Saturday, February 02, 2013

Family Gathering 2013

Kali ni nk citer pasal famili day yg baru saje berlangsung hujung minggu lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan location kali ni adalah sangat best sebb ada water park. mmg sesuai sangat la utk event famili day. it all started when kak yah saw groupon deal for Bayou Lagoon resort in Melaka. Sepantas kilat dia suh aku beli dan terus set date for next family gathering. Sementara semua org tgh kayo hasil bunus hujung tahun especially yg keje gomen tu, mmg elok sangat la mengepow diorang time ni. Memandangkan kitorang ni ramai, so i booked 2 units of 3 bedroom apartments and 1 studio for 2 nights. aku tukang book je, yg bayar kak yah hehe. yg bestnya dpt breakfast and free entrance to water park sekali. mmg tak sabar sungguh daku menanti saat itu.

So on that day, 26th Jan, aku yg terawal sampai hotel since booking atas nama aku.boleh la aku pilih bilik paling best hik hik. bilik sangat ok sebb hotel ni baru je beroperasi 5 bulan. everything still in good condition and bilik yg dpt pun best sebb tak mengadap water park so expected tak bising.
sementara tunggu orang lain sampai, abg sempat rasmi water park dengan irfan. water park tu tak besar sangat. ada beberapa slides, air pun paling dalm takat peha aku. kalau main sorang2 mmg cepat bosan. irfan pulak bukan main semangat dia nk main air, tp baru cecah kaki dah menangis2 nk naik mungkin sebb air sejuk sangat.tp kitorang paksa gak dia mandi hehe.
Around 6pm, everyone arrived safely and checked in. Malam tu, Kak Ani was holding makan2 at her new homesweethome so kami pun berjemaah ke rumah dia yg hanya sekangkang kera dr hotel. Rumah kak Ani sangat kemas dan teratur. everything was in place and well kept. Mmg seperti yg dijangkalah. Zaman membesar sama2 dulu, kalau ada Kak Ani, maka berbahagialah org dalm rumah sebb rumah otomatik jd kemas dan makanan pun tersedia.
Makanan malam tu mmg superb. ada ikan paten masak tempoyak, daging rendang, ayamas, ulam dan sambal yg semuanya memikat selera. tambahan makan beramai2 dengan keluarga yg jarang berjumpa. bertambah2 la kan. lepas da kenyang sambung pulak berjemaah tgk cerekarama 'Anak sampah'. Ha time ni ramai la yg jadik pengomen cerita dengan expected ending yg macam2. sambil2 tu adala selingan drama dari anak2 sedara dengan celoteh comel depa. Around 11 (tak sempat tgk ending cerita), semua da mata kuyu sebb kenyang dan masing2 beransur pulang utk rehat.

The next day, we ols beramai2 turun breakfast. Hotel guess adalah sangat ramai sampaikan meja makan pun hotel staff tak sempat nk kemaskan. Mujur makanan sedap dan cukup. budak2 mmg da tak sabar nk main air. kalau boleh tak makan pun takpa. So activity pagi tu semua masuk zone kanak2 riang termasuk lah papa main air tak ingat donia haha. This when things get so exciting. Kitorang beramai2 naik slide. Yang baby dengan aksi comel dan riang main air. Walaupun the water park was not that big, but the joy filled around us made it seem bigger :)
Mandi manda
 Tgh hari tu lunch di taja oleh Ican. Macam2 ada dengan tema Penyet. Ayam ada, ikan keli sorang dua ekor, sotong ada. Sayur je yg takde. Sambil makan we ols discuss about next event. Finally, semua agreed utk ber BBQ di tepi pantai klebang nan indah.

At 6 pm everybody left the hotel. Jalan agak jem (biasala melaka) mujur abang guna Waze penyelamat keadaan. dalam 45 minit gak baru sampai pantai. sekali baru je nk landing kt tepian pantai, dapat panggilan tepon dr Nani " Kak Ani, Nani kt hotel ni, tertido td wuuuuuu patah balekkk amek nani!!" Rupanya ada yg tercicir kt belakang and no one had realized! da la kena bergelap sebb tade kunci (power card), mmg kena bahan baek punya la pasni hahaha. Semua da macam errr tak sanggup nk redah jem patah balik. Last2 Abg Mer dengan baik hati setuju nk gi amek Nani. And guess what, sampai ke sudah depa semua tak join sebb stuck in the traffic and arrived hotel only after 2 hours! ish ish sedey gak diorang tak dpt join since Dik Mer yg tukang sponsor BBQ n Nani pulak tukang marinate. Tp nk buek camno takdek rezki join kami membelasah hasil BBQ yg lazat2 belaka. Tengok gamba jer lah.
Irfan sangat bahagia dapat main pasir. Apatah lagi ade geng mengorek sekali. We played few basic games macam tiup belon sampai pecah, lumba lari amik jelly for kids and infants (Irfan menang yay!) and baling belon berair for adults. Papa awal2 lagi da terjun pantai. We BBQed until after sundown. Tempat BBq mmg cun sebb kami pilih tempat yg ada lampu supaya malam tak bergelap plus leh mengadap pantai while watching the sunset. The moon that night was so beautiful. As beautiful as the memories we had that night. Subhanallah..

