Saturday, October 07, 2017
I am not weak
Monday, September 18, 2017
Hopital Visit HKL Pertama Kali
Wednesday, September 13, 2017
Resepi Nasi Ayam Terbaik
πΊResepi Nasi Ayam Mak TamππππΊ
Sukatan sila agak sendiri π¬
Nasi:
1. Cair kan minyak sapi.
2. Tumis bahan kisar (bwg putih, bwg merah, halia) bersama bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Masukkan air kosong bersama susu sejat ideal. Sukatan kalau nasi 6 cawan; air 6.5 cawan, susu ideal 1 cawan. Guna beras siam lebih sedap. Kalau nasi 3 cawan ; air 4 cwn, susu ideal setgh cwn. Susu tkleh banyak nanti muak dan nasi cepat basi. Total air campur susu mesti lebih secawan stgh dr beras.
4. Bila mendidih masukkan beras yg dah dibasuh dan sejat.
5. Tambah garam. Sekali sekala kena kacau sampai nasi masak.
Ayam:
1. Perap ayam dengan bahan kisar (bawang putih, bwg merah) kicap pekat dan cair, sos tiram, pati ayam, garam, cuka, olive oil.
2. Bakar dalm oven suhu 200degC.
3. Dah masak, perah asam limau.
Sambal:
1. Blend cili hidup, cili padi, seulas bwg putih, sos cili, cuka, gula dan secubit garam. Pastikan hasil kisar pekat.
2. Perah air limau.
Sup:
1. Rebus seketul atau dua kepak ayam bersama halia dan bwg putih ketuk.
2. Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
3. Hidang bersama daun sup, bwg thai goreng.
Kicap:
1. Goreng bawang thai dan tumbuk.
2. Panaskan sedikit sup.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan bwg goreng tumbuk.
Salad:
1. Hiris tomato, timun dan hidang bersama salad.
Monday, September 11, 2017
Omega 3: Kisah Sembelit Irfan dan Rawatan
![]() |
| Chewable Vitamin C PLus |
Friday, September 08, 2017
Jeling-jeling, Rupa-rupanya Matanya Kabur
Monday, February 06, 2017
What Is VIVIX
Wednesday, January 11, 2017
RAWAT STROKE DENGAN VIVIX
Tuesday, December 27, 2016
Perbaiki Tubuh dengan Anti oksidan dan Kolagen
SIAPAKAH PENCIPTA VIVIX??
Monday, December 12, 2016
Apa itu collagen
Tuesday, December 06, 2016
Kasih nya Adik
Friday, October 14, 2016
Omega Guard
Kalau anda sedang buntu nk hadiahkan apa untuk suami dan anak2 yang tak suka makan IKAN (ish ish) suka sangat makan lemak2, manis2, TAK SUKA MAKAN SAYUR, exercise pon depan tv je, mungkin inilah yang paling wajib anda hadiahkan kepada beliau. Yelah tak masak masakan kegemaran dia nanti dia tak lalu makan pulak. Jadi kita seimbangkan lah gizi makanan dengan khasiat minyak ikan yang berkualiti tinggi oleh Mr. Omega Guard yg ohsem ni.
Sendawa pon tak bau minyak ikan tau sebab Omega Guard ni tak macam jenama lain yang lebih byk lemak ikan tetapi Omega Guard ni mengandungi lebih byk omega-3 berbanding lemak ikan.
Nak tau apa khasiat omega-3 utk tubuh badan kita? Nanti saya cerita atau pm je saya terus.
Jangan tunggu lagi. Promo Mr ohsem ni hanya untuk bulan ni sahaja. Dijamin selamat dan HALAL.
Thursday, August 25, 2016
Testimoni Vitamin C SR: Hilangkan Jerawat
Jadi kalau ada masalah kulit atau nk menten kulit cantik berseri, mulakanlah dengan pengambilan vit c dengan dos yg tepat. Kalau setakat minimum dos mungkin tk ckup nk repair sakit2 dalaman tu.
Banyak lagi kebaikan vitamin c ni blh rujuk tulisan dr zubaidi di atas ini. Kalau anda tk pernah ambil supplemen, apa kata mulakan dengan vitamin c. Sebab itulah yg paling diperlukan badan anda ketika ini untuk kekal sihat insyaAllah. Dan jenis sustained release adalah yang terbaik kerana vitamin c ni akan digunakan dengan lebih optimum berbanding vitamin c biasa.
