerang umat-Mu.” (Mau’izhatun)
denaihati.com

Thursday, May 20, 2010

Anugerah Rindu - Selamat Hari Ibu

(Entry ni emosional skit ye)

Lebih kurang sudah sebulan lebih ibu bapa mertua ku pulang ke Tanahair. Seronok bila mereka ada. Alhamdulillah segala perancangan kami utk mereka berjalan lancar. walaupun aku dan suami tetap sibuk bekerja tp kehadiran mereka sangat menyenang kan dan memudahkan kerja2 rutin ku. Setiap hari seawal pagi, mak bangun lebih awal masakkan sarapan dibantu abah, kemudian menghantar kami ke pintu dan melambai2 tangan sehingga kami hilang dr pandangan. pulang dari kerja pun mak dan abah dengan mesra menyambut kami beserta masakan air tangan mak yg siap tersedia.

Mak dan abah sewaktu bercuti di Safari Camp

Begitu juga bila mak tertinggal kueh tart nenas yg dibuat mak khas utk kami. Mak buat sendiri sekali lagi berbalang2 walaupun tiada acuan dan itulah makanan yg akan ku sentuh dulu setiap kali pulang dari kerja sehingga ke hari ini.
Hari pertama mak abah pulang ke malaysia, masih terbayang2 di mata mak berlegar2 di dapur, teringat abah menyambut kami riuh dengan suara dr kaca tv dan aku akan terus ke dapur utk melihat surprise masakan mak hari itu. mungkin terlalu rindu dengan keriuhan dan rasa penghargaan itu, aku terus peluk abang dan menangis membuang rindu terhadap mereka.
Aku akui sejak mereka datang, terasa seperti ada perasaan indah penuhi hari2 rutinku. mmg rasa inilah yg selama ini aku rindu..rasa kasih seorang ibu yg tidak pernah lelah melayan kehendak anak2. rasa sayang itulah yg membangunkannya seawal pagi utk sarapan anak ke sekolah, yg sabar menyuap anak yg hanya mahu bermain, memasak makanan kegemaran anaknya yg baru pulang dari asrama setelah lama tidak ketemu, yang tidak boleh lelap dikala risau memikirkan khabar anak yg berjauhan, yang sanggup menggadaikan apa sahaja hatta nyawanya sekalipun demi anak menyambung hidup..
Melihat kerenah mak kadang2 membuatku terkenang akan arwah mama. raut wajah nya yang turut tumpah ke wajahku sentiasa mengingatkan aku dari rahim siapa aku dilahirkan. Sungguh singkat masa bersama dengannya. tidak sempat dia berkongsi saat2 kejayaan ku, tidak sempat dia melihat pernikahanku, tidak sempat melihat menantu dan cucu yg comel2 semua, dan tidak sempat ku lafazkan betapa kasihnya aku kepadanya..

Dalam pangkuan Mama

Namun aku akur ketentuan Mu wahai Allah..dan aku bersyukur kepada Mu kerana setelah lama cinta itu pergi, kau datangkan ia kembali kepadaku..
Hargailah ibu..Selamat Hari Ibu..

Friday, April 30, 2010

Isu agama

Sedari aku bekerja di sini, boleh dikatakan aku kenal baik dengan sebilangan besar orang2 department process control ni. tak ramai, kira2 16 orang semuanya..tak kira tua atau muda. semuanya ramah kecuali sorang dua yg aku tak berapa nk masuk. kebanyakannya berketurunan india. Ada 3 orang mat saleh antaranya bos aku sendiri dan hanya 2 orang hitam, yang lain india. (jgn salah anggap bila aku kata hitam, sebb mmg itu istilah untuk org berkulit hitam disini, mereka dipanggil black people dan white people untuk org berkulit putih). kebetulan masa aku start keje, ada sorang lagi mak itam daftar diri utk buat praktikal kt sini selama setahun. since hanya ada tiga orang pompuan je dlm department ni, kami berdua jadi kawan baik. Perempuan india sorang lagi tak berapa baik sebb dia suka buat hal sendiri tak berapa nk campur orang.

