Tuesday, November 09, 2010

The Last Memorable Trip in SA



This entry was written before I flew back to Malaysia

Ok rasa macam da lama tak menaip kt blog ni, jd hr ni aku come back lg. Banyak event happen lately, tp kebanyakannya berkaitan hal makan2 sempena meraikan kepulangan kami ke pangkuan Malaysia kembali. Terima kasih tak terhingga kepada yg berbesar hati adakan farewell party dengan makanan yg enak2 belake. Walaupun nampak macam happy sungguh kami nak balik, tp dalam hati tersangatlah berat nk tinggalkan bumi africa ni. pantai yg indah, cuaca terbaik, pelancongan yg menakjubkan, rumah yg cantik, rezeki yg murah, masa bersama abg yg tiada batas dan segala-gala yg indah aku alami kt sini menjadi kenangan terindah utk ku kenang kelak..Bagi yg masih tertinggal di SA, enjoy lah hidup di situ sepuas2nya..banyak yg boleh diterokai dan dipelajari serta diambil iktibar..
hmm pantasnye masa berlalu..

Since only several months left for us to stay here, we planned to have the longest trip inside South Africa. Biasanya, paling lama aku travel pun adala dalam 3 hari which was to Cape Town. But this time we spent about a week utk misi terjah wild animal for the last time. Why took so long? sebabnya kali ni we decided to go to the biggest safari in South Africa which is called Kruger Park, located in the north side of SA. Jauhnya dr Durban lebih kurang 12 jam drive. Aku tak sure la pulak besar mana. Tp sebesar-besar Kruger ni, safari kt belah2 atas south africa lg berganda besarnya.

Perancangan rapi dibuat dan aku pun ada masak several lauk sebagai bekal so that we wouldn't spend so much eating outside. Lama2 tak tgk nasi mana boleh. So angkut segala periuk nasi bagai, selain lauk yg dah siap dimasak aku bawak juge bekal telur sosej roti megi dan segala yg mudah dimasak.

Our first destination was Lydenburg. actually tempat ni sekadar persinggahan je sebb kesian kt en Yaris dan drivernya yg kena drive tanpa hnti selama 9 jam. Lgpun hr da gelap. we managed to book a small hotel on the outskirts. Cukup selesa utk far traveler like us. Nampk katil terus padam! Pastu terbangun tgh malam sebb lapo..

Tak tahu spesies ape nih
Stay in Lydenburg

Having breakfast. Mulut ku lebam terjatuh treadmill :(
The next day, with fresh bodies full of excitement, we continued our journey towards Kruger. And in between the journey, we stopped at severel magnifient places along the trip. Bermula dengan Pinnacle, this place has become an attraction for having a 'pinnacle' in the middle of a valley. Macam ada tiang terpacak antara dua gorges. Tinggiii sangat..cuba2 jugak jenguk ke bawah nk tahu dr mana pinncale ni muncul, tp tak terlihat sebb terlalu dalam. There was also a waterfall there..

At The Pinnacle
Seterusnya, we stopped by at another famous place, The God's Window. Sebelum sampai tu aku tertanya2 juge macam mana agaknya 'jendela tuhan' ni, mcm tingkap rumah kah. Tp akhirnya tekaan abg lebih tepat..basically this place showed a very nice viewing from the top. As if the God was looking to the earth..agaknya la hehe..
At the God's Window
Jalan lagi dan lagi (dengan kereta) akhirnya we arrived at a place that i was longing to go, The Bourke's Luck Potholes. Lama dah usha tempat ni dalam internet..kagum tgk gamba2. Alhamdulillah panjang umur juge dpt jejakkan kaki dan tgk tempat ni dengan mata kepala sndiri. Eventhough the photos we took didnt seem so interesting, but in reality this place got its very own remarkable. Dengan kuasa yg maha Esa, air yg mengalir secara pusaran menghakis membelah gunung membentuk 'potholes' yg akhirnya bercantum mmbentuk sungai, air terjun dan kolam..masyaAllah..kagum dengan kebesaran Ilahi. Air sungai tu mmg direct dr gunung so boleh diminum atau di promosi as a mineral water. .