Whatsapp 0133018189
#imashaklee
Khas Buat Anakanda Irfan Hariss
****************
Duhai yang pertama lahir dari rahimku
Yang pertama mengajar aku menjadi ibu
Yang pertama mengubah lena malamku
Yang pertama buat ku risau kdg seperti melayang nyawa
Yang pertama memanggil ku Mama
Yang pertama ku dengar suara kecil menyanyi negaraku
Yang pertama ku lihat tubuh kecil mengibar bendera besar negaranya
Yang pertama ku lihat terlalu minat kan menara berpuncak langit
Kerana dia, aku belajar erti sabar yg tak bertepi
Kerana tangisan malamnya aku dapat bgun mencari redhaMu
Kerana gelak tawanya aku segera hilang rasa duka dan hiba
Kerana dia aku lebihkan doa dan amalan supaya Kau jaga dia
Kerana dia hidupku indah penuh warna warni
Kerana dia aku rasa lebih disayangi lagi
Kau jagalah dia dan jadikan lah dia hambaMu yg berjiwa besar, berjaya di dunia dan ahli syurga di akhirat yg abadi.
Selamat hari lahir anakanda ku Irfan Hariss.
Cinta dan kasih Mama takkan pernah pudar untuk mu.
Monday, August 22, 2016
Testimoni Vivix Untuk Merawat Tulang yg Patah
Hari ni nak share testimoni baik punya dari kisah keluarga saya sendiri.
Alkisah bulan lepas, ibu mertua saya jatuh terduduk sewktu sedang mengemop lantai di rumahnya. Dia mengadu sakit di bahagian punggung sampai melarat sakit urat dan sengal2 badan. Risau dengan keadaan mak, saya bawa mak ke klinik utk xray dan didapati tulang hujung di pinggul mak rupanya dah patah π’π₯
Alhamdulillah hari demi hari mak makin pulih. Dan selepas 2 minggu mak kata dah hilang rasa sakit ! Syukur sangat mak dah kembali sihat dan cergas π
Bukan sahaja saya dah pelajari khasiat vivix melalui ramuan antioksida yg tinggi yg boleh melindungi organ dan membina sel2 badan kita, malah saya dah lihat sendiri keberkesanan vivix.
Jadi tak salah mencuba kan, kerana vivix selamat, halal dan insyaAllah berkesan.
#imashaklee 0133018189
Tuesday, February 16, 2016
Irfan's first school
Rindunya pd ruangan new post ni. Alhamdulillah dan insyaAllah sempat aku coretkan kisah hidup walau secebis.
Kali terakhir aku post pasal minat irfan hariss. Sedar tk sedar tahun ni dia da mula masuk sekolah. Irfan insyaAllah akan menginjak 5 tahun ogos nanti. Skrg ni da mcm wajib dah bg anak sekolah 5 thn. Risau jg tkut tk terkejar arus pendidikan skrg yg semua nk cepat pandai. Selain tu blh la irfan belajar bergaul.
Alhamdulillah setakat ni irfan sgt suka pergi sekolah. Tiap2 hari nk try baju sekolah sambil puji sendiri cantik hehe. Samela mak nya dulu pon. Harapan mama same saja mcm ibu2 lain semoga anak2 mama pandai jg diri, digolongkan bersama kawan2 yg baik2, rajin memuntut ilmu dan sentiasa berakhlak baik. InsyaAllah.
Monday, February 15, 2016
Suri Rumah tangga
Assalamualaikum.
ketika ni anak2 sedang beradu..aku pon baru sempat isi perut sendiri. tunggu perut meraung2 baru terkial2 panaskan makanan hehe. makan dengan budak2 kecil ni banyak cabaran. kalau bernasib baik mereka behave je..kalau tak kena angin..tk smpai 5 minit mula nk bergaduh..adik mula tarik kaki mama ataupon bergaduh kejar2 naik belakang mama habis mama pon berjaga2 takut tumpah hbis makanan. sudahnya tunggulah anak tdo dulu baru mama boleh start buat kerja rumah and kerja perut hehe. sabor je lah.
lebih kurang macam tu lah rutin aku setiap hari..sejak dah bergelar suri rumah sepenuh masa ni. Alhamdulillah disebalik kekecohan tu semua..aku merasa nikmatnya dapat menjaga anak2 dengan tangan sendiri. nikmatnya merasa belaian mereka yg sentiasa rindukan kita..mahu berdamping dengan kita..mengekori kita kemana2..menjadi peneman di setiap saat. itulah nikmat yg Allah berikan kepadaku yg harus aku sentiasa syukuri..walaupon jika mahu dilihat banyk juga kekurangan dari segi kewangan ku sndiri, keperluan social utk bergaul seperti waktu bekerja dulu. tp aku mahu melihat pada yg baik2 sahaja semoga Allah meletakkan kita dalam golongan orang2 yg beruntung.