Akhirnya tiba hari yg terakhir tp tak kurang pentingnya. Pagi kami berjemaah subuh dan dengar kuliah subuh given by Papa. This time he talked about to be a better muslim by giving benefits to others. He told us the story of how he was so determined to become a doctor to help his family who always fall sick and Allah opened the path for him. He was chosen among hundreds of candidates to further studies in Dublin. He was scared when he heard rumours about Islam there, and not knowing any people but still, he pursued for his dream. Who knows, Allah gave him strength and morale to enhance Islam and did dakwah together with other muslimin there. He met and married Mama there. Akhirnya Papa berjaya pulang with his dream came true. He first started his houseman in Kelantan. Only after becoming an MO, he had time to continue his perjuangan Islam.  Not only he treated poor people, he even visited them and studied their hard life. With this conscious thought to those people, he joined ABIM and started doing collection, organized kutipan derma which I think everyone agrees that it was not an easy job. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Till now he and his team had succesfully build severals Rumah Anak Yatim which each of them could cost Billions. Pastinya perjuangan Papa untuk Islam takkan berakhir bertepatan dengan moto hidup Papa, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain". Harapan papa semoga anak2 pun dapat meneruskan perjuangan papa, to have full determination of every good things we want to do and of course always seek for Allah's help and for that we must always jaga hubungan baik dengan Allah. Papa juga ajarkan doa dr Al Quran untuk pohon pasangan dan zuriat yg baik iatu:
 
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Itulah papa yg tak pernah jemu menasihati kami.

That day was 28th Jan which was Papa's 65th birthday. Maka haruslah ada sambutan yg hangat seperti tahun2 sebelumnya. Kali ni Abg Nas sponsor Kek (haruslah secret recipe) yang yummeh di samping jadi photographer rasmi. See, semua orang pun kena pow kecuali yg diraikan. Kami beramai2 nyanyi lagu Happy Birthday untuk papa, satu2 nya bapa kandung kami yg tiada ganti. Kali ni, papa kena bg ucapan lepas tu kak Yah pulak kena pointed bagi ucapan wakil untuk kami semua hehe cepat je mata dia berair sebb sebak. Dan acara terakhir sebelum semua kembali terjun kolam, adalah acara penyampaian hadiah yg di sponsor oleh kak yah, kak ani dan aku (eh aku pun kena pow gak!). Budak2 la paling syiok sebb paling banyak dpt hadiah.
The Celebration
I would say famili day kali ni paling best. tempat yg best, aktiviti yg best, makanan best dan bukan senang utk cilok papa utk 2 malam hokey. He's a super busy man. Alhamdulillah Allah beri peluang utk kami berkumpul mengeratkan tali silaturrahim. Walaupun tak semua dapat join, famili kak cah di UK, Ijah di Mesir yg sakan bercuti di Turki skrg ni, and Adek Asiah yg skrang bersengkang mata nak exam, aku harap there will be other time that we can get together again and semoga Allah permudahkan impian ini sepertimana Dia permudahkan event kali ni. InsyaAllah..   

Thursday, January 10, 2013

Irfan lagi @ 17 months

Tergerak pulak jari nk menaip hari ni. Selama ni agak sibuk memindah ofis.da elok2 pindah atas..nk suh pindah bawah pulak...kt rumah pulak tak habis2 dengan urusan kain dan anak. klu tak sibuk kt ofis adalah ms terbaik utk qada' tdo hehe.maklumlah dah jadik mak ni paham2 la mn blh tdo nyenyak kt rumah..nk berdengkur pun tak sempat..phewww..

Rasanya tak berape nk ada modal, jd aku just hapdet perihal anak teruna manja yg seorang tu lah..konfem modal tak kan habis hehe..

