Friday, September 18, 2009

Bulan Posa 2009

Selemat pun selematlah

Nampaknya 2 hari lg menjelang AidilFitri. Alhamdulillah Ramadhan yg bakal berlalu ni mengeratkan lg hubungan aku dan suami yg jauh diperantauan. Walaupun ni kali pertama puasa bersama tambah pulak jauh dr keluarga, tp kami masih mampu jalani ibadah puasa tanpa sebarang kesukaran mahupun kesulitan. Ada masjid besar dekat rumah utk terawih juga restoren2 halal utk aku dan suami merasa berbuka puasa di luar. Terbayang2 makanan2 enak dijual kat pasar Ramadhan setiap kali balik kerja. sebb nya time tula kitorang baru nak pk ape menu utk juadah berbuka. Nasib baik abg pun pandai masak..boleh sama2 rasa air tangan masing2.

During bulan puasa, minggu lepas salah sorang dari adik2 aku yang berderet ni, Khadijah melanjutkan studies di Mesir amik farmasi. Mcm tak percaya pulak dia dah kat Mesir since dulu dia mati2 tak nak belaja Arab apetah lg smbung belaja di negara Arab. Tanak berpurdah katanya huhu. Tp klu dah namanya takdir, tak nak mcmn sekalipun kalau dah peluang depan mata takkan nk tolak mudah2 camtu je. Aku harap dia dalm jurusan yg betul, berjaya dalam bidang farmasi ni walaupun mungkin agak baru dan lebih mencabar utk belajar di negara orang. Yang sadisnya dia pergi sblum sempat raya kt sini huhu..ade gengla nmpaknya aku tahun ni. Ingatkan tahun ni boleh raya beramai2 dgn keluarga since kakak aku di UK pun balik utk beraya, tp nk buat mcmn aku tak sabar sgt nk kawen n dtg sini, ijah pulak tetibe je dpt offer gi Mesir. Takpe insyaAllah there will be a year yg kami sekeluarga yg besar ni akan berkumpul dan beraya in a complete set again :)

Bulan puasa ni jarang pulak amik gamba padahal selalu je ade iftar bersama kawan2. Time ni la aku dgn penuh skillnya masak specialties aku. Nasib tade bukti nak tunjuk hehe. Untuk jamu org, awal pagi lg kena prepare. Setiap kali habis event baru tersedar lupa amik gamba. Ye la time tu igt nk isi perut je. Kalau tak, boleh aku tayang sikit mcmn suasana puasa kt sini. Hm skrg ramai da balik beraya tinggal la aku dan abang, sorang kawan yg bujang senang dan satu lg famili yg tak balik sebb risau H1N1. Sunyi pulak bila ramai tade. Mungkin raya first nt beraya kt rumah Aslam je, a cape-malay guy yg sgt baik n rapat dengan malay community kt sini. InsyaAllah the next weekend akan kembali meriah, semua akan balik dari beraya n ada yg sblum ni bujang senang bawak famili masing2. Masa tu baru best buat open house. Kueh apela aku nk jamu nt..first time nih.


Emm ape lg yg aku boleh merepek...malas keje hr ni sebb hrni jumaat. Nak merepek ng orang, org lain mcm busy je. Jd aku merepek di blog.

Ok Selamat Hari Raya buat kawan2 semua, harap2 raya kt sini jatuh hari Ahad, kalau hr Isnin aku bakal meraung di ofis sempena hr raya. Sudahla raya diperantauan..kt ofis pulak tu..sob sob..

Maaf Zahir Batin.

Sekian.

Thursday, September 03, 2009

Living in South Africa

Seminggu lepas nikah..aku dgn taat setianya ikut hubby ke south africa. Abang da 2 tahun tinggal kt sana..time2 bercinta dulu mmg aku pun ade pasang angan2 utk stay ngn dia kat sana.semuanya depends pada situasi aku jugak since karier aku tgh membangun pesat di MMC Amec. Dpt pulak bos and officemate yg penyayang semuanya.yg buat aku berat nk gi sana, takut tercicir karier aje since nk mintak keje tmpt org bkn nye senang.lebih2 lg aku ni baru setahun jagung keje,tanam jagung pun belum tntu berbuah lg huhu.

Berposing sblum terbang

Tp Alhamdulillah, rezki Allah boleh dtg tanpa disangka2.bak kata pepatah melayu, pucuk dicita ulam mendatang. aku dpt offer utk teruskan karier bersama angan2 yg jd nyata utk tinggal bersama suami di tanah south africa ini. Tanggal 9hb 8, aku dan suami pun melayang terbang ke dunia Safari ni.


Saya sgt rindu budak kecik ini... :((


Keluarga tersayang yg dtg hntar smpai epot


Dalam flight selama 10 jam! FUh..