Alamak Irfan da nangis dah..Imran dah dtg sengeh2..adios utk menjalankan tugas hehe..
![]() |
| my two companions |
Tuesday, December 24, 2013
Irfan and His Obsession
ops terlepas sudaa..hehe aku sekrang sedang mengandungkan zuriat kedua yg kini da berusia 6 bulan. terasa cepat sangat ms berlalu. tak sabar rasanya nk dapatkan adik untuk Irfan. Alhamdulillah kandungan kali ni baik2 je dan diharapkan baby lahir dengan selamat sepertimana kelahiran anak sulung ku dulu. InsyaAllah.
Kawan2 doakan ye :)
![]() |
| Mak buyung at 6 month pregnancy |
Irfan Hariss pula sekarang da menginjak ke umur 2 tahun 4 bulan. Haish banyak sungguh keletah si bakal abang ni. Tak jemu mama n baba melayan. Di umur 2 tahun ni, Irfan dan boleh bercakap dengan lancar. Perkataan yg disebut pon kebanyakan jelas dan tak pelat. Dia boleh faham arahan atau soalan dan respon dengan baik. And the most amazing thing is ingatan irfan yang sangat kuat. betullah org kata otak kanak2 ni ibarat span. everything we say, his brain will absorb n keep it. and since Irfan sgt suka educational stuff and loooove singing, he now can recognize alphabets, colours, Alif ba ta, numbers and even flags of the world!
![]() |
| Mama and Irfan :) |
![]() |
| Irfan dan Bendera |
Kadang2 sampaikan nk tido pon kena selimutkan dia dengan bendera. Every time nk tukar baju, he will look for baju bendera first. Tak dpt pakai (sebb kotor or belum kering), dapat sarung kt tengkuk pon jadilah. At one period, everyday my MIL has to bring him to watch bendera kt sekolah tepi rumah. Kalau tak, dia akan keep asking smpai kesian dibuatnya. One day, my mil used to call me at work just to inform that dia skrg tgh bawa irfan tgk bendera kat sekolah tu di waktu tgh hari buta panas terik because he insisted! dalam hujan pun pernah sambil berpayung lah jawab nya. haishh nasib ko ni cucu kesayangan. and banyak lagilah adegan2 irfan dan bendera.
![]() |
| Everywhere we go, janji kena ada bendera hehe |
Cuma one thing yg buat aku betul2 risau tentang irfan. He doesnt realy like eating! Waktu makan adalah waktu yang paling mencabar kesabaran. Adakala nk menangis pon ade sebb too stress (over la plak maknye). As a result, he doesnt gain much weight. dok berat tuuuu je dr tahun lepas. I've tried giving him supplements but it's working only for sometimes. Heran juga, blh plak dia kemam je nasi dalam mulut and at one point luah balik. Tade rasa nk telan ke?? Irfan hanya makan betul2 dalam 4,5 suapan je. pastu mintak air/susu. Hmm makan banyak2 la nak..risau mama. syukur la irfan dijaga oleh nenek2 yg penyabar bangat. klu kena hantar nursery, bertambah risau la mama. Tp ade gak time irfan senang je makan. He's not a picky eater. He basically eats everything kecuali yg pedas..cuma not as much as other kid does. Rasa syukur sangat bila time irfan nk makan banyak. Semoga Irfan membesar dengan sihat dan sempurna.
![]() |
| My little Boy |
Kalau boleh, I want to jot down everything about Irfan. He is growing up so fast and I feel so blessed having him. Thank you Allah for this little precious You have brought into our lives :)
Monday, July 29, 2013
Pahala Ramadhan Milik Allah
Alhamdulillah akhirnya kita sampai di 10 malam terakhir Ramadhan yang barakah ni. Terdetik utk membuat sedikit perkongsian yg aku dengar di Ikim.fm oleh seorg Ustaz dan beberapa org Ustazah (tp tak ingat nama ape). Ianya berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan yang selama ini aku tak pernah tahu. Alhamdulillah dengan masa yg terhad, Allah telah memberi aku peluang untuk mendapat tahu keistimewaan Ramadhan yg insyaAllah aku akan cuba kongsi sebaiknya dengan korang kt sini.