The Bourke's Luck Potholes
Hari tu panas betul but somehow far better than cloudy or rainy. Perjalanan kami betul2 follow the schedule. Before sun down, we finally arrived at our main destination, Thornybush. This place was actually part of Kruger Park and there was even no fence to seperate the areas. Only this area has been privated and sold to some companies. For that reason, this place offered a luxury safari, all inclusive to the guest. Luckily, our company, Engen owned one of the lodges in Thornybush. So utk staff, boleh dapat diskaun banyak jugak. almost 60%. rugi tu kalau kami tak rebut!

And so like it was meant to be, tempat ni mmg mewah dan best. Included in the charge rate, we got 2 game drives, meals, and of course a luxury room. On that day, there were another guests from Mexico who came for the WC. The way we were served was exactly like we were families. Having meal together. Paling best bagi aku waktu pegi game drive. For the first time we took game drive using 4x4. Cuak jugak memula coz the vehicle was roofless. Siap ada org duduk kt depan 4x4 tu lg utk track the animal footprints and for that I knew, this was going to be so much fun!

Cottage in Thornybush

Pengembaraan bermula
Kepala and badan kami tak hnti2 terhuyung hayang waktu game drive. Redah sana redah sini..sampai kan pokok yg sama tinggi ngn aku pun selambe je diorang redah. Mmg ganas betul game drive ni. Malam tu kami jumpe badak sumbu, gajah dan singa. Part singa ni paling best sebb ranger parking kete betul2 sblah singa ni tido. Rilek je singa ni tdo ngn bapak singa siap menggeliat lagi. Binatang2 ganas ni sbnarnye serang kita bila rasa terancam n lapar je. Tp macam mana nk tahu dia tak terancam? Wallahualam..


Bapak singa and anak singa tgh landing

Having tea break in Safari

Rhinos during the Sunset
Malam tu sepasang couple dr US baru sampai and joined the dinner with us. Ramah sgt diorang ni sebijik macam dalam drama2 US yg kt TV tu. Cara bercakap, cara respon, so typical US actor. Oh ya, makanan yg disediakan semuanya halal termasuklah daging Ostrich yg dijamu. sedap!

Early in the morning on the next day (lebih kurang pukul 4 pagi), we took another game drive and it was more challenging because normally at this time, animals were out for hunting. Manusia? berdengkus lagi. Pagi tu masyaAllah sejuk gilos. nasib baik ada blanket provided on the 4x4. what was very interesting, we found footprints of cats and harshly tracked them down. redah sini redah sana finally nampak kelibat cheetah!! wo wo cantik sungguh kucing bintik2 nih. memula malu2 kucing asyik nyorok je but the driver cuba jgk pegi dekat and at last the cheetah stopped. So dapatlah kami menatap cheetah secara live in its habitat..

Looking for footprints
Tu dia dah keluar dah
Not only that scene, ada scene yg lebih menarik when the cheetah ran away after that. we followed him and suddenly the ranger realised that it was actually looking for breakfast. there was a group of bucks nearby having green fresh grass for breakfast without any awareness on the present of an enemy. tak semena2 aku rasa mcm jd photografer rancangan Wild Animal pulak. we stayed somewhere near, hidden without making noise. Huh berdebar2 nye rasa...nk tgk cheetah serang hendap beb..

Bersiap siaga ada lauk depan mata
And suddenly, zaaapppp! sepantas kilat, sekilas pandangan aku tgk cheetah berdessupp serang kancil. habis berkeliaran huru hara sekjap kawasan tu. mangsa korban belum dapat dipastikan. now it's time to move on to track down the cheetah. pusing punya pusing akhirnya jumpe cheetah tgh berehat kepenatan kt bawah pokok. rupa2nya adegan td was just a fruitless effort. kesian cheetah. now it has to rest to cool down its temperature before continue hunting. maybe our present had disburbed its concentration just now. sorry ye cheetah comel and thanks for the great show :) That was definitely something I wouldnt forget!


Taktik tak kena pulak, jd berehat dulu
I think that was the climax of the game drive. We did saw several other animals after that and still enjoyed the drive until we were driven back to the camp site. Sadly we came to the end of stay and had to leave to our next destination. What a warm and nice stay we had in Thornybush!
Thanks everyone!
Seterusnya we headed to the next gate of Kruger Park which was owned and secured by the government. mari kita terjah Kruger park ni habis2 an. Orpen Gate basically is another area inside Kruger Park. It has far wider area if compared to Thornybush. As it was handled by the government, i can say the rate was cheaper than thornybush. But that was only kos2 tersurat..kos2 tersirat like food, game drive were not included. Plus minus, actually it was fairly close to what we had paid in Thornybush. But of course, the experience we had were the biggest difference of these 2 safaris.