Sekrang alhamdulillah terasa cepat sangat Irfan membesar. Paling seronok sekrg da blh beriteraksi dengan Irfan..walaupun tatau ape benda yg disebut tp gaya badan dan perkataan2 yg disebut makin jelas utk difahami. Beberapa milestones Irfan setakat ni:

  • Mulut riuh. da boleh sebut macam2, yg terbaru blh sebut katak, fish, cat, getah. sangat suka sebut sebutan B..mcam abah, baba, abuuu, baby..especially ketika membebel sorang2..
  • Sangat suka panjat tangga. aku pernah layan dia naik turun tangga. sampai berpeluh2 aku teman dia naik turun tangga..akhirnya si mak yg surrender. skill terbaru, dengan selambanya dia panjat tangga lipat tu sampai tangga kedua teratas nk capai kipas siling. cuma yg risau nya bila dia nk turun la..walaupun dia sangat konfiden turun mcm org besar dan gaya pun sgt berhati2..tp aku mmg tak haraplaa...
  • Faham certain arahan dan perbuatan dan blh link dengan benda lain. contohnya bila suh bukak baju..dia akan tarik baju dia.bila cakp jom mandi..dia akan pegi toilet smbil cakp buih, buih. irfan setiap kali mandi, akan berendam dalam buih. time tu dia buat hal sendiri la sambil aku pon leh buat keje lain sekjap. contoh lain, bila suh amik kan apa2 pun dia akan gi amik. provided dia tahu la ape benda yg nak di ambil contoh baju ke, bantal ke, susu ke. bila makanan habis dia akan cakp habissss. bila nampak teksi..dia akan panggil abah (tok abah bawak teksi). bila kereta berhenti, dia mesti nk pegi dengan baba and tarik handle pintu suh kluar. bila suh amin, dia akan salam cium tangan. bila suh wash your hand, dia hulur tangan dia kanan lepas tu kiri untuk dibasuh. Sblum makan, angkat tangan baca doa dulu. lepas kami sembahyang pun sama. pandai on/off radio dan adjust volume dan suka tekan button emergency kereta..hadoii.
  • Sangat suka dengan buku dan lagu. klu kecik2 dulu habis buku2 digigit sampai lebu sekrg Irfan da boleh kenal gambar2 dalam buku. dia agak tak berminat dengan flashcard. dilipat2 lagi adalah. paling suka buku tentang animal. setakat ni irfan da kenal cat, dog, monkey, snake, fish, elephant, katak, tupai, bird. bila aku sebut tiger or lion, irfan akan buat suara 'aaaaaaummm' dengan garau sekali. paling dia suka adalah fish..dan paling dia tak baper layan adalah bird..tatau la nape..klu lagu pulak, pntang dengar muzik, sambil tido pun blh gerak2 kan tangan ikut rentak. klu dengar lagu satu malaysia kt tv dr jauh lgi dia dtg nk tgk gamba bendera sambil joget2. tp joget gerak tangan je badan still keras huhu. skrg ni pntang tgk laptop aku plak, merengek2 suh bukak youtube lagu alif ba ta 4,5 kali ulang..sampaikan esoknya mama baba pegi keje pun dok terngiang2 lagu tu lagi..
  • Gigi da sepoloh batang! Time gigi nk menumbuh ni la dia sangat suka menggigit. kadang bila tade benda nk gigit, di kapitnya gigi tu kuat2 sampai bergesel2.aku da baper kali jadik mangsa gigitan.habis lebam2 bahu. bab gosok gigi klu tak kena gaya mmg dia marah sungguh. langsung tak nak bukak mulut pastu geleng laju2. so bila dpt peluang dia nk bukak mulut, aku kena cepat2 berus. setakat baru gigi depan ni boleh la cepat2, kang da tumbuh gigi geraham nanti tatau la.

Ada banyak lagi tp tkleh recall semua sebb makin aku tulis makin rindu kt si kecik tu..and rasa tak sabar2 nk balik jumpa Irfan. Setakat ni Irfan masih belum boleh berdiri sendiri tp boleh berjalan beberapa langkah. Walaupun kebanyakan kawan2 irfan da blh berjalan awal, mama n baba akan sabar tunggu Irfan pula boleh berjalan. Irfan suka guna kekuda utk tolong dia berjalan pusing satu rumah sambil sebut abuuu abuu (broom broom). Alhamdulillah Irfan jarang sakit dan sentiasa ceria je. bila marah habis dicampak barang2 tp agak senang dipujuk. Yang penting, Irfan membesar dengan sempurna, mudah belajar dan dilindungi Allah dr segala bahaya dunia dan akhirat.