Pernah dengar tak tentang Kafarah dosa? Telah dikatakan apabila di Padang Mahsyar nanti..maka akan diberikan buku amalan kepada setiap manusia mcm buku rekod yg tulis segala amalan2 kita semasa di dunia. Pada waktu tu terbentanglah pahala2 dan dosa2 yg telah dilakukan. Beruntung lah orang2 yg melakukan amalan2 yg baik. sudah tentu banyaklah pahala yg tercatit di dalam buku rekod tersebut. adapun rugi dan menyesal yang tak terkata buat mereka yang di dalam buku amalannya lebih banyak dosa dr pahala. Tp apakan daya, hidup yg penuh dengan peluang dan rahmat Allah telah pun tersia2..tiada apa lagi yg blh dilakukan untuk mengumpul pahala dan utk menebus dosa2 yg bakal menjadi tiket neraka. (cewah masuk syarahan blh menang ni hehe)
Tapi nanti dulu...haa masa ni la dikatakan manusia blh menuntut pahala daripada manusia yg penah berbuat jahat/zalim/tidak berlaku adil terhadap mereka. Dan org yg diminta pahala ini, jika benar dia pernah berlaku kejam/zalim/tidak adil kepada peminta pahala ni, tidak boleh tidak, terpaksa la dia bagi pahalanya setimpal dengan kejahatan yg pernah dilakukan. Maknanya..walaupun kita di padang mahsyar nanti tersenyum bangga tgk buku amalan yg penuh tercatit pahala, jgn syok sangat kot2 kita sebenarnya ada banyak berbuat dosa yang orang belum lg tuntut kat kita. Entah2 habis pahala kita dikebas orang. Maka waktu ini, tak kiralah kepada siapa pun orangnya, samada kepada ibu kita, ayah kita, suami atau isteri kita, adik beradik, kawan kawan hatta anak anak kita dan sesiapa pun, setiap manusia akan menuntut pahala kafarah kepada org yg pernah menganiayai mereka. Lantakla korang sape..janji aku dpt kumpul pahala..tak cukup pahala nanti kena masuk neraka pulak kan..lebih kurang camtula perumpamaannya. Begitulah kasih sayang Allah terhadap orang yg teraniaya, sampai di padang mahsyar nt pun blh tuntut pahala.
Then, ape kena mengena pulak dengan bulan Ramadhan? Sinonimnya bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah melipatgandakan pahala bagi setiap ibadah dan amalan baik. Malah yg lebih bestnya..pahala2 yg terkumpul di bulan Ramadhan ni sebenarnya adalah milik Allah SAHAJA. Inilah pahala yang tidak boleh dijadikan kafarah dan tidak boleh dituntut di Padang Mahsyar kelak kerana pahala tersebut hanya untuk Allah. Nah, pahala2 inilah sebenar-benarnya penyelamat kita di waktu pahala2 lain kita habis dituntut sebagai kafarah dosa2 kita. Betapa besarnya rahmat Allah dibulan Ramadhan ni. Demi menguntungkan hamba2 nya yang walaupun banyak dosa, bukan sahaja dosa2 kita diampunkan dan doa2 kita dimakbulkan, malah diberi peluang utk melipatgandakan lagi akaun 'fixed deposit' kita di akhirat nanti. Jadi nikmat Allah yg mana lgi yang kita nak nafikan?
Jadi, marilah kita ambil peluang yg dah bertahun2 kita dapat ni, yang mungkin sebelum2 ni kita dah sia2kan, utk menambahkan ibadah dan amalan kita. Selain amalan fardu dan baca Quran, banyakkanlah bersedekah walaupun sedikit sedikit..insyaAllah berkat. Inilah antara amalan Nabi kita yg paling banyak di bulan Ramadhan.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang kebenaran ini dan semoga korang dapat manfaat daripada perkongsian ni. Selamat mencari LailatulQadar dan mendapat manfaat darinya..ameen..