Sekarang da masuk 3 minggu kami menetap bersama. Alhamdulillah, kehidupan makin hari makin sempurna wp aku kira ni merupakan perubahan paling besar dalam hidup aku. iyelah from a single lady become a married woman, from Malaysia terus ke Durban , dari consultancy turun ke refinery, dari lidah melayu ke lidah pak hitam dan dari hidup bawah ketiak ibu bapa ke bawah ketiak suami hehe.

Bercakap pasal keje, memula keje, aku rasa mcm lemas kt laut walaupun refinery tmpt aku keje ni atas darat aje.ibaratnya aku rasa aku ni kerdil dlm ilmu process yg sgt besar..sebesar peranan refinery ni utk bekas negara apartheid ni.Nasib baik Abang bnyk bg sokongan. kesian dia tiap2 malam kena buka kelas pulak ajar aku pasal cane nk process minyak. Wp bidang aku lebih kepada safeguarding process, kena lah tahu pasal process jgk klu tak mcmn nk safeguard kan.Banyk jgk la faedah keje sini, wp ambik masa nk adapt dgn surrounding, dgn people, atleast aku dpt tgk dgn mata sndiri ape yg consultant (keje aku dulu) buat atas kertas.tp paling tidak boleh dinafikan..aku tetap rindu bangat company lama aku isk...isk..

Bab paling best tinggal kt sini ialah bab cuaca. Menurut warga2 kt sini, cuaca kt Durban adalah paling best kt negara ni. waktu aku dtg dulu time winter. aku bayang kan msti la sejuk smpai ke sum sum rupanya sejuk mcm dalam ekon aje. Skrg da masuk spring waktu tgh hari agak panas mcm kt Mesia tp sebab bandar ni tepi laut, angin sepoi2 laut mengurangkan rasa panas.cuma kdg2 kena katup mata sbb pasir bertaburan dibawak dek angin.kelabu mato den.

Kalau nk dibandingkan dengan Malaysia..jauh aku rasa Malaysia lebih maju dan sistematik.Apetah lg klu nk dibanding kan dgn Jerman, jauh panggang dr api.tak terkejar kemajuannya. Tp tidakle bermakna negara ni mundur..semua teknologi pun ada. DSTV ala2 astro, internet, gps, 3G, roti canai dan kueh pau pun ada. Cuma tahap kemajuan je agak terbatas. Paling ketara public transportation mmg out habis.

Rakyat negara ni tidak semuanya black people, adapun mereka itu adalah bumiputra sedangkan ramai mat saleh dan india yg sudah lama menetap kt sini sejak 3 keturunan lg. Zaman Apartheid dulu, mat saleh conquer pentadbiran negara, org kulit hitam termasuk india dikenakan mcm2 syarat utk berkerja dalam bandar namun tidak mungkin setaraf dgn omputih yg double standard time tu. Kaum India dijadikan benteng antara Pak Itam dgn Pak puteh. Pendek kata pak hitam ni ibarat hamba di negara sendiri..pendidikan terbantut, kemajuan terbatas dek diskriminasi.kejam betul..

Walaupun begitu tak semua mat saleh ni kejam, ramai jgk yg fight againts apartheid sehinggalah runtuh kerajaan ideologi perbezaan kulit nih.sejak daripada peristiwa tu, org kulit hitam mula dapat keistimewaan terutamanya dalam pendidikan dan industri.sama mcm kt mesia, setiap company ada kuota tinggi utk pak hitam nih.cuma yg kurengnya..tau la kan pak hitam ni kan cam ganas2..sikit2 nk memberontak..hbis kemajuan yg mat saleh bawak dulu terjejas.dr bandar yg bersih jd kotor, klu time angin kuat boleh nmpak sampah bertaburan kt udara.criminal jgn cakp la..even police station pun terpksa ada bodyguard..ganas tak ganas diorng ni.aku mmg tak berani jln dlm town,apetah lg masuk pasar ataupun naik public transport ataupun kluar time da larut mlm.Tp tak semua la camtu.Ramai je yg boleh harap.but still economy mat saleh yg pegang.Orang India pun lebih menonjol berbnding origin people. Yang bestnya..org Islam pun ramai kt sini.jd nk dptkan makan halal mmg takde masalh langsung...lainle klu nak cari pasar malam..tak dapek le nk nolong. Sekian sy melaporkan dari ruang tamu rumah.

Sekarang da dpt stay ngn hubby kt sini, klu boleh aku nk amik peluang ni utk explore South Africa. South Africa terkenal dengan safari dan juga keindahan semula jadi. Kebetulan tahun depan World Cup akan berlangsung kt sini. hehe ni la masanya aku join the team. dulu masa World Cup di Jerman aku setakat intai dr luar stadium je. almaklumle masa tu student, duit pokai. Klu ada rezki dpt cabutan bertuah, aku teringin nk tgk secara live..wp aku tak minat langsung pun bola huhu..