P/s: cubaan mengupload gamba asyik gagal je sebb kena berebut laptop ngn irfan..so terpaksa post entry dulu..gamba kemudian lah.

Thursday, November 22, 2012

Irfan @ 15 months!

Oh lamanya saye tak muncul kat sini..mesti ramai da lupakan saye. saya baru aje balik bercuti di Dungun..besssst sebb boleh mandi buih pastu mandi kolam pastu main pasir..pastu main air laut..sy kan suka main2...boring jugak kalu asyik main dalam rumah jee.thank u papa bawak sy jalan2..nanti bawak lagi ye.

Bulan ni genapla sy 15 bulan. Alhamdulillah walaupun saya masih nmpak tecik compare dengan kawan2 seusia, tapi berat saya da kembali meningkat normal. saya pun rasa da minum susu banyak lately. dlm ms 2 minggu sy boleh habiskan susu satu tin!!even tgh malam pun sy selalu bangun sambil guling2 atas bdan mama mintak susu..sampaikan pampes sy cepat basah lencun hehe. Pepun susu mama yg paling best walaupun sekrg sy dpat kadang2 aje :(

Setakat ni sy masih belum blh berjalan lagi. mama n papa selalu suh sy prektis berjalan..tp  sy belum betul2 yakin lg. Asyik terjatuh aje.tp kan saya suka berdiri dan bergerak sambil bergantung pada benda sekeliling. Dan yang paling saya pantang sekali bila sy nampak tangga...haa tak payah pegang pun sy boleh naik sampai atas dengan macho nye hehe..especially bila mama kejar sy kat belakang, lagi cepat sy panjat tangga tu sblum mama tangkap sy. Kadang2 sy eksyen nak turun tangga mcm orang besar..padahal tangga tu sama tinggi ngan kaki saya hehe sib baik mama selalu pegang bila turun..

Sekarang sy rasa saya semakin bijak la sebb saya da boleh paham dan ikut sikit2 ape yg mama ajar..mcm bila mama tunjuk bas..sy cakap bah..bila mama sebut bismillah saya sebut bissss sampai tersembur air liur..sy da kenal dan boleh sebut air, buah, buih, car, cat, gigi, main ciku cak, cakp nah bila nk bagi barang, da tahu salam cium tangan, tunjuk hair atas kepala, kenal lampu, bulan, gigi dalam mulut. haa sy suka gosok gigi. rasa sedap mcm strawberi pastu boleh gigit2 tangan mama sampai mama jerit..skrg ni ada 2 lgi gigi sy tengah tumbuh. disebabkan gatal sy selalu main2 gigi tu dengan jari. akibatnya habis lencun baju ngn air liur sy hehe nasibla sehari kena tukar baju smpai 4-5 kali. Selain tu saya sangat fasih bercakap dalam bahasa yg saya sendiri faham. mcm jeje, teghe teghe, etata..banyak lgi yg pelik2 tpi tak reti nk eja camna..

Bila makin bijak bermakna makin ligat la sy ni..lagi2 kalau sy pegi tempat baru, rasa nk explore semua benda. sorila kalau nk suh saya diam2 dalam carseat or baby chair..sy boleh bangun sendiri laa..kalau tak boleh sy jerit kuat2 ataupun buat suara sayu2 gitu sampaikan mama dan papa nk makan pun tak aman..sabo je la mama n papa layan saya. terpaksa diorang makan ikut turn sebb nk melayan big boss tecik ni.tu la sape suh makan tak ajak..takkan nk suh tgk je kan hehe

Kadang2 bila sy tak boleh buat sesuatu, tahu tak mcm mana sy buat?? sy tarik tangan mama sy la suh dia buatkan..mcm bila saya tak boleh buka bekas ke pintu ke, sy ambik tangan mama suh mama bukakkan.bila kt kedai nmpak belon or coklat, sy tarik tangan papa pulak letak kt belon tu..yg penting buat muka comel, baru boleh paw hehe

Apepun sy rasa bertuah sgt sebb di jaga dan di sayangi oleh semua orang. bila papa n mama pegi kerja..mak lang, tok mak, tok abah selalu temankan saya dan bawak sy jalan2. terima kasih semua sebb walaupun letih melayan saya yg ligat ni, tp sy tetap di jaga dengan baik dan penuh kasih syg..saya pun sayang semua..

klah kawan2..saya nk kembali meligat ni..doakan sy membesar dengan sihat! bai bai

Thursday, November 08, 2012

Kisah Sakit Anak Beranak


Sejak sebulan lepas kitorang anak beranak diduga jatuh sakit berselang seli. Demamlah, ceri beri lah, muntah2..blh kata hampir tiap2 minggu aku amik MC..samada utk jg irfan ataupun aku sendiri yg sakit.