Tuesday, July 09, 2013
23-month-old IRFAN
Anak mama da masuk 23 bulan. InsyaAllah sebulan lg bertambah setahun lg usia Irfan. Sejak setahun 6 bulan Irfan da mula berjalan..seharian tak mau merangkak langsung. dah tu tak mau jalan slow2..memang mcm nk lari je. seronok kemain dah 'dapat kaki'. Skarang bukan main ligat dia berlari..aku tawakkal aje lah mohon dia tak jatuh especially time dia dok panjat memanjat tu. Nak kejar selalu pun mana larat. Lgpun panjat memanjat ni is good to improve his motor skill. Skrg Irfan da blh naek tangga dengan konfidennye sampai atas..cuma turun tu, kalau tade pemegang tangga mmg aku tak berapa harap. TAPI kalau tangga lipat tu mmg da blh panjat sampai yg paling atas dah..aku siap gegar2 kan tangga tu nk suh dia turun, dia sengeeh je tak takott..haishh..
Dari segi percakapan, Irfan dan boleh sebut most of the word yg kita ajar..and he remembered all! I can understand almost 90% of what dia dok bebel2. Kadang2 bila aku panggil en suami, dia pun sama naik panggil "abaaang". Mungkin sebb dia cepat cakap tu yg lambat berjalan kot. Every nite after dinner aku akan spent masa ajar mcm2. You tube pun banyak membantu. Irfan paling suka tgk alphabet train atau ape2 yg sebut satu2 instead of lagu. Bagi aku lagu mmg menarik tp agak laju utk dia tangkap n kenal each alphabet. Now Irfan dah kenal semua huruf tp still learning to sebut huruf S and F. Guess what is his favourite alphabet?? it is DOUBLE YOUUUU..haha Seronok bila Irfan da kenal alphabet..sebb huruf2 ni ada di mana saja..he will be excited everytime he saw them, tak kira di mana saja ; di plastik, di signage jalan, di plate kete, di botol kicap. semalam tergelak besar kitorang bila tiba2 dia cakap..betul betul betul!! haha pengaruh upim ipin le ni..
For numbers, Irfan da kenal and blh sebut from 1 to ten both in Malay and English. Disebbkan irfan cukup suka turun naik tangga, so aku gunakan waktu escort dia utk kira anak tangga. Eventhough ms tu dia msih tak blh cakp, tp dia sebenrnya ingat setiap turutan yg disebut. skrg sejak da petah ni, bila naik tangga je, otomatik dia kira sendiri anak tangga tu sampai sepuloh and ulang lagi.
Sekrg dlm process belaja Alif ba ta..since takde you tube alif bata train (i wish someone can create it), aku ajar guna kaedah flash card and also puzzle. It works but lambat sikit compare ngn video animation.lagipun tau2 la bila guna flash card or puzzle ni, di konyok2, digulung, di baling2 sesuka hati. Alhamdulillah, Irfan da kenal most of the words and ape gambar kt flashcard tu. Paling dia minat huruf Ta dengan gamba terung..and because of that..kad Ta lah yg paling teruk di 'belasah' Irfan.sampai da berlubang kt tgh2 kena lipat and gigit. Bila nampak kotak flash card or puzzle tu, mesti dia tabur semua then cari huruf Ta je. Jenuh mama kena kutip and simpan 7,8 kali sehari.
Other than that, he can also recognize basic colours. Waktu suap dia makan, aku biarkan dia leka main dengan cawan ikea yg ada mcm2 kaler. Sambil2 tu I kept repeating the colour for each cawan eventhough dia seemed to not pay attention pun. Now, since he started talking, Irfan can easily tell every colour..Hehe comel je dia sebut. Hebatnya Allah yg menjadikan manusia drpd lemah dan tidak tahu kepada berakal dan berkuasa.
Cuma skrg Irfan da mula nangis2 every time hantar dia umah mil before going to work. I know it is just for a while, kang dia masuk rumah tgk cat or main lego, dia dah lupa. but still, to look at him crying to follow me, just really breaks my heart :( But then to watch him running towards me and calling me "Mama balik dah" everytime I arrived home feels like blessing in disguise. I guess every mom sure feels that :).
Alhamdulillah, watching Irfan grows each day makes our life more exciting and meaningful. Semoga dia sentiasa sihat dan ceria..dan terus menceriakan kami :)