Nama kawan aku ni Namandla dan dia muda 2 tahun dari aku. nasib jugakla ada dia, kalau tak memang mati kutu la aku kerja sini. Memula masuk sini, aku rasa susah sangat nk paham english diorang, semua bercakap macam nk kejar ketapi je. lagi2 indian people. kadang2 tu kena ulang dua tiga kali baru aku dapat tangkap. apetah lagi utk masuk campur discussion diorang pasal kereta atau game bola or besbol (itu antara topik yang paling disuka ramai). tp dengan Namandla aku boleh bercakap apa saja dalam bahasa yg mudah difahami..apa saja..termasuk lah soal agama..

Itu isu yg aku mau sentuh kali ini. Di South Africa ni agama Islam boleh dikatakan agak cemerlang. Tidak susah mencari masjid utk sembahyang dikala bermusafir. Restoren halal pun berlambak2. Boleh dikatakan Muslim di sini ramai yg berjaya dan sepertimana mat saleh di negara ni, mereka juga punya pengaruh besar dalam sosioekonomi di sini. Mereka kebanyakannya org india. Walaupun fesyen pakaian muslimah tidak selatest di Malaysia, tp yg lebih penting ramai yg bertudung dan berjubah.

Cuma yg berbeza nya di sini, amalan Islam yg di praktikkan. Mereka mempercayai khurafat dan menyanjung tinggi Saidina Ali. Amalan murtad juga suatu yg biasa terutamanya wanita yg menikah dengan lelaki india. Mereka dengan mudah menukar agama kepada hindu. Dua orang ofismate aku berkahwin dngan wanita muslim. Mereka mcm bangga pulak bila cerita dapat menukarkan agama isteri2 mereka. Agak pelik bila orang boleh bertukar tuhan dgn mudah sekali kan...

Ramai yg bertanya kenapa aku bertudung. tidak kurang juga yg mengkritik. Tanya mereka, kalau kena berjubah bertudung mcmn nk mandi pantai, panas terik time summer tak rasa panas ke, kenape kena tutup muka susahlah nk berkomunikasi, itu tak boleh ini tak boleh. Ada yg menggelarkan wanita berjubah hitam dan menutup muka sebagai ninja turtle in pajama. Sedih aku..

Pernah kami berbincang isu tiga wanita disebat di Malaysia lepas serah diri sebb berzina. Pendapat mereka, Islam kejam dan tak patut, dah la org tu serah diri..kena sebat pulak. Waktu aku berbincang isu tu, ada several people yg berlainan agama, ada kristian, hindu dan aku sebagai orang Islam.

Jawapan aku, ini bukan masalah dosa antara manusia tp dosa mereka terhadap tuhan. Apabila tuhan da tentukan itulah hukuman utk orang berzina, jadi siapa kita utk memaafkan bagi pihak Tuhan? Mereka suka bercakap hanya memndang soal relevan atau tidak dari aspek keseronokan hidup manusia. Sedangkan tidak tahu yg agama sendiri pun mengamalkan prinsip yg sama. Contohnya amalan pemakaian tudung. Bukankah sister2 di gereja juga memakai tudung..sebab apa? sebb itu uniform merekakah atau itu sebenarnya amalan bagi org yg soleh dan didekati tuhan? Kalau betul amalan, adakah hanya relevan untuk paderi dan sister sahaja ataupun sepatutnya seluruh umat harus mengamalkan juga?

Begitu juga isu berzina..betapa besarnya kesan berzina keatas umat sekrg sehingga mereka sendiri tak mampu nafikan. contohnya kaum hitam sendiri di sini, berapa ramai yg tidak tahu bapa kandung, salah sorang ofismate aku, diumur 25 tahun baru tahu dia ada abang berlainan ibu. sepupu kawan aku yg kematian bapa hidup melarat walaupun bapanya dulu kaya raya. sebabnya dia anak luar nikah. sekrg menumpang hidup dengan nenek yg juga terpaksa menjaga cucu dr anak luar nikah datuknya. berapa banyak pula rumahtangga runtuh akibat zina? HIV, Aids bukankah semua nya ada kaitan dengan zina?