Stay at Orpen Gate
Konon2 nk experience the same thing (or maybe better) as we had in Thornybush, we booked 2 game drives (evening and morning drives). The self-catering motel was quite relaxing. After having lunch of bekal yg kami bawak (lepas 2 hari bru dpt mkn bekal tu huhuu) and having enough rest, we prepared ourselves for the evening drive. Memandangkan Orpen Gate ni lebih besar, so we expected to see more wild animals..berkobar2 rasa di dada..

Sekali rupa2nya we were just brought by a truck (yg macam truck askar tu) to the tar road, terkedek2 kena cari binatang sendiri kalau terjumpa di kiri n kanan..wuaaaa cam nak nanges je rasa. dah la naik macam nk buat rombongan mak kiah. kalu camtu, baik kami naik en Yaris kami aje. Tak de yg menarik pun yg kami jumpe. Paling ok pun kami jumpa cik Hyena sebatu nmpak cam semut je. Menyesalnya..tak semangat langsung nk join another drive pagi buta esoknya..

Tp sebb da bayar mahal, so kami dengan liatnya bangun jugak pukul 330 pagi. Yang kelakarnya..sebb gelap, renjer tu suruh penumpang pegang torch light and suluh sendiri kiri kanan cari binatang. hadoila..nasib baik bkn aku yg kena. Pagi tu adala juga hasilnya..dr jauh tersuluh singa tgh mengawan. depan kami pun selambe tak cover ish ish. Renjer tu bagtau..waktu tu mmg musim mengawan and singa biasanya mengawan setiap 15 minit sekali..dasat kan..patutla singan jantan ni lambang kehebatan..huhu.

Rombongan Cik Kiah
Dah..tamat je game drive pagi tu kami terus bersiap2 dan menuju ke destinasi terakhir. After The Bourke's Luck Potholes, this last stop was another place i was longing to step my foot on. It was Blyde River Canyon. We spent about 2 hours and enjoyed beautiful scenary along the way before we reached the place. And far from we expected, this place was soooo magnificent, fascinating, enchanting and more..subhanallah maha suci Allah..
Semua tempat pun excited utk sambut WC. Tp kaunter chalet ni mcm pejabat kerajaan daa
Blyde River Canyon was the third largest canyon in the world after Grand Canyon in US and Fish River Canyon in Namibia. Therefore it presented as the 2 nd largest Canyon in Africa. Kat situ ada sungai that flowed into a huge dam in the middle of the canyon. We stayed in self-catering motel which faced the canyon. The reservation was set up to suit middle class people who like to stay long and love tracking or hiking.

Makan Maggi dlm situsi camni mmg sodap!
And so did us. only we just planned to stay one night there. bila tgk cantiknya alam ciptaan Allah, tak sabar rasanya nk pegi hiking utk jelajah lebih jauh kebesaran Allah. Di sini disediakan map that showed several trail routes including approximate duration which were so helpful for trackers. Di sebabkan time tu dah pukul 3 petang, we chosed Leopard trail which will take approximately 3 hours return trip. During that season biasanya pukul 6 dah maghrib..kalau boleh nk balik before gelap..kang sesat naya..

We will follow the Leopard Trail


Lihatlah batu-batu ni bersambung membentuk gunung
Mudah saja hiking ni tak perlu pening sebb boleh ikut petanda kaki leopard yg dilukis di batu. so agak confident takkan sesat. memula tu tak penat sgt sebb asyik turun bukit je.. finally we reached the target to get the best view of this Canyon. Ini dipetik dari google:

"Possibly the best view in the whole of the Blyde River Canyon is the Three Rondavels, huge, round rocks, thought to be reminiscent of the houses or huts of the indigenous people, known as rondavels . This canyon is part of the famous Panorama route. "
The Three Rondavels at the right side. Kt hujung tu mcm bumbung rumah
Three Rondavels ni bagi aku sgt cute. Comel je tersusun atas gunung. Yang pasti tempat ni memang memukau pandangan..menyedarkan aku betapa besarnya Kuasa Allah dan Kerdil nya kita di bumi tumpangan Nya ini. Walaupun penat berjalan tp dapat melihat keindahan alam sebegini sememangnya berbaloi-baloi.. Alhamdulillah..

