Lebih kurang sudah sebulan lebih ibu bapa mertua ku pulang ke Tanahair. Seronok bila mereka ada. Alhamdulillah segala perancangan kami utk mereka berjalan lancar. walaupun aku dan suami tetap sibuk bekerja tp kehadiran mereka sangat menyenang kan dan memudahkan kerja2 rutin ku. Setiap hari seawal pagi, mak bangun lebih awal masakkan sarapan dibantu abah, kemudian menghantar kami ke pintu dan melambai2 tangan sehingga kami hilang dr pandangan. pulang dari kerja pun mak dan abah dengan mesra menyambut kami beserta masakan air tangan mak yg siap tersedia.
Mak dan abah sewaktu bercuti di Safari Camp
Begitu juga bila mak tertinggal kueh tart nenas yg dibuat mak khas utk kami. Mak buat sendiri sekali lagi berbalang2 walaupun tiada acuan dan itulah makanan yg akan ku sentuh dulu setiap kali pulang dari kerja sehingga ke hari ini.
Hari pertama mak abah pulang ke malaysia, masih terbayang2 di mata mak berlegar2 di dapur, teringat abah menyambut kami riuh dengan suara dr kaca tv dan aku akan terus ke dapur utk melihat surprise masakan mak hari itu. mungkin terlalu rindu dengan keriuhan dan rasa penghargaan itu, aku terus peluk abang dan menangis membuang rindu terhadap mereka.
Aku akui sejak mereka datang, terasa seperti ada perasaan indah penuhi hari2 rutinku. mmg rasa inilah yg selama ini aku rindu..rasa kasih seorang ibu yg tidak pernah lelah melayan kehendak anak2. rasa sayang itulah yg membangunkannya seawal pagi utk sarapan anak ke sekolah, yg sabar menyuap anak yg hanya mahu bermain, memasak makanan kegemaran anaknya yg baru pulang dari asrama setelah lama tidak ketemu, yang tidak boleh lelap dikala risau memikirkan khabar anak yg berjauhan, yang sanggup menggadaikan apa sahaja hatta nyawanya sekalipun demi anak menyambung hidup..
Melihat kerenah mak kadang2 membuatku terkenang akan arwah mama. raut wajah nya yang turut tumpah ke wajahku sentiasa mengingatkan aku dari rahim siapa aku dilahirkan. Sungguh singkat masa bersama dengannya. tidak sempat dia berkongsi saat2 kejayaan ku, tidak sempat dia melihat pernikahanku, tidak sempat melihat menantu dan cucu yg comel2 semua, dan tidak sempat ku lafazkan betapa kasihnya aku kepadanya..
Dalam pangkuan Mama
Namun aku akur ketentuan Mu wahai Allah..dan aku bersyukur kepada Mu kerana setelah lama cinta itu pergi, kau datangkan ia kembali kepadaku..
Hargailah ibu..Selamat Hari Ibu..
No comments:
Post a Comment