Tp yg paling sadis sekali mestila bila anak ku yg kecil itew jatuh sakit. sedih je tgk dia lemah tak bermaya. tetibe je anak aku muntah-muntah. waktu tu kami on the way nk bersantap di johnys memndangkan adik iparku bermurah hati nk belanja keluarga dengan gaji baru.oleh sebb semua da menunggu n kami pun da nak sampai..aku angkut jugakla irfan yg masa tu da muntah 2 kali dalm kereta..dengan aku2 sekali mandi muntah dia huhu. mujur muntah tu susu yg dia baru minum so tak berbau busuk pun. sian Irfan, tak senang kami dinner malam tu walaupun Johny's ni all time favourite my in laws.

Sebab teramat risau keadaan Irfan yg tetibe muntah dan lesu, aku n husband terus bergegas gi KPJ unit kecemasan. menangis2 aku dlm kete sambil susukan irfan..tau dia msti lapar. dah sampai hospital, sekali tgh2 register sblum jumpe doc, uweek habis muntah keluar balik. aku syak mesti ade bakteria jahat bermaharajalela dlm perut dia ni. yg herannye lepas muntah tetibe aktif sekjap dengan panjat2 katil hospital..lega aku sekjap.

Lepas checkup doc suspect keracunan makanan dan bagi macm2 ubat termasukla probiotic iaitu bakteria baik utk lawan bakteria2 jahat dlm badan. doc pesan kena banyakkan minum air garam utk kembalikan mineral2 yg hilang lepas muntah.

oleh sebb aku nk mintak mc, the next day aku sekali lagi bawak irfan jumpe doc kt klinik seblh rumah. keadaan irfan masih lgi lemah ms tu..dia tak makan langsung..hanya minum air garam electrolit tu je. even aku pksa dia makan pun dia akan muntah balik. mmg aku pun buntu tatau nk buat ape..

mujur doc yg aku jumpe kt klinik tu explain sedikit sebnyak pasal kes Irfan ni. menurut doc tu, ada kuman dlm usus yg mungkin disebbkan oleh air or makanan kotor. seeloknya dlm fasa ni, bg makan bubur nasi kosong je dan minum air banyak2. utk budak bawah 2 tahun tak digalakkan diberi ubat muntah..so biar je la klu dia muntah2..in fact bila dia muntah tu will make him feeling better. elakkan jugak bagi susu formula..blh bgi susu yg free lactose saja sebb ms ni enzim lactase yg mencerna lactose berkurang dalm badan so tak dpt nk hadam lactose dlm susu. samala klu kita yg dewasa ni pun kena. blh teruskan breastfeeding sebb susu ibu mengandungi probiotic paling banyak utk memudahkan pencernaan. ada juga sesetgh argument dlm internet yg kata takleh bg susu ibu sebb susu ibu pun ada lactose tp dah dua org doc aku jumpe ni..dua2 pun kata leh teruskan breastfeeding..lgpun ms ni mmg irfan nk minum susu je walaupun da hampir kering :(( pasal ceri beri pulak..klu kerap sgt, better basuh dengan jirus/semburkan air je jgn gosok sebb takut melecet dan sakit plak bila gosok2 kan..tak pasal2 kena infection kt situ plak. dan yang paling best..doc tu kasik aku mc2 hari utk jg irfan hehehe

lepas hari ketiga, irfan start cirit birit. banyak gile sampi terbocor2. tp aku lega at least dia da mula discharge kuman2 thru his poops. After that he started to eat and less vomit. mujurla ceri beri pun tak kerap sgt.tp kesannye berat irfan turun..makin halus jdinye anakku yg sememangnya halus tu. apepun lega hati ku anakku kembali ceria :) syukur..