Segala puji bg Allah
Our mission has completed. Hope to come here again..
Begitulah alkisahnya my last memorable trip in South Africa. Hope anyone who read up to this point enjoys reading this entry (tabik tabik). Semoga Allah memberikan aku kesempatan lagi untuk terus meneroka kebesaran dan keindahan alam ciptaan Nya..ameen..

Nyum nyum

Thursday, September 30, 2010

UPdate

Hmm sekrg da pukul 7 malam tp aku still tercangak2 kt ofis ni dipaksa buat OT huuuu tolong la nk balik..

Alhamdulillah after month of job seeking, I finally have been granted a job with RWP. Nak tahu RWP ape..google sndiri hehe. Memang dari dulu impian nk join this company akhirnya kesampaian jua. Tp itulah tak sangka masuk2 je terus join project and gedebak gedebuk kerja menimpa2. Stress tu tak sangat tp penat tu hanya Allah yg tahu. Kena pulak sekali lagi guna komuter pegi and balik kerja..mmg nampak gaya jadi sardin lah tiap2 hari. Tiap2 hari naik, tiap2 hari jugakla rasa serik dah. skrg ni harapkan solution dari hubby..harap2 ada solution yg terbaik.

Malas la nk citer pasal keje..kuar lepas subuh balik dah isyak lagi mau cerita pasal keje huh.

Sekarang ni kami dengan penuh excited dan sabarnya tunggu rumah yg bakal kami duduki siap renovate. janji kontaktor 3 minggu tp sekrang da dekat 2 bulan dah ni tak siap lgi. hopefully by next month kami boleh mula bersemayam di rumah baru..nanti kawan2 jemputlah datang ke rumah ye. open house tak sempat la kot sebb raya dah nak habis kan kan hehe

Btw ucapan tahniah buat Mawarni yg selamat melahirkan baby girl yang comeeeel sangat. dah jadi ibu dah kawan aku sorng ni. jeles pulak tgk body mawar maintain je kurus. Najla Nafeesa, nanti cik tie datang jenguk lg ye..



Mama Ju..cilok gambar Najla Nafeesa satu ye..

Thursday, July 08, 2010

Aufwiedersehen Germany

Hari ni buat pertama kalinya aku bangun tido dan berasa sedih...sebab bolaaa!!!

Walaupun this is my second time joining the World Cup tp ni kali pertama aku betul2 layan n follow the game. Banyk sungguh ilmu bola aku timba kali ni. tak sangka syiok juge layan bola..tp rasanya angin bola aku ni dtg time world cup je kot..maklumla kt tv, dalam radio, kt pejabat, time gathering ngn kawan2 msti nk cakp pasal WC je, habis tenggelam berita2 hangat lain, pasal greece bankrupt, Nadal menang tenis wimbledon, mesia nk cancel subsidi..sumer boo layan..

Disebabkan game semlm game terakhir yg berlangsung kt Durban yg permai, kami dah plan utk beramai2 menonton kt Fan Fest. Fan Fest Durban mmg aku rasa jauuuuuh lg best klu nk dibandingkan dengan Fan FEst yg penah aku pegi kt Deutchland dulu. Suasana sangat meriah di tepian pantai. Banyak gerai2 jual makanan n minuman, fun fair, skrin besar n stage mcm kt sure heboh. ada satu tempat bertangga diletakkan banyak gendang. then ada ketua bergendang di depan. sesapa pun boleh join n ikut sama bergendang. Itu aku rasa idea yg paling menarik. ramai pelangcong2 dtg join tunjuk bakat memasing bergendang. aku pun sama sampai merah2 tangan bergendang huhu..