Agama ini adalah amalan kehidupan. mungkin sebahagiannya kita tidak nampak apa relevannya tp itu bukan alasan kita patut tinggalkannya. Aku kadang menyampah kalau bertekak dengan Nam isu agama, mudah aje dia kata itu tak boleh ini tak boleh dgn mimik muka yg menjengkelkan. Sekurang2nya dia patut hormati agama2 lain walaupun dia tak setuju. Lupa kah dia setiap orang punya amalan kehidupan sendiri, dibesarkan dalam norma2 kehidupan tersendiri. Ada orang yg dari kecik diajar makan nasi, ada yg diajar makan roti, ada juga yg diajar makan bubur je.

Aku bukanlah orang alim yg boleh membahaskan Islam dengn mudah. Aku akui aku sendiri pun tak dapat jelaskan banyak perkara..seperti bagaimana orang berjubah dan purdah nak main2 air di pantai, pengebom berani mati, amalan pergaulan yg ketat dsbg. Dan aku juga sedih, kebanyakan mereka yang suka menyangkal dan menghina islam ini bukan kerana agama mereka lebih bagus atau alim terhadap agama sendiri, tetapi atas pemikiran dangkal yg hanya mahu menyatakan Islam itu begitu dan begini, mmg sangat tidak cool lah..

Begitulah kalau hidup dalam dunia berlainan agama. Kadang kita rasa kalah dan seterusnya boleh menggugat iman sendiri. Jangan kerana isu2 extreme yang diputarbelit kebenarannya menenggelamkan segala keindahan Islam yg kita sedia tahu. Percayalah kepada Allah seteguh2 nya..semoga Dia melindungi kita dr kesesatan..

Friday, April 23, 2010

Mak and Abah in Durban

I guess autumn begins today..even the skies was clear this morning but it was no longer warm as usual..the wind and the lower temperature gave a feeling to myself that i'm gonna miss the smell of clothes dried under the sun coz perhaps i'm gonna need to use the dryer to dry my clothes after this. The cold and dry wind shall courage me to wear my woolsocks every night and reluctantly wake my body up every morning. But I do love autumn..specifically the weather. At least it is something different from my own country. i do not have to worry about spending time to choose which cloth to wear coz most of them will be covered most of the time beneath my purple-square-design, the only sweater that i have, for now ;P

Gladly, my parent in law arrived Durban safely last two days. Though I was hoping my father could join them, they did surprise me with so many Malaysian foods i was longing to have here. Alhamdulillah, they managed to pass through the customs and the police which i heard like to carry away the good stuff even with no legal reason. I think Ayat Kursi that mom read all the time during the arrival did fade their intention to open those five big luggages. Abah kept saying his police card and airport staff card did help too, although they were all expired already..hehe no matter what, we are glad they are here now. They brought milo, dried laksa, lemon grass, lemon leaves, tempe, sotong kering, daun kunyit, dried chile, kesum leaves and even bunga kantan! oh really can't wait to taste mom's best laksa and chicken rice :)

So for now, me and abang have planned several trips to have fun with them around and outside Durban including camping in the safari. And for this weekend we are off to Sterkfontein Dam, yahuu!

Tuesday, April 06, 2010

Libur-libur di Ramsgate

Hadoila makin liat rasanya nk sambung menulis kt blog ni..bukan ape, aku skrg tgh taksub ngn novel Twilight yg berjaya dipinjam dr Nani. Kesian Nani baru dapat hadiah dr Abg Can, hadiah da kena bawak lari ke Africa. Alah kak tim tahu Nani takkan baca punya. Setakat aku baca ni boleh tahan best juge, pasni boleh la layan movie nya pulakss..

Berbalik kepada percutian kami ke south Durban, lepas bersuka ria di Oribi Gorge, it's time to make our way to Ramsgate pulak. it took us about half an hour je utk sampai situ. Cuaca mendung sambut ketibaan kami. lepas mendung terus mencurah2 pula hujan turun. Tp itu semua tak mengurangkan excited kami yg mmg admire kt pantai. Bertambah excited bila kami sampai at our accomodation, hotel tu betul2 depan pantai..wahh sgt syiok! Dr tingkap bilik boleh lihat suasana ombak menghempas batu2..bunyi ombak dan angin..sangat mengujakan kami :)

Bilik yg simple dan kemas. dr tingkap bilik terus mengadap ke laut.