Dalam Irfan dok sakit tu tetibe husband aku plak ceri beri..perut berona-rona sampai satu tahap lembik gile. bila roger2 ngn in laws, rupa2nya diorang pun sama..mak abah n maklang semua lembik dek kerana muntah dan ceri beri sepanjang hari. heran jugak tetibe serentak diorang kena. malam tu, husband yg da lembik tp asyik berulang ke toilet je tiba2 muntah dan terjawb la segala persoalan. dia kata kluar habis isi perut dan paling ketara sekali lauk pauk yg makan kt JOHNYS tiga hari lepas!! sah keracunan makanan..cuma aku n adik ipa aku je tak kena. alhamdulillah husband kembali ok lepas tu dan terus log komplen kt johnys huhu

2 minggu selepas Irfan sakit dan beransur pulih..tetibe aku plak rasa sejuk dan sengal2 satu badan. serius jd mendadak..ms tu aku kt ofis dan baru je lepas lunch dan pam susu. badan tetibe rasa tak tahan sngt ngn econ ofis padahal pagi tu ok je. ketiak mula rasa sakit. bila da tak tahan sgt aku mintak excuse terus gi klinik panel kt bawah ofis. doc bg MC dan petang tu aku pujuk husband balik awal sebb da tak tahan sgt dok ofis..tatau nk selit kt mana dah..semua sejuk kecuali toilet. malam tu aku demam panas dan start muntah2.makan je kluar balik..hadei agaknye mcm tu lah anak aku rasa sblum ni..sepanjang hari aku terjelepek je makan pun dua tiga mulut je..dan paling ketara cik b aku mula terasa sakit2..

Dipendekkan cerita yg dah panjang ni, aku rupa2nya terkena mastitis (sila google klu nk tahu) akibat infected luka. hanya Allah yg tahu betapa sakitnya luka dan bengkak disamping perasaan tak dpt susukan irfan waktu tu. dan terbayang2 jugak lebih sakitnye arwah mama dulu tanggung sakit di bahagian yg sama.ubat2 yg aku ambil kt klinik tak membantu dan aku kena tunggu smpai habis cuti raya utk jumpe pakar sebb hospital tutup. kawan2 pun klu ada yg terkena, baik jumpe pakar terus sebb this is really serious. Doctor pakar jalankan ultrasound to see kot2 da terbentuk nanah (abcess) which aku doa sgt2 supaya tak berlaku..if ada, mmg kena operate la jawabnya. huuu tidakkk...mujur takde, hanya bengkak susu je which aku kena continue pam dan buang susu tu sampai bengkak surut.susu yg kluar mmg da macam susu basi. doctor suh aku stop ubat2 klinik and prescribed antibiotic and pain killer which will also kurangkan bengkak..alhamdulillah i am getting better now walaupun terpaksa hentikan perjuangan menyusu anakku. Semoga sakit ni takkan berulang lagi..

Semoga ujian2 sakit ni sedikit sebanyak menjadi penghapus dosa2 kami yg lemah ni..dan semakin mendekatkan diri kami yg sering alpa kepada Yang Maha Esa. aminn..

Tuesday, October 09, 2012

Kisah Raya 2012

 Huh akhirnya dapt jugak menulis dengan tenang..banyak sgt ni benda nk citer tp semuanya da basi dan bocor.. klu rajen bacelerr

bermula ngn kisah sambutan hari raya, tahun ni aku beraya pertama di rumah parentku di sungai buloh. besnyeeeee bila dpt berkumpul ramai2. meriah sungguh. makin ramai anak2 kecil menambahkan riuh dlm rumah. Alhamdulillah tahun ni kami sempat beraya dlm rumah 'baru' hasil renovation lepas terbakar 3-4 bulan yg lepas. walaupun habis hangus harta2 nostalgia ku termasuk la baju nikah n gamba2 zman sekolah dulu, namun ada hikmah semua yg berlaku..at least raya kali ni special sebb ada feeling rumah baru hehe.

kali ni jugak makin ramai ahli2 keluarga yg dah bekerjaya..ehem2 syok la papa tahun ni..dan paling syiok pada yg belum berkhwin la..leh kipas2 ngn duhet raya. kasi botak sama yg berduhet...

Gathering raya 2012
Sungguh waktu berkumpul dengan keluarga la saat yg paling manis. nostalgia dibesarkan bersama2, susah payah yg kami lalui, dengan masing2 ada sikap tersendiri, semuanya terkumpul di saat2 semua berkumpul. walaupun kami tidak perfect dalm banyak segi, yg mungkin org luar takkan faham dan tak appreciate..tp bagi kami yg pnting sikap toleransi, persefahaman dan kasih syg dan didikan agama lah yg sentiasa mengikat ukhuwah kami walau di mana kami berada..chewah. Apepun thanks to en suami sebb extend beraya kt rumah papa since rmai yg belum balik rumah mertua on the second day. Irfan pun syiok sebb ada geng adam, ali n faris!

after beraya belah aku, now turn beraya belah keluarga en suami pulak. tahun ni mak n abah bakal timang sorang lg cucu..expected a babygirl dr adik ipa aku yati. jeles aku tgk yati tak 'membesar' macam aku dulu hehe yg pnting baby n maknye sihat. tahun ni jg belah abah ade buat family gathering di sungai petani..fuh ada can la aku beraya kt kampung Sik..klu tak susah gak nk merayu kt en suami sebb dia liat bebeno klu nk jln jauh2 ni.klu blh nk bertapa kt umah jek.