Ok sambung balik citer td. Ada antara kami yg determine nk cari tiket kt stadium since it was semi-final and the last game in Durban. Abg pun excited jugak nk cari mn tahu nasib baik dapat tiket murah. Tp takdela beria sgt pun, sebb plan asal nk gi tgk kt fan fest je, free of charge. Kalu nk beli tiket dengan harga asal mmg tak masuk akal la, Category 1 sampai R4k++. Tp kitorang gamble gak. Lgpun semi-final beb, German lawan Spain lak tuh!

Looking for ulat tiket

Tuah ayam nmpak di kaki, tuah kami semlm nmpak kt tiket haha..tak pernah bermimpi seumo hidup gi tgk semi-final WC.

Pastu ada pulak adegan peminat masuk padang tgh2 game berlangsung. Dah la pakai baju Superman..mmg kelakar gile haha, gilo apo mamat tu..da kena tangkap pun boleh tersengih2 lg..siannn.. gian nk jd star bola agaknya..

Adegan abg suparman masuk padang

During half time break

Game semlm bg aku sangat2 mendebarkan..mmg tgk gaya dr awal lg mcm SPain akan menang wp aku sokong german. Kalu game GErman yg lepas asyik goal, goal dan goal lg..kali ni asyik kena serang, serang dan serang lg dengan Spain dan tiap kali tu jugak aku terjerit2 tidak..tidakk..tidakkkkkk. Abg asyik tergelak je tgk bini dia ni terjerit2. Org seblah aku lg hebat, frust sgt tgk german asyik kena serang, belum hbis half time lg da blah. Malangnya gol german akhirnya dibolos jua wuaa :(

Saat-saat mendebarkan. Ada beratus photographer di sekeliling padang.

Tak tahula apo jd ngan german semlm, mcm da hilang 'rock'. maybe diorang under pressure coz jd team feveret. Banyak je peluang untuk gol, cuma nasib tak berape baik. Spain main mmg cantik gile. Gaya diorang main sebijik macam german main utk kalahkan team power yg lain. They deserve to win this WC. Hmm..akhirnya ramai kena akur jua dengan ramalan pakcik Octopus.. cess


There were 60,960 attendance at the match

The fans

encik Zakumi

Takpela German kalah, kasik team baru pulak menang WC kali ni...

Betul tak pakcik octopuss???

Tuesday, July 06, 2010

Tahniah Saz!

Dikesempatan ni aku ingin ucapkan tahniah buat kawan ku Puan Sazlina Chin yg baru melangsung resepsi gilang gemilang pernikahan beliau dengan encik Nasir Forex. Belum sempat siasat lg mn asal usul encik Nasir ni tp diorang da lama menikah bulan Dua yg lepas. Tak dapek la daku nk menghadirkan diri memndangkan terpisah benua dan lautan. Saz ni dulu member UKM dan ditakdirkan sesame dpt sambung belaja kt UDE Jerman. Kecik molek dan sgt ceria orgnya. Harapnya daku pulang nt boleh buat gathering ngn mmber2 kamcing yg da lamaaa sgt tak jumpe. Apapun aku doakan cik puan, suami dan anak2 dikurnia bahagia yg berkekalan. Ameen..

terpaksa cilok gamba aishah

Monday, July 05, 2010

Dilema kerja

hm makin dekat mau pulang ke tanahair..makin liat rasanya nk habiskan sisa2 keje kt ofis ni. sbnrnye da siap semua tinggal nk recheck to ensure ketepatan. biarlah tinggal nt dengan nama yg baik bkn org menyumpah2 kita sebb buat keje tak siap atau tak betul. setakat ni alhamdulillah, walaupun keje aku ni byk belakang tabir je tp besar juga impactnya kepada refinery klu takde org uruskan. pendek kata tak sia2 aku dtg sini..ecece perasan bagus la tu..

Keje aku banyak berkenaan safeguarding process. apa tu..pak guard ke??
Klu sesape biasa keje kilang, mesti ada satu department utk pastikan plant berjalan lancar dan kalau ada kecemasan atau kebakaran, mesti ada langkah2 keselamatan atau system utk pastikan semua selamat atau sekurang2nya kerugian dikurangkan. dan system ni bukan setakat ada je, kena ada org maintain the system to work well, upgrade the system to better one, control utk dapatkan product yg optimum dan sbgnya. ha lebih kurang camtu la keje kt department aku ni. klu dulu aku keje camna nk buat plant utk sedut minyak mentah, sekrg aku keje camna nk jg plant yg proses minyak pule..lepas ni?? belum tahu lg rezeki ku di mana..tp yg pasti bkn org minyak ye keh keh..