itu pula tempat utk santai2

Kami tinggal di hotel Blue Heavan. asalnya rumah orang tp ditukar jadi Bed&Breakfast. Set up agak simple tp lengkap dengan semua kemudahan.
Hujan turun skejap aje, tp cukup utk halau semua yg tgh syok mandi balik rumah. So by the time hujan da berenti, pantai lengang takde orang..hari pun makin senja jadi kami decide utk jalan2 tepi pantai sambil menikmati sunset. romantik giteww..nama pun honeymoooon kan.. hehe

Birthday Boboy

Paling tak boleh tahan bile kami lalu depan Tidal pool yg di bina kat pesisir pantai..kalau kt mesia nih mmg konfem tak ada..first time aku jumpe tidal pool. tujuan tidal pool ni adalah untuk elakkan perenang2 amatur dari lemas kena tarik dek ombak besau. so sangat selamat especially utk kanak2..mcm main dalam kolam biasa tp berlantaikan pasir dan berombak. usha kiri usha kanan..clear tadak org..apo laiee, mari terjuuun!!

Awek gediks di Tidal Pool

Bersedia utk terjuuuuun...

Huhu lama dah rasa tak berlatih berenang. Abang pun pandai berenang, cuma bab amik nafas tu je belum lepas lg. bertambah seimbang sebb ade built in pelampung dah sekrg hoho..Lepas puas eksesais dalam kolam, kami sambung lg jalan2 tepi pantai, tp matahari makin terbenam..jadi masanya utk pulang..
Malam itu kami berdinner di restoren seafood berhampiran. cantik tempatnya tp makanan tk berapa enak walaupon rupanya sgt lazat. lebih haru ada pulak omputih tua seblah meja kitorang dok usha aku je..rimas betuii!

Dinner ala ala african gitu

Esoknya kami bersarapan telur ommelete yg enak mengadap lautan luas. kononnya lepas subuh nk menikmati sunrise tp awan tak kasik can pulak..mendung aje sepnjang hari. tak apalah kat rumah pun bisa nengok matahari terbit.

Bersarapan sambil menikmati suara alam semulajadi :)

Sekarang perut da kenyang..dengan senang hati kami sambung exploration di pantai. tp kali ni di siang hari suasana pantai lebih meriah..ada pasar kecil jual topi, baju n barang merapu yg lain.. merapu2 pun sempat jugak aku sambar topi besar sebijik. bertambah comel gitewww hikhik..

berposing depan hotel

pasar merapu

Kawasan pantai Ramsgate ni lebih kurang mcm pantai si St Lucia..berhadapan ngn pantai ada sungai yg hujung nya tersekat jadi tasek..aku pun tak sure tasek ke sungai, tp kat situ ada disediakan boat paddle. pak hitam yang jaga boat tu baru aje bukak penutup boat, kami terus serbu nak naik. oleh sebab kami org first, pak itam tu bermurah hati kasi ekstra masa 20 minit. Arigato!

Masa utk mengayuh

yg tak pakai kasut tu acah2 je kayuh hehe

View di sungai tu sekadar kawasan flat bagai2 bentuk dan hutan2 je. Paddling ni boleh la sekadar nk bakar lemak2 kt peha dan relaxkan minda. Cuaca pun tak panas..mmg sesuai sgt untuk berdating dengan aman.

seronok tgk makcik2 ni

Konon penat menyayuh boat, lepas tu kami terus pegi balun banana waffle kt Waffle restoren bersebelahan. Pekana sekali ngn hot Chocolate, pergh mmg berlemakk! Bagus betul strategi restoren ni, buat orang terliur je mengayuh paddle. tu yang tak boleh tahan tu, telur ommelete td pun tak sempat nk hadam lg huhu..takpe ni kan untuk Besday Abang sayang..no diet on that day! hehe

tak kesahla topi besau sampai tak nampak jalan, janji bergaya

Begitu lah adanya percutian kami di Oribi Gorge dan Ramsgate..sekali sekala dapat tukar angin mmg enjoy sangat..lebih2 lagi dapat berdua sentiasa dgn abang ..

Best memory in Ramsgate :)

Happy birthday sayang..Luv U always :)