Wearing sport shirt on Casual Day. Aku rasa aku pling sempoi berbanding org lain heh.

Minggu lepas ofis aku buat Casual Day, sape yg nk join kena beli sticker harga R10 and on that day, we must wear any sport shirt. Hubby beria betul nk kitorang join. Aku pulak ada satu je baju sukan Springbook yg hubby hadiahkan time bercintan dulu. dah tu kotor pulak. Punya aku bersungguh basuh awal pagi sblum gi keje. Sib baik sempat kering. Tgh hari during lunch time, semua kena berkumpul di foyer. Masing2 dpat nombor. Sesape yg terpilih nombor nya akan dipanggil. Aku ngn hubby pun pegang la nombor mcm kena jual depan para Juri. Tanpa disangka, no aku dipanggil!!! yahuuu...dpt dua tiket tgk rugby. Dalam box pulak tu..hehe mmg berbaloi aku cuci baju pgi tu. Pasukan rugby Springbook dr South Africa mmg femes sebagai Rugby World Champion...tak sabar daku mahu nontonnya nanti...Alhamdulillah..


Para peserta dan Juri2 bertauliah. Siap ada yg bawak bendera Petronas lg. Sporting kan diorang ni, yg tua2 pun join.


Ok sila tayang nombor masing2..Jual jual


Yeah we win the tickets! (No idea how they evaluate me :P)

Ku kira da terlampau panjang entry kali ni. Almaklum la da lama tak bermanja ngn blog..sekali apdet, amik ko mencurah2 cerita aku nk tulis. Next entry I will probably write about our unforgetable trip to the Giant Castle, Midland. Till then..tata.

Tuesday, August 18, 2009

Just Married!


Just Married! :)

It has been a couple of months i have'nt updated any entries. yes the typical answer will always be, I'm busy. A lot of things happened during that period..smpaikan aku sndiri tatau nk citer mcm mn. Looks like a big change has dropped on me..

Just a brief update..

Tanggal 1 ogos 2009, Fatimah Abdul Razak telah diijabkabulkan dgn Saiful Anuar Mohd Mokhtar. Bermula dr itu maka ternaikla pangkatku kepada Puan berseri-seri hehe. Sori sebb tak sempat nk inform to all friends since majlis ni kecil2 lan aje. And to those who came, sungguh2 sy amat terharu lg tak dpt gambarkan betapa gembiranya sy dpt raikan hari bahagia ni bersama2 anda semua yg dtg termasuk yg jg tak dtg but sending me sms wishing of my happiness on this marriage...I was sooo happy to have you guys around during that day..luv u guys very much..So here's the cronology on that super duper special day :)

Hari tu boleh dikatakan semua pun bangun awal.aku pun sama tp bangun utk subuh je pastu smbung tdo balik memndgkan the night before aku tdo kul 4 pg siapkan pelamin bilik pengantin berinai dsbg..Ngantuk gile bangun pagi tu tp da set dalm pale, pgi ni kena tdo gak kang takut konon tak berseri2 muka sebb tk cukup tdo.so lepas subuh aku pun smbung tdo walhal org lain semua kena paksa bangun utk kerahan tenaga masak kemas rumah dsbg..Sedang enak tdo tak smpai sejam sekali Adik panggil cakp mmber aku da smpai.masa tu kul 8 stgh kot.aduyai mmber mana pulak ni pagi2 buta da smpai..mjlis kan start kul 12.so aku pun turun la..nak tau sape?? Mak Andam aku da smpaiii!!! adehla camne nk makeup dgn cik pengantin belum mandi, muka sembab, baju nikah belum iron lg..semangat betul Kak Yus. Katanya dia dtg awal sebb takut sesat. sekali senang pulak cari rumah aku. disebabkan ade 4 jam lg masa, aku pun mintak excuse kt Kak Yus, aku da lembik gile time tu, nk kena tdo kejap.dia pun ok..so smbung zzz..series tak rasa cam nak kawen pun lg he ha..Dalam kul 10 daku pun bangun n mulala bersiap. ms ni rumah da start meriah.sedara mara datang tolong2 ape yg patut.everything looked like in its place.the preparation was almost done.

Tukang sapu dan Tukang Masak

A lovely pelamin menyerikan ruang hall rumah. It was creatively made by Kak Cah. Kak Yah pulak hiaskan gerbang (arch)..my 3 lovely sisters did play big roles dlm majlis ni. harapkan aku...alamatnye nikah kt pejabat kadi je la gamaknya.


Bertuah ade kakak2 yg kreatif, jimat duit belanje.