Kawan2 tolong la doakan sy mudah dapat keje yg sesuai..pastu sy nk mengandung n beranak mcm 2 kawan mak buyong sy kt sebelah tuuuu :D InsyaAllah..

Monday, June 21, 2010

World CUP : It's time for Africa!

In front of Moses Mabhida Stadium, Durban for the match of Netherland vs Japan

hadus..sungguh malas nk hapdet..rasa mcm nk bengkalaikan lg blog ni utk kesekian kalinya..

Kat sini, seperti yg satu dunia tahu..tengah berlangsung acara sukan terhebat sepanjang zaman..World Cup 2010. Walaupun tidak berapa ambil tahu hal2 bola semasa tp acara besar begini membuatkan aku realise betapa besarnya pengaruh bola kepada masyarakat dunia. Ramai yg sanggup berhabisan semata2 mau menonton pasukan kegemaran masing2..walaupun tahu masa gini lah tauke2 bisnes nk kaut untung dan mencekik darah. nk cari flight n accomodation murah time ni mmg tak dapekla..




Worldmeister 2006, Deutchland

A big congratulations to South Africa for managing this big event so well. I could feel it was more exciting than the last world cup in Germany. Sebagai host, bukan sedikit yg telah dilabur oleh South africa utk anjur acara gergasi ni. 10 stadium baru yg mmg gedabak besar telah dibina semata2 utk world cup. campur lagi duit gaji volunteers (wlaupun nama sukarela tp tetap strike kalu gaji sikit), maintenance, construct jalan baru, perbesar jalan, banners etc. I wonder what will happen when Wolrd Cup ends..hopefully it won't end up like Greece..

It's none of my business..so tak payah susah2 pk mcm presiden pulakk..

Outside and inside the Moses Mabhida Stadium for Germany vs Australia match.
My opinion, stadium ni paling cun antara stadium WC yg lain..mcm bakul gitu.

our tickets
I got 2 tickets this time, one for Germany vs Australia which was the first game in Durban yg permai ni, and the other one for Netherland vs Japan which was just held last Saturday. Sbelum ni aku pernah masuk Stadium, pernah tgk bola kt Tv but kali ni, for the first time in life, aku tgk bola kt stadium!! There were 62,660 attendance during the first game and i think that was the best game ever..dapat tgk german belasah australia 4-0..fuh mmg berbaloi2..kejap2 bangun sorak..dapat pulak seat kt German fan side..90 minutes didn't seem enough even after the 4th goal, i still hoped there'd be another goal..kesian penyokong2 Ausie..nganga jelaa hehe..

Nak tgk game kt stadium, telinga kena bersiap sedia utk dipekakkan oleh vuvuzela. Advisable utk pakai ear plug..

Met my ofismate, Avir and his girlfriend.

Yuhuuu goal lagi dan lagi dan lagi!!

Second game Holand vs Japan was quite boring..maybe sebb aku pun tak sure nk sokong mn satu..klu ikutkan sentimental issue, dua2 pun aku takmau sokong, Holand ngn isu agama, Japan pulak pernah paksa org kita minum air sabun.. tp sebb nak rasa syok menyorak dan menyokong, so kami pilih utk sokong Jepun sebb Asia utk Asia haha.. asyik menguap je aku masa first half, nk tiup vuvuzela pun da tak kuasa..till Holand goaled for the first point..baru rasa semangat sikit...tp end up Jepun tetap kalah.

Aktiviti pabila game boring

WC 2010, We were there !

However, World Cup is not just about football. it somehow unites people from all over the world to gather and support their team. Rasa2 nya there's no other event that can beat the heat of World Cup. Seronok tgk macam2 ragam penyokong..How proud they are of their own country..well ada juga yg dtg utk sokong team kuat negara lain. Like myself, I am now excited to support the german's team after watching them played very well last time. Eventhough they were beaten by Serbia, they perfomed excellently with 10 men only. Well-organised, just like their people and the country itself. I wish I could do that for my own country..rasa2 ramai tak rakyat kita datang sokong Mesia klu Malaysia layak masuk World Cup? mesti ramai yg kata "berangan je la" tp mana tahu, Subkhidin berjaya jd referee World Cup tahun ni (walaupun setakat ni, kerjanya hanya angkat papan nombor tukar player), pasni giliran team bola kita pulakkk..ye dak hehehe..