Dan yg paling pnting raya tahun ni, Irfan turned 1!!!  yeay anak mama da besar setahun!! Alhamdulillah. skjap nye ms berlalu, terbayang2 lagi saat2 dok meneran dia kluar..dan saat2 manis bila first time peluk irfan dan dengar tngisan pertamanya (ayat streotype bila anak da setahun hehe). ok dah dah.

Yeay sy da setahun!!
Kami tidakla merancang utk buat party besar-besaran ke ape, just belikan kek utk small celebration bersama2 keluarga Abah yg besar. ada ramai kanak2 join.sepupu dua pupu semua ada..cuma tak kenal je sebb tak pernah jumpe sblum ni. irfan biasa2 je..bukannye dia paham pon org celebrate besday dia huhu..tp dia sgt excited dpt makan kek yg sodap dan dpt hadiah baju2 branded dr tok abah dan cik yati...thank you semua :) Mama dan papa bagi ape?? tunggu expo baby bln 11 ni nanti mama beli kayy. Doa mama, semoga Irfan membesar dengan sihat dan sempurna dan menjadi anak yg soleh...

hari ni sebb sy dah besar, mama bg sy makan kek puas2
Memandangkan raya tahun ni, kami singgah di Sik bermakna ni kali pertama Irfan balik kampung mama jumpe nenek2 dan datuk2 sedare. tu yg mama excited sgt nk balik kampung tu. sebb tak sabar nk kenalkan irfan ng nenek2 dan datuk2 sedare yg sporting2 semua. mujur Irfan jenis ON je ngn sesape.

with cu dan pak teh
Aku kecik2 dulu mmg rapat ngn pakcik n makcik belah papa.siap bertepuk tampar lg kau. Papa anak ketiga dr SEBElas beradik..waktu aku lahir adik2 papa ade yg masih single mingle so diorang sangat la suka melayan kerenah anak2 sedare yg chumil2 ni. Waktu first time pindah Kedah after Mama dah takde..adik beradik papa lah yg banyak tolong jg kitorang anak beranak. Sebelum pindah rumah sendiri, kami anak beranak menumpang kasih kt rumah MakTam dan Cu yg waktu tu tinggal sebelah menyebelah. Diorang lah yg jaga adik2 aku yg masih kecik, beri makan, basuhkan baju2 sekolah aku dan adik2. Even waktu kami dah pindah rumah (depan rumah diorang je pun) Mak Tam still hntarkan makanan utk kami. Pendek kata mmg kami belasah rumah diorang macam rumah sendiri la. and so did other pakcik2 n makcik2. Pak lang was ibarat my second parent masa aku berskolah asrama di Alor Star. Segala keperluan aku hatta nk beli pen colour2 dan baldi pun Pak Lang tolong belikan dan hntar kt aku di Asrama. Tak pernah rasa kekok langsung bila bersama ngn diorang dan walaupun I dont have mom, I still feel lucky enough to have had lived with them thru hard and pain time. Thank you Allah for giving me such kind hearted ibu2 dan bapa2 saudara.semoga Allah merahmati mereka.

itu sekadar intro je hehe. Sebenarnya nk citer raya kali aku bertuah sebb dpt jumpe ramaaaai pakcik makcik di kenduri kesyukuran Cu kat Alor Setar. Thank you to Abg sebb sanggup drive sampai Alor Setar walaupun memula tak plan pun nk gi sana. Dah lama tak rasa berkumpul ramai2. Terbayang2 kemeriahan beraya di rumah Tok waktu kecik2 dulu. kesian budak2 zaman sekrg sebb tak sempat nk merasa semua tu..