That day mmg sungguh aku rasa cam berseri-seri je..maybe sebb hari baik niat yg baik, termasukla dgn sentuhan makeup Kak Yus yg professional itu. aku pernah sekali dulu makeup tebal masa main2 makeup kt jerman dulu.mmg make over muka tp rasa cam pelik semacam je..Lain dgn makeup Kak Yus ni..wp ade some people kata nmpk gelap skit..tp aku still sukee.bila da bersiap..pekena baju pengantin.pkai crown.posing dalm bilik pengantin.., baru la aku rasa cam aku nih da betul2 nk kawen.aiseh..biar betuiii da nk kawen ngehngeh

Sian Kak Yus kena tunggu lama. Sesape yg nak hire dia boleh kontek aku..promote2..

Tgh Kak Yus siapkan aku..tetibe ade org bukak pintu..serta merta bilik jd meriah.tk sgka mmber2 ofis yg sememangnya cool n sporting tetamu yg paling awal smpai.Fizah,Aishah, Net n baby, Kak Wati, Kak Nisa', Azizul n Rafian semuanya dtg awal tolong aku bersiap, sambil2 berposing ngn diorang. paling best, dpat hadiah..yeyy



Bestnye korang dtg..

Lebih kurang kul 12 tgh hari pengantin lelaki smpai..tetibe aje rasa berdebar2. aku stay dalm bilik je smbil intai kt luar..mstila intai cik abg hehe.tp rakan2 lain belum nmpk batang hidung pun lg.hmm diorang kt mana ni..try kol cik lija.sekali cakp baru bertolak!!adehlaa..kebetulan hr tu ade demonstrasi mansuh ISA.bnyk jln tutup.so trefik jam di mana2.makin mencabar perjalanan tetamu2 yg nak dtg.tp sib baik cik abg manage to come on time.smpai2 terus duduk bersila depan tok kadi n wali.tak pasti ape yg terjadi pastu sebb aku senyap dalm bilik je smbil pasang telinga.yg pasti tok kadi ada bg ceramah skit bab2 suami isteri.smbil cik abg pun mcm da cuak2 skit hehe.biasela kan cuak2..janji tetap ensem.
Sudah smpai

Bersiap sedia

lebih kurang pukul 1245, upacara akad nikah pun bermula.ayahku merangkap wali sendiri yg akadkan nikah. ni first time dlm famili, papa jd jurunikah.dgn sekali lafaz, akhirnya tercapai impian kami utk bergelar suami isteri...alhamdulillah semuanya sudah selamat..

Tiba masanya...selamattt akhirnya..

Seperti biasa, upacara batal air sembahyang berlangsung sejurus akad nikah.ms tu baru la aku melangkah kluar bilik n duduk di pelamin.abg hulurkan mas kahwin dan cincin pun disarung tanda ikatan sebagai isteri.aku juge turut sarungkan cincin di jari manisnya. semoga ikatan berkekalan ke akhir hayat..aminn..


Daku sah sebagai isterinya..

Da setel sumer..kami pun dijemput ke meja hidangan mempelai.menu hari tu mmg sumernya feveret dan enak2 special air tangan umi n kakak2.ada udang ikan ayam cendol..tp entah ke mana pegi selera..aku makan sikit je..


Masa makan beradap. Makan dgn suami hikhik

Time ni baru la awek2 geng kamcing cik Lija, Ju, Mawar, Take n famili, Azreen n Sazze pun smpai..akhirnya smpai juge..wp lmbt takpe asalkan selamat..sejurus lepas tu Kak Za, Munira, Firdaus masing2 bawak pasangan n baby yg comel datang meriahkan lg suasana. Mukmin dtg sbgai wakil gamelan, shye pulak tersesat jalan smpai tak jd dtg.






Amik aku upload byk gamba ni ha..but in smaller size. Really miss the happy time together :)

Lagi mmber2 ofis yg cool.

walaupun majlis ni kecil2 lan aje, somehow aku rasa happy sgt sebb ramai famili n rakan2 dtg bg sokongan.jarang sgt dapat waktu utk ramai2 berkumpul..berjumpe n update kisah masing2.ade famili dtg jauh dr Kelantan, wakil dr keluarga arwah Mama. How I really wish she was also there, giving me blessing on this wedding day, to get to know Abang whom I would share my life with, and the most thing is to share the happiness we had on that special day...


Bersama keluarga2


Bersama menantu baru

Geng kamcing

Keluarga yg selalu dekat di hati



Poya dan poyo


Suamiku :)

Lastly,


Semoga ikatan pernikahan ni adalah landasan terbaik dlm meneruskan perjuangan hidup sebgai hamba Allah. Doakanlah kebahagiaan kami...semoga anda jg beroleh rahmat drNya :)