Netherland's Flag. Sian org kt tgh2 bendera tak nmpak pape

German's fans

Jabulani ball

Us :)
Apepun harap2 4 tahun lg aku di Brazil pula for the next World Cup..who knows ;)

Friday, May 28, 2010

Nilai air matamu..

Al kisah setelah kiamat ketika Nabi saw menyiram api Neraka yang sedang menuju umatnya, maka api itupun mati seketika. Maka Nabi saw bertanya "Ya Jibrail, air apakah ini? Belum pernah saya melihatnya yang semudah ini memadamkan api itu." Malaikat Jibrail a.s menjawab "Air ini hanya air mata, umat-Mu yang mereka menangis oleh sebab TAKUTnya kepada Allah swt di saat mereka menyendiri. Maka Allah swt telah memerintahkan aku supaya aku mengambilnya serta memeliharanya sampai waktu Engkau memerlukan untuk memadamkan api yang menyerang umat-Mu.” (Mau’izhatun)
denaihati.com

Thursday, May 20, 2010

Anugerah Rindu - Selamat Hari Ibu

(Entry ni emosional skit ye)

Lebih kurang sudah sebulan lebih ibu bapa mertua ku pulang ke Tanahair. Seronok bila mereka ada. Alhamdulillah segala perancangan kami utk mereka berjalan lancar. walaupun aku dan suami tetap sibuk bekerja tp kehadiran mereka sangat menyenang kan dan memudahkan kerja2 rutin ku. Setiap hari seawal pagi, mak bangun lebih awal masakkan sarapan dibantu abah, kemudian menghantar kami ke pintu dan melambai2 tangan sehingga kami hilang dr pandangan. pulang dari kerja pun mak dan abah dengan mesra menyambut kami beserta masakan air tangan mak yg siap tersedia.

Mak dan abah sewaktu bercuti di Safari Camp

Begitu juga bila mak tertinggal kueh tart nenas yg dibuat mak khas utk kami. Mak buat sendiri sekali lagi berbalang2 walaupun tiada acuan dan itulah makanan yg akan ku sentuh dulu setiap kali pulang dari kerja sehingga ke hari ini.
Hari pertama mak abah pulang ke malaysia, masih terbayang2 di mata mak berlegar2 di dapur, teringat abah menyambut kami riuh dengan suara dr kaca tv dan aku akan terus ke dapur utk melihat surprise masakan mak hari itu. mungkin terlalu rindu dengan keriuhan dan rasa penghargaan itu, aku terus peluk abang dan menangis membuang rindu terhadap mereka.
Aku akui sejak mereka datang, terasa seperti ada perasaan indah penuhi hari2 rutinku. mmg rasa inilah yg selama ini aku rindu..rasa kasih seorang ibu yg tidak pernah lelah melayan kehendak anak2. rasa sayang itulah yg membangunkannya seawal pagi utk sarapan anak ke sekolah, yg sabar menyuap anak yg hanya mahu bermain, memasak makanan kegemaran anaknya yg baru pulang dari asrama setelah lama tidak ketemu, yang tidak boleh lelap dikala risau memikirkan khabar anak yg berjauhan, yang sanggup menggadaikan apa sahaja hatta nyawanya sekalipun demi anak menyambung hidup..
Melihat kerenah mak kadang2 membuatku terkenang akan arwah mama. raut wajah nya yang turut tumpah ke wajahku sentiasa mengingatkan aku dari rahim siapa aku dilahirkan. Sungguh singkat masa bersama dengannya. tidak sempat dia berkongsi saat2 kejayaan ku, tidak sempat dia melihat pernikahanku, tidak sempat melihat menantu dan cucu yg comel2 semua, dan tidak sempat ku lafazkan betapa kasihnya aku kepadanya..

Dalam pangkuan Mama

Namun aku akur ketentuan Mu wahai Allah..dan aku bersyukur kepada Mu kerana setelah lama cinta itu pergi, kau datangkan ia kembali kepadaku..
Hargailah ibu..Selamat Hari Ibu..