Alang2 aku da sampai Alor Setar, teringiiiin sangat nk melawat sekolah lama aku, Sekolah Menengah Sultanah Asma.. ha jgn tak tau aku penah sekolah kat situ. kt dewan sekolah tu la aku penah beraksi atas pentas menyanyikan lagu Cindai depan Sultan kedah whom is our Agong today. ms tu baginda masih muda lah. Syukur panjang umo Tuanku. Semoga dpt berjumpe lagi. tp jgn terkejot tgk patik da gemok! It was really a nostalgic moment waktu aku jalan2 menyusuri lorong2 kenangan ke kantin, ke padang, ke kelas, kt tiang tempat main 'Rebut Tiang' dan even ke tempat meja aku dulu dlm kelas hehe ..tak banyak pun perubahan..even pondok tempat lepak after exam pun masih ada, tp da buruk la rupanya..oh how I miss the good old days...terasa mcm nk sarung balik baju sekolah dan masuk kelas belaja balik..tp tak nk amik exam, boleh?
depan kelas..dulu ni kelas aku time tingkatan 2.

tempat ku bermain rebut tiang hehe
ok yg ni jgn tgk aku..tgk board tu je..depan dewan sekolah
Balik dari kampung, memandangkan famili belah husben semua ada..so kami amik kesempatan ni utk bergamba di studio. Kalau ngn famili aku entah bila tahun la kitorang blh completely berkumpul dan amik gmba keluarga paling latest. insyaAllah tunggu kak cah dan ijah habis belaja nanti blhla plan utk tangkap gamba full member of Abdul Razak's family.tak sabarnya nk berkumpul lgi.
Candid pose of Mokhtar's

Cuma raya ni terkilan sebb tak dpt melawat arwah Mama dipusaranya. teringin sangat nk bawa irfan jumpe arwah Tok Mama dan Nenek (moyang) dia. nk tunjuk kt Mama that her daughter is now a mother like she was. Semoga Allah pnjangkan umur kami dan nenek utk berjumpe dengan mereka2 yg tersayang...
Adik adik dan Papa yg berpeluang jumpa Mama
So that's it..kali ni aku citer pasal raya dulu la..kang citer banyak2, aku sendiri pun blh termuntah. Gamba2 adalah sgt terhad sebb time tu la kamera aku nk rosak..so terpksala menumpang kamera2 org lain..yg mana ada ni hanya gamba hp dan yg mana sempat transfer je. Walaupun da hbis raya, aku tetap nk ambil kesempatan ni utk mohon ampun salah dan silap yg penah aku lakukan kat korang semua. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih sayang  ke atas kita dan memberikan kita peluang utk berhari raya di tahun hadapan insyaAllah. 

Mencukanye anak mama..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin :)

Wednesday, August 15, 2012

Ihya Ramadhan

Salam Ramadhan,
Sungguh seronok baca pasal sambutan ramadhan kawan2..ada yg berjya khatam quran, ada yg berjaya buat iftar dirumah sendiri, ada yg meraikan anak2 yatim..ada yg berkesempatan berpuasa dengan org asli.paling kurang pun, ada yg bertukar2 masjid setiap malam utk laksanakan terawih. Timbul rasa malu jika dibandingkan amalan ramadhan aku kali ni. alangkah indah klu aku pun berkesempatan melakukan perkara yg sama. yg boleh menjadikan ramadhan aku kali ni lebih baik dr ramadhan2 yg lain.
Semoga saki baki ramadhan ini masih sempat aku tingkat kan amalan.Marilah kawan2 kita sama meng-ihya kan hari2 terakhir Ramadhan yg bakal berlalu ni. semoga dipnjangkan umur utk bertemu lagi dengan nya..
sedikit perkongsian dr blog shye yg private iteww..

Pada kesempatan yg kita masih ada dalam baki Ramadhan ini, jangan lupa untuk doa :
1) Agar Allah panjangkan umur kita di dalam kesihatan, agar kita dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan,
2) Agar Allah murahkan rezeki kita dengan rezeki yg halal, supaya dengan rezeki itu kita dapat tingkatkan ibadah kita kepada-Nya,
3) Dan agar Allah kurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, supaya bertambah iman kita dan supaya kita dapat memperhaluskan lagi kualiti ibadah kita


Wednesday, August 01, 2012

Dear Husband

Even though thru time I have changed physically and have to try hard to fit in fashion,
I hope you still find me attractive and pretty..
Even though our kid has stolen most of my time for you and yet there are more to come,
I hope you do not bother and enjoy raising our kid together..
Even though I can not offer you much on expensive gifts and surprises, 
I hope you still happy having me and do not mind spending on me..
Even though I always complain for being tired and weak,
I hope you do not mind to keep helping and being supportive all the time..
Even though you are busy building your career and being away sometimes,
I hope I am always in your heart and mind like I always do to you..
Even though we like to fight over small things ,
I hope we do not care much on our ego and always learn to accept each other every day..
And,
Even though today is only our third Anniversary,
I hope we will always be together till the end of time..

 I love you and will always love you..