Friday, September 18, 2009

Bulan Posa 2009

Selemat pun selematlah

Nampaknya 2 hari lg menjelang AidilFitri. Alhamdulillah Ramadhan yg bakal berlalu ni mengeratkan lg hubungan aku dan suami yg jauh diperantauan. Walaupun ni kali pertama puasa bersama tambah pulak jauh dr keluarga, tp kami masih mampu jalani ibadah puasa tanpa sebarang kesukaran mahupun kesulitan. Ada masjid besar dekat rumah utk terawih juga restoren2 halal utk aku dan suami merasa berbuka puasa di luar. Terbayang2 makanan2 enak dijual kat pasar Ramadhan setiap kali balik kerja. sebb nya time tula kitorang baru nak pk ape menu utk juadah berbuka. Nasib baik abg pun pandai masak..boleh sama2 rasa air tangan masing2.

During bulan puasa, minggu lepas salah sorang dari adik2 aku yang berderet ni, Khadijah melanjutkan studies di Mesir amik farmasi. Mcm tak percaya pulak dia dah kat Mesir since dulu dia mati2 tak nak belaja Arab apetah lg smbung belaja di negara Arab. Tanak berpurdah katanya huhu. Tp klu dah namanya takdir, tak nak mcmn sekalipun kalau dah peluang depan mata takkan nk tolak mudah2 camtu je. Aku harap dia dalm jurusan yg betul, berjaya dalam bidang farmasi ni walaupun mungkin agak baru dan lebih mencabar utk belajar di negara orang. Yang sadisnya dia pergi sblum sempat raya kt sini huhu..ade gengla nmpaknya aku tahun ni. Ingatkan tahun ni boleh raya beramai2 dgn keluarga since kakak aku di UK pun balik utk beraya, tp nk buat mcmn aku tak sabar sgt nk kawen n dtg sini, ijah pulak tetibe je dpt offer gi Mesir. Takpe insyaAllah there will be a year yg kami sekeluarga yg besar ni akan berkumpul dan beraya in a complete set again :)

Bulan puasa ni jarang pulak amik gamba padahal selalu je ade iftar bersama kawan2. Time ni la aku dgn penuh skillnya masak specialties aku. Nasib tade bukti nak tunjuk hehe. Untuk jamu org, awal pagi lg kena prepare. Setiap kali habis event baru tersedar lupa amik gamba. Ye la time tu igt nk isi perut je. Kalau tak, boleh aku tayang sikit mcmn suasana puasa kt sini. Hm skrg ramai da balik beraya tinggal la aku dan abang, sorang kawan yg bujang senang dan satu lg famili yg tak balik sebb risau H1N1. Sunyi pulak bila ramai tade. Mungkin raya first nt beraya kt rumah Aslam je, a cape-malay guy yg sgt baik n rapat dengan malay community kt sini. InsyaAllah the next weekend akan kembali meriah, semua akan balik dari beraya n ada yg sblum ni bujang senang bawak famili masing2. Masa tu baru best buat open house. Kueh apela aku nk jamu nt..first time nih.


Emm ape lg yg aku boleh merepek...malas keje hr ni sebb hrni jumaat. Nak merepek ng orang, org lain mcm busy je. Jd aku merepek di blog.

Ok Selamat Hari Raya buat kawan2 semua, harap2 raya kt sini jatuh hari Ahad, kalau hr Isnin aku bakal meraung di ofis sempena hr raya. Sudahla raya diperantauan..kt ofis pulak tu..sob sob..

Maaf Zahir Batin.

Sekian.

